Nuffnang

Sunday, June 10, 2012

Manusia Mudah Lupa!

Kebelakangan ini kita sering membaca buku yang membina motivasi diri supaya jadi orang yang sentiasa bersikap positif. 

Syukur! Alhamdulilh, Kalau kita katakan, yang lebih manis, bila peroleh sahabat-sahabat baru yang menyapa dan menghulur salam ukhuwah yang ingin menjalin persaudaraan di samping bertukar-tukar pandangan dan idea  dari yang kita kongsikan di laman blog ini.




Alhamdulilah betapa hebatnya perancangan Allah  kan? Mereka doakan kita agar terus menulis untuk terus-terusan berkongsi  kerana mereka rasa apa yang kita ceritakan ini adalah cerita mereka yang telah lama ingin mereka kongsikan tetapi tidak berkesempatan menukilkannya untuk dikongsi ramai.

Topik malam minggu ini menyentuh tentang Manusia Mudah Lupa! Saat diri dilanda musibah, barulah kita sedar akan kudrat kita sebagai hamba Allah. Kita menjadi lemah, tidak berdaya, malah hampir berputus asa dalam diri sendir terhadap apa yang menimpa kita. Agaknya, kita lupa bahawa Allah memberi ujian berdasarkan kesanggupan kita.

Marilah kita sama mengubahl perangai kita. Abdikanlah diri sepenuhnya kepada Allah, tidak kira waktu susah ataupun senang. Apabila diri kita hanya melaksanakan ketaatan kepada Allah ketika ditimpa musibah, nescaya akan rugi besarlah kita.
  



Alangkah malangnya jika perkara yang tidak diingini berlaku dalam diri kita. Sangat jelas menunjukkan bahawa kita tidak serius dalam kehidupan. Kita hanya mengingati Allah dan berdoa kepadaNya ketika ditimpa musibah atau bala. Kita lalai dalam menjalankan keimanan kepada Allah. Buruk sungguh perangai kita di hadapan Allah. Musibah hilang, doapun hilang. 

Moga kita semua  sentiasa bersyukur dengan pemberian nikmatNya, insyallah keselesaan itu ada di dunia dan akhirat kelak. Subhanallah.


4 comments:

  1. Assalam ct...ye tidak di nafikan...tapi manisnya ujian Allah andai kita redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu latar ni sedap sgt.....

      Delete
    2. wslm kak Asha, btl tu, manusia nih mudah lupa bila Allah bg kesenangan sket...tp x semua cmtu :)

      Delete
    3. Aaah kak lagu Nyanyian Nirwana - Sudah cukup sudah...nak dgr rajin2 masuk sini...hi3

      Delete