Selamat malam semua dan salam Syaaban bagi yang berpuasa bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh barakah ini.
Insyallah saya masih berpuasa sunat Syaaban sehingga kini dan kalau diizinkan ingin meneruskan selagi termampu. Insyallah.
Tadi masa orang pejabat sibuk keluar minum kita rehatkan diri melihat pemandangan luar dari belakang tempat saya duduk.
Berkabusnyaaa...huhuhu. Macam waktu menjelang senja pun ada...hihihi. Hurmm! Bau asap tapi tak ada kebakaran..
Tak puas hati kita naik aras 5 bangunan tempat saya bertugas. Naik tanpa pengetahuan sesiapa, adalah beberapa student yang perasan xtbt aku...hahaha. Lantaklah buat bodo, tahap muka seposen...hihihi. Bukan kena bayokan? hahaha.
Budak-budak student tuh pun tengah dok bantai study. Adalah abang itam, seorang warga Iran tetiba muncul sebelah aku bagi salam. Uittttsss! Terkejut mak nak...hihihi. Dengan muka malu dan gelabah terus jawab salam cepat2 aku cabut dari situ...huhuhu
Saya beralih kesebelah kanan bangunan di aras 5, meriah aku seseorang dok snap pemandangan berjerebu kat luar. Tak ada inspektor Sahab yang nak kacau aku masa tuh...huhuhu
Bila tengok pemandangan luar yang berjerebu hanya mampu berkata 'Subhanallah'. Macam-macam bentuk dan rupa Allah boleh jadikan alam ini. Kejap hujan, kejap panas, kejap sejuk dan kejap bersalji. Opsss! Tipu ler tuh, Malaysia bersalji tapi tak mustahilkan semuanya boleh terjadi dengan izin Allah.
Hasil dari pembacaan saya melalui AstroAwani, Bandaraya Melaka terus mencatatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tertinggi setakat jam 11 pagi hari ini dengan 160 meningkat
berbanding 148 bacaan yang diambil jam 7 pagi tadi.
Nampak gayanya negeri Melaka dan Johor di benarkan cutikan...hahaha. Buktinya cer baca apa yang saya baca dalam AstroAwani hari ini, "Rata-rata penduduk di Melaka dan Johor hari ini mengeluh keresahan
berikutan tahap penglihatan di dua negeri berkenaan yang kurang
memuaskan".
Hah! Apa lagi kasi cutilah! cutilah!...hihihi
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ipu-bandaraya-melaka-catat-peningkatan-ketara-16636?cp
Musim jerebu dah kembali..kalau ada musim salji kan best
ReplyDeleteJM..Ada salji tp kay iCity laaa..hahhaa
DeleteSalam ziarah...teruskan menulis! Dari tulisan menjana pemikiran kita... ;)
ReplyDeletebaik boss....hihihi
Delete