Nuffnang

Friday, June 29, 2012

Kemaman, Terengganu - Cuti2 Pantai Timur



Salam untuk semua dan sekarang kita sudah berada pantai Timur Malaysia di Kemaman, Terengganu bersama keluarga. Gerak dari Johor Bahru jam 10.00 mlm dan sampai di Kemaman jam 4.00pg. Cepat tak? Itu pun berapa kali berhenti, layan tekak nih hilangkan dahaga, masuk bilik kecil dan sesekali meregangkan badan....hihihihi




Macam naik roller coaster dibuatnya, kalau kita yang drive sure macam naik kereta lembulah lagaknya...hahaha. Rasanya sampai sekarang lom sampai2 lagi sehinggalah entri ini di taip jam 8.38pg...huahuahua

Alhamdulilah, untuk sementara waktu sebelum menginap di homestay, kami singgah sementara waktu di rumah adik untuk melelapkan mata. Masing2 tengah zzzzz, kita dapat lelapkan mata selepas solat subuh tadi dalam 30 minit sudah memadai. Alahai tak pandailah tido siang nih, pening kepala mak nak....hukhukhuk






Bangun2 atas meja dah terhidang nasi kerabu atas meja. Mana boleh tahankan nafsu makan nih, adik kita belikan awal pagi tadi. Wawawa! Sedap sesangat, jemput makan semua...hikhikhik

Mungkin selepas kaum adam menunaikan solat jumaat, kami akan bergerak untuk menginap di Putera Puteri Homestay yang terletak di sini.

Putera-Puteri Homestay
Lot 9903,Kg. Jaya,
Jalan Air Putih,
24000 Kemaman 
Tel : 013 960 7385 / 019 990 4252 Cikgu Zaizu



 


Memandangkan ada urusan rasmi dan memudahkan untuk kita bergerak kesana sini itulah tujuan utama kita menginap di Putera Puteri Homestay. Kita kesini bersama mak, abah dan adik sekeluarga, memandangkan urusan rasmi pada hari ahad ada baiknya menghabiskan masa untuk bersiar2 di Kemaman, Terengganu.

Ada sesiapa yang tinggal di Kemaman sila angkat tangan? huhuhuhu :)

2 comments:

  1. kak...homestay ni bape RM?Long ngan anak2 tak ikut eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farra : Semua ada, anta anak bujang kita study kat sini

      Delete