Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Kasi up mood sebab esok nak keja...huhuhu
Baru kejap ronda2, tadikan saya jenjalan baca blog kawan2 tetibe simpan satu impan destinasi yang saya inginkan...huhuhu. Teringin nak ke Surabaya, Indonesia sebab nak tengok Gunung Bromo yang masih aktif disamping viewnya yang cukup indah. Ehh apa ni h? Pelikkan?...hihihi. Taklah saya nih hanya tahu melalui pembacaan sahaja, kalau boleh nak melihat dengan mata kasar.
Bila mengunjungi Bromo, ada yang unik di sisi timurnya, terdapat
hamparan Savana luas. Terdapat bukit-bukit tersebut menyerupai
bukit rumput yang dikenali dengan nama Lembah Jemplang.
Siapa yang tidak kenal Bromo. Gunung berapi yang masih aktif di
Jawa Timur ini memiliki pesona yang mungkin tidak akan pernah lenyap dalam ingatan bagi sesiapa yang pernah mengunjunginya.
Pemandangan menarik selalu dikongsikan bagi siapa saja yang datang,
termasuk cantiknya bukit dan padang savana di sekitar gunung. Uwaa! Berangan kejap.
Nak dijadikan cerita tetiba terpikir tak susah rasanya sebab Airasia sentiasa mengadakan penerbangan dari Senai ke Surabaya.
Bagi yang suka aktiviti extreme bolehlah membaca blog The Life Journey - Kembara Kehidupan . Teruja sangat nak kesana. Insyallah ada kelapangan, kewangan dan diberi kesihatan yang baik saya percaya Allah mengizinkan saya mengikuti aktiviti yang sihat dan memberi manfaat!
Memang