Nuffnang

Tuesday, June 30, 2009

TEAM BUILDING I







Pada 18-22 Jun 2009 tempat saya bertugas mengadakan kursus 'Team Building' di Yan, Kedah. Mereka yang terpilih sahaja kena di hantar kesana. Walaupun macam-macam spekulasi sebelum pergi kesana. Fasilitator garanglah dan macam-macam lagi. Bagi saya kalau kita pikir ke arah positif maka positiflah jadinya.

Sepatutnya saya mengantikan tempat kawan, namun menolak secara baik memandangkan tarikhnya 'clash' dengan jadual pendaftaran Aja masuk UiTM. Horeyyyy! Kalau tak masuk bendang la jugak ya!

Bukan rezeki saya gaknya, insyallah lain masa dan waktu giliran kami yang tak pergi lagi. Kita tunggu batch II pulak yang akan bertolak kesana pada 4 Julai 2009. Tunggu! Nama naik tak? tak! takkkkkkkkkkk! hahahaha

Saturday, June 20, 2009

PENTAULIAHAN DIRAJA PALAPES IPTA 2009







Hari ini 20 Jun 2009 UTM menjadi tuan rumah bagi Pentauliahan Diraja untuk Pegawai Kadet Palapes IPTA. Lebih kurang 12 IPTA bberkkampung di UTM. Saya antara yang bertugas dalam majlis tersebut. Pada 2001 UTM juga menjadi tuan rumah tapi tidak sehebat kali ini. Ketika itu Upacara Pengurniaan Watikah Tauliah oleh Yang Mulia Baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Tahun ini pula Yang Mulia Baginda Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Paling saya suka di perkarangan Dewan Sultan Iskandar dan Bangunan Pentadbiran dipenuhi manusia berbaju putih. Nampak segak dan menawan.

Pagi-pagi lagi upacara Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes IPTA diadakan di padang kawad UTM, Upacara Pengurniaan Watikah Tauliah di Dewan Sultan Iskandar dan Majlis santapan Diraja di Dewan Jamuan Bangunan Pentadbiran.

Saya ditugaskan di bahagian Majlis santapan Diraja. Tugas pasukan saya hanya memberi laluan pada TMJ, Datuk, Datin dan para VIP untuk mereka masuk ke Dewan Jamuan. Kerja-kerja yang memerlukkan tugas secara protokol. Selainnya tugasan oleh pihak hotel dan Palapes.

Walaupun tugas saya tidak sampai 30 minit tapi sebagai tuan rumah kita perlu memberi penghormatan kepada tetamu yang hadir.

Terima kasih pada adik-adik student Palapes UTM yang banyak membantu!

KELUARGA AHMAD ZARIN



Inilah keluarga Ika yang sambut birthday di bawah tadi. Ika bersama keluarga menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2009 di rumah abah.

Memang menjadi tradisi bagi kami sekeluarga untuk sesi bergambar setiap pagi raya. Huh! masing-masing bergaya.

Friday, June 19, 2009

AJA DAN AJIM





Ini gambar anak-anak saya ketika pergi Hutan Bandar Johor Bahru Tengah pada bulan lepas dan gambaar dibawah di JB Katering bersebelahan Tasek Merdeka. Bila free barulah sempat edit apa yang patut.

Budak-budak ni kalau suruh 'kekwat' memang pandai. Suruh amik gambar saya, entah apa-apa yang di ambil.

BIRTHDAY IKA



Ini masa sambutan harijadi Ika yang ke 5 tahun buat di rumah abah. Meriahlah juga sebab ramai yang balik ketika itu.

Ika adalah anak saudara saya iaitu anak kepada adik lelaki saya. Untuk Ika selamat hari jadi moga dipanjangkan umur, belajar rajin-rajin dan paling penting tolong mak selalu.

Sayang Ika!

Thursday, June 18, 2009

PEGAGA



Pegaga adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di negara-negara ASEAN. Pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga cina, pegaga kelantan, pegaga renek dan pegaga salad.

Pegaga tumbuh secara terbuka dan tumbuh melata di kawasan padang, kebun, tepi ladang dan sebagainya,

Selain berkhasiat ianya kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Pegaga banyak dijual di pasar dan pasar malam. Selain itu daun pegaga boleh dikisar dan dimunum airnya untuk menghilangkan panas badan. Antara khasiat pegaga ialah penawar alahan, anti kanser, melawaskan air kencing penawar batu karang, dan menurunkan tekanan darah.

Pegaga juga boleh dijadikan ulaman bersama sambal belacan untuk dimakan bersama nasi.

Tuesday, June 16, 2009

FOTOGRAFI



Ini adalah hasil kerja fotografi saya yang tidak seberapa, ketika ada masa terluang. Kebanyakan gambar yang saya ambil ketika kami bercuti atau secara kebetulan.

Minat dengan fotografi di akhir tahun 2006. Kamera Olympus merupakan kamera digital pertama saya beli di Plaza Angsana dengan harga RM800.00++

Walaupun ada setengah orang mengatakan kerja gila dengan membuat perkara-perkara sebegini, namun bagi saya ia memberi satu kepuasan dalam diri saya. Depends pada minat masing-masing.

Yang penting Happy!

Monday, June 15, 2009

UITM, KUALA PILAH



Alhamdululah anak saya Siti Hajar di tawarkan belajar di UiTM, Kuala Pilah. Tercapai juga hajat dia nak melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Walau pun pilihan utamanya nak study di UTM tempat saya bertugas tidak tercapai.

Untuk Aja selamat berjaya dalam apa jua bidang yang akak hajati. Kami mendoakan kejayaan akak. Selamat berjaya moga cita-cita akak tercapai. Amin!

