Alhamdulilah, pejam celik dah 8 Syaaban bermakna kita sudah menghampiri Ramadhan. Sempat saya melaksanakan puasa sunat Syaaban untuk hari ini dan insyallah seterusnya.
Doakan saya mampu melaksanakannya puasa sunat dengan sempurna dalam mengejar bulan yang mulia ini. Insyallah.
Petang tadi tak ada idea untuk memasak menu berbuka, tengok dalam fridge yang ada ikan cencaru. Hah! Apa lagi terus pikir nak kukus dengan terung dan boleh di cicah dengan pencicah kicap.
Saya goreng kacang botol bersama udang yang di beli semasa di Thailand. Alhamdulilah selesai memasak dalam masa sejam.
Juadah yang sangat simple semasa berbuka tadi, nasi, ikan kukus, terung kukus, telur masin, ulam salad dan air teh lidah beling.
Wahh..mmg menu sihat nih..menyelerakan kalau mkn time berbuka puasa ni..Selamat Berpuasa Suant ye kak CT
ReplyDeleteJM...tq2...jom mkn umh akk..kikiki
ReplyDelete