Syukur Alhamdulilah!
Pagi nih sebelum masuk bilik mandi baca paper hmetro semalam. Tercicir berita semasa ghopanya haku nih, sejak menjak raya nih...hihihihi. Itu bukan halangankan kalau nak membaca. Dalam helaian mukasurat yang kita baca, rasa tertarik dengan satu artikel hasil tulisan Suraya Roslan.
Tajuk artikel tu 'Warkah Buat Isteri'. Banyak kali gosok2 mata, betul ke nih ada suami yang sebaik insan bernama Abil. Isteri yang terlantar suami sabar mengurus, membelai dan sentiasa bersama dalam keadaan susah senang.
Hurmmm...Harap2 tak adalah terjadi suami yang sudah terhantuk baru ingat nak cari anak isteri iya tak? huhuhu
Bila dah masuk dalam blog abil4fauziah.blogspot.com baru mula percaya. Sejuta kali patut kaum isteri mendoakan dapat suami yang macam ini. Rasa terharu! Mudah2an Allah beri sejuta kebaikan dunia akhirat bagi sesetengah suami yang mulia hati budinya.
Kaum suami patut mencontohi Abil, patut tunjukkan perkara yang baik pada anak2. Semakin hari usia kian berganjak, sakit pening sudah pasti. Kita tak tahu perjalanan akhir diri masing2.
Suatu hari sudah pasti kita semua akan terlantar sakit, di situlah kita semua memerlukan sokongan pada semua orang paling hampir terutama anak dan isteri. Sekiranya suami asyik alpa dengan keseronokkan dunia bagaimana? Fikir2kan ya :)
Suatu hari sudah pasti kita semua akan terlantar sakit, di situlah kita semua memerlukan sokongan pada semua orang paling hampir terutama anak dan isteri. Sekiranya suami asyik alpa dengan keseronokkan dunia bagaimana? Fikir2kan ya :)
Salamm CT..terharu rasa kami di sini bila ada yg seperti CT memberikan sokongan pada kami. Sangat2 kami hargai. Terima kasih n terima kasih.
ReplyDeleteWslm. Saya merasakan itu tanggungjawab bersama untuk ingat mengingati sesama insan. Jaga isteri bebaik. Besarnya pahala awak, saya doakan moga Allah merahmati kebahagiaan awk sekeluarga. Amin.
ReplyDelete