Anak den belajo kek Kolo Pilah!!!

Sunday, June 14, 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK



Hari rabu yang lepas sebelum suami bertolak outstation ke Port Dickson kami sempat menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak.

Cerita hantu komedi. Boleh ler tahan, saya bagi 3 ketul tahi bintang....ehehehe. Memula lawak, bila ada scene boring mulalah mata mengantuk. Kawal punya kawal tertido gak dalam panggung. Suami dan anak-anak yang tengok sampai habis.

Bila saya sedar semula dalam 5 minit kemudian tamat...ehehe.

BUBUR NASI NO. 1



Bagi penduduk bandaraya Johor Bahru yang mengenali Bubur Nasi No. 1 sudah pasti akan kemari semula untuk menikmati bubur nasi yang cukup enak sekali.

Tempat jualannya di Sentosa dan dijual pada waktu malam sahaja. Kalau datang kesini pasti datang lagi. Saya dan keluarga merupakan pelanggan tetapnya yang kerap berkunjung ke gerainya. Tanpa mengira bangsa ada disana untuk menikmati rasa buburnya yang sedap.

Cehh! Macam tolong buat promosi lah pulak! Really memang sedap. Cubalah!

SUSHI



Malam semalam anak-anak mengajak ke KFC Jusco Taman Universiti. Selesai makan kami naik ke ruang atas untuk membeli barang keperluan dapur termasuklah sayur dan ikan.

Anak-anak sibuk memilih aiskrim, saya pulak sudah pasti ke ruang sushi. Rugi kalau dah kesana tak beli sushi. Dekat rumah ni yang makan sushi saya dan ajim sahaja. Ermm! yang lain tak lalu katanya. Sedap woiiiiiiiii!

Rasanya kalau saya di beri makan sushi setiap hari boleh hidupnya tambah-tambah yang sushi telur ketam. Perghhh! jap warna hitam, oren, hijau dan merah. Sedapnya! Bolehlah kami tinggal di Jepun.

MENGERJAKAN UMRAH 2006









Dalam banyak-banyak kenangan, inilah kenangan yang masih segar dalam ingatan saya sewaktu mengerjakan umrah dengan abah pada tahun 2006. Biar pun sedih hendak meninggalkan suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara tambah-tambah lagi arwah mak masih baru meninggalkan kami buat selama-lamanya.

ketika itu saya bertekad untuk mengerjakan umrah kerana hati ini cukup kuat sangat untuk kesana. Dengan kos bayaran RM5000++, Alhamdulilah saya berjaya menjejaki tanah suci.
Jam 12 malam dari Felda Ulu Tebrau saya bertolak ke Senai dan terus ke Changi Airport, Singapore. Selesai solat subuh masuk balai berlepas dengan menaiki pesawat Qatar Airways menuju Qatar. Maka jumpalah malam dan siang dalam pesawat.

Sampai Qatar waktu subuh. Transit dalam 4 jam kemudian menaiki pesawat Saudi Arabia. Sampai di Jeddah terus menuju Madinah. Menaiki bas pesiaran dalam 8 jam perjalanan. Banyak pemandangan yang saya lihat walaupun badan keletihan dalam perjalanan. Bila terlelap abah kejut suruh tengok pemandangan.

Nauzubillah! Sungguh menakjubkan, bumi yang penuh batu batan dan padang pasir cukup membuat saya terpaku. Selama ini gambaran saya cukup berbeza, tapi bila perkara ini ada didepan mata sendiri sukar hendak saya ucapkan. Mereka-mereka yang pernah kesana sahaja yang mengetahuinya. Kebesaran Allah Taala.

Alhamdullilah! Selama 14 hari termasuk perjalanan pergi dan balik dipermudahkan. Saya dan abah di sana di permudahkan olehNya. Kami selamat mengerjakan rukun umrah dan selamat kembali kepangkuan keluarga.

Alhamdulilah, selepas ini saya nak menunaikan fardu haji dengan suami pula. Insyallah.

Monday, June 8, 2009

SEMBELIH ARNAB



Abah dan mak saya banyak juga memelihara arnab sekadar untuk dijadikan hiburan untuk mereka. Minggu lepas secara kebetulan kami berkumpul adik-beradik, jadi abah pun sembelih arnab 2 ekor.

Masa abah sembelih memang tak mahu tengok. Masa melapah adik saya, Ita yang buat semua. Tak tergamak rasanya.

Saya ambil 2 bahagian iaitu peha dan dada bawa balik. Semalam saya masak rendang. Anak-anak kata saya masak ayam kampung masak rendang...hehehe. Kalau kata arnab sure mereka tak makan.

AJIM DAN GITAR



Inilah anak saya yang kian remaja, Mohamad Azim. Minatnya bermain bertambah mendalam sejak dua menjak ini. Rakan sekolahnya yang banyak membimbingnya untuk bermain gitar bila ada masa terluang.

Dia belajar bermain gitar dari tidak tahu langsung sehinggalah ada sedikit pengetahuan tentang gitar melalui kesungguhannya. Antara lagu-lagu yang saya sering dengar antaranya hukum karma.

Bagi saya bermain gitar mengikut firasat hati, minat dan kebolehan itu seolah-olah datang dengan sendiri.

Sunday, June 7, 2009

AJA DAN GITAR

Ini anak saya Siti Hajar yang tengah belajar main gitar dengan adik dia, Azim. Ceh! beriya-iya belajar. Pandai ke tu?

Belajar lah kak, yang penting buat akak bahagia. Sempat saya snap gambar anak-anak buat aktiviti masa lapang mereka.

Enjoy your self!