Selepas kenyang makan2 di Kuala Kemaman atas cadangan adik terus ke Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu. Wow! Hanya mampu berkata dalam hati subhanallah cantiknya ciptaan Allah.
Pantai Penunjuk terletak di Kijal, Terengganu. Pantai yang sungguh
cantik dengan air laut yang cetek amat sesuat untuk aktiviti perkelahan. Terletak di Kijal juga antara pantai yang sangat indah untuk anda kunjungi.
Keunikan susunan batu-batunya menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri.
Rasanya pengunjung
boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari
cahaya matahari pagi dan kita semua akan menikmati suasana yang berbeza
ketika air pasang & air surut. Kepuasannya pasti tidak dapat anda
tukar dengan wang ringgit.
Kita di pahamkan pantai ini juga kerap kali menjadi pilihan sesi pergambaraan diadakan. Samada pegambaran filem, drama, iklan komersil dan tidak terlepas juga
sesi fotografi perkahwinan.
Pasti ianya menjadi memori terindah bagi
anda yang bergelar pengantin baru. Bagi anda yang tak sempat bergambar
kat sini, anda bolehlah tempah baju pengantin kat mana-mana, dan anda
ambik la gambar anda berdua banyak-banyak kat sini.
Di pantai ini juga anda boleh mandi-manda bersama keluarga. Namun
seperti biasa, anda perlu berhati-hati sewaktu ombak dan angin kuat
ketika mandi di sini. Ini kerana kadang-kadang berlaku arus yang menarik
pasir ke laut.
Bagi yang sampai ke Kemaman Terengganu datanglah ke Pantai Penunjuk yang unik dan cantik. Anugerah Allah kepada kita seluas mata memandang alunan ombak sepanjang persisir pantai. Riuh rendah tawa anak-anak kecil bermain ombak. Desiran angin membelah dedaun rhu.
Suasana pantai yang menarik, dihiasi pula bot-bot kecil nelayan menggambarkan suasana perkampungan nelayan. Baringlah dipepasir, renunglah dilangit, nikmatilah keindahan alam bersama nyanyian merdu deruman ombak diselangi suara camar di awangan.
Pantai Penunjuk Kijal sentiasa melambai-lambai kehadiran anda semua.
Suasana pantai yang menarik, dihiasi pula bot-bot kecil nelayan menggambarkan suasana perkampungan nelayan. Baringlah dipepasir, renunglah dilangit, nikmatilah keindahan alam bersama nyanyian merdu deruman ombak diselangi suara camar di awangan.
Pantai Penunjuk Kijal sentiasa melambai-lambai kehadiran anda semua.
salam ct....wahhhh!! cantik nyerrr pantai petunjuk kijal...subhanaallah!! sporting nye en suami..hehe...kita pon mcm nk terpanggil kesana gara2 tgk gmbr ni...insyaallah..bila la yea.. moga bahagia selama nya ct...:))
ReplyDeleteWslm Norlela Sulaiman. Hehehe...pegilah tempat tu mmg x membosankan langsung..cantik sgt, blh nampak segala hidupan laut sbb airnya jernih...:)
ReplyDeleteehemmm...spt bulan madu nih..spt baru kawen jerr romentikny..ehemmmm tapi akak bwk sorang hero lah!! haha
ReplyDeleteCuada : Sesekali omantik...kikiki. Ksana pun anta hero tu study kat sana..makanya akk selalu naik Tganu mulai skrg...:)
ReplyDelete