Nuffnang

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Gunung Bromo @ Surabaya

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Kasi up mood sebab esok nak keja...huhuhu











Baru kejap ronda2, tadikan saya jenjalan baca blog kawan2 tetibe simpan satu impan destinasi yang saya inginkan...huhuhu. Teringin nak ke Surabaya, Indonesia sebab nak tengok Gunung Bromo yang masih aktif disamping viewnya yang cukup indah.  Ehh apa ni h? Pelikkan?...hihihi. Taklah saya nih hanya tahu melalui pembacaan sahaja, kalau boleh nak melihat dengan mata kasar.










Bila mengunjungi Bromo, ada yang unik di sisi timurnya, terdapat hamparan Savana luas. Terdapat bukit-bukit tersebut menyerupai bukit rumput  yang dikenali dengan nama  Lembah Jemplang.

Siapa yang tidak kenal Bromo. Gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur ini memiliki pesona yang mungkin tidak akan pernah lenyap dalam ingatan bagi sesiapa yang pernah mengunjunginya. Pemandangan menarik selalu dikongsikan bagi siapa saja yang datang, termasuk cantiknya bukit dan padang savana di sekitar gunung. Uwaa! Berangan kejap.











Nak dijadikan cerita tetiba terpikir tak susah rasanya sebab Airasia sentiasa mengadakan penerbangan dari Senai ke Surabaya.

Bagi yang suka aktiviti extreme bolehlah membaca blog The Life Journey - Kembara Kehidupan . Teruja sangat nak kesana. Insyallah ada kelapangan, kewangan dan diberi kesihatan yang baik saya percaya Allah mengizinkan saya mengikuti aktiviti yang sihat dan memberi manfaat!



Friday, November 30, 2012

Perjalanan Ke Indonesia Dan Singapura Tanpa Flight

Selamat malam, dah 2 malam nih terasa penat sket. Dah 2 hari kita banyak bergerak, kat opis kejap2 blackout, kejap2 network problem. Bila bermasalah muka inilah kena turun padang menenangkan student2. Huh! lebih2 lagi foreigner...huhuhu. Kena marah kita senyum, kena maki kita senyum, kalau mereka senyum lagilah aku senyum sampai telinga...kekeke. Senyum sokmo walaupun grrrrr....kihkihkih. Hati macam taman nih memang kental macam kentang...blekk

Dah tinggalkan cite si kerepek nih...kihkihkih. Tak boleh di layan...kahkahkah





Malam nih kita nak share dengan pembaca blog. Perghhh! Excitednya nak bercerita...huhuhu. Bukan apa sekadar berkongsi pengalaman yang ada. 

Selalunya orang bercerita menuju ke negara-negara lain di Asia, Eropa, dan Afrika menggunakan kapal terbang. Tak tipu, betul nih. Bukan kisah dongeng macam lagu Stacy tuh, ini kisah benar2 belaka...hihihi

Kali ini kita akan bagi tahu yang boleh dijadikan panduan  semua untuk menuju Indonesia dan Singapura, atau sebaliknya dari sana menuju ke sini, tanpa menggunakan flight. Dari Malaysia atau Singapura, dengan mudah menuju ke negara-negara lainnya dengan mudah, begitu juga sebaliknya.




Kalau dari Indonesia ingin pergi ke Singapura, boleh melalui dari  Malaysia seperti Johor Bahru atau Tanjung Belungkor menuju Batam, Karimun, atau Tanjung Pinang. Kita sekadar ingin memberitahu bagi yang ingin mencuba cara baru melancong ke negara lain, tanpa flight . 

Kalau ingin mencuba dari Johor Bahru menuju Singapura atau Batam, Indonesia sila masuk ke sini untuk menempah tiket feri. http://www.zonferry.com.my/booking 

Dan pastinya,  memudahkan kita melakukan perjalanan lintas negara tanpa pesawat terbang, untuk bumi yang lebih hijau, segar, dan asli.

Saturday, November 24, 2012

Jalan2 @ Batam

Malam ini khamis malam jumaat, makanya esok dah jumpa hari jumaat. Ada masa sehari lagi untuk pergi ke pejabat memandangkan lusa dah hari sabtu. Bolehlah rehat2kan badan iya tak? hihihi




Setelah membaca banyak blog kawan2 yang melancong ke Batam lagi, kita teruja untuk pergi bercuti ke Batam untuk kali kedua. Tapi kali ini pergi beramai-ramai bersama ahli keluarga belah kita. 






Memandangkan sekarang nih tengah cuti persekolahan masing2 ambil kesempatan untuk pergi holiday bersama keluarga masing2 termasuk kita...kihkihkih. 




Mudah2an perjalanan kami ke Batam berjalan lancar. Penginapan telah pun kami buat tempahan yang tinggal hanya proses menempah tiket untuk transport sahaja.







Kami menginap di Swiss Belinn Hotel, Batam. Enjoy rasanya sebab inilah pertama kali kita bercuti di Batam bersama keluarga. Sebelum ini kita hanya pergi berdua sahaja bersama pak incik ketika itu menginap di Pacific Palace Hotel.






Banyak lagi perkara yang menarik untuk kita dan  keluarga kita dapat menafaatkannya bersama. Nak makan nasi padang dan jalan2 di Nagoya dan Batam Centre dengan harganya yang murah. Tak membeli dapat cuci mata jadilah...hihihi

Tempat2 yang menarik di Batam seperti diNagoya Hill,  Batam Centre, Matahari, Megamall dan DC Mall. Batam  memang terkenal dengan harga yang murah di Shopping Centrenya.

Bagi yang berminat untuk menginap di Batam bolehlah menghubungi salah satu hotel yang terdapat di sana.

Swiss Belinn Hotel
Jl. Prambanan No. 1 Jodoh
Batam Island
Indonesia
Tel no. : +6277 8430500
Website : Swiss Belinn Hotel 



Wednesday, September 19, 2012

Legoland, Universal Studio Singapore & Trans Studio Bandung Mana Paling Best?

Alhamdulilah, syukur dengan hidup ini...

Malam nih mak survey nak jalan2 sampai lebam area Bandung, Indonesia. Salah satu sasaran yang bakal kita nak terjah adalah Trans Studio Bandung...huhuhu. 


 TBS

Biar orang Malaysia tengah berpusu2 pegi Legoland, kita teruja nak ke TBS pulak...hihihi. Legoland tuh dekat sangat dengan kediaman kita adalah dalam 15 minit kalau memandu, bila2 masa boleh pegi. Kita bagi peluang orang lain masuk Legoland dulu...hihihi


 Legoland

Pengalaman masuk Universal Studio Singapore memang extreme, hope TBS lagi hebatlah sebab paling terbesar di Asia.  Cuma kita undur diri naik roller coaster paling tinggi di USS, mak gayat nak...huhuhu. Mahu ku pingsan beberapa saat...wakaka


 USS

Cuba cer mana satu paling best antara 3 tempat nih, Legoland, Universal Studio Singapore dan Trans Studio Bandung?

Baru kejap kakak kita dah calling2 ajak ke Batam, schedule dah penuh sampai Januari 2013...huhuhu. Cuba jugak nak buat plan B akhir tahun nih ke Batam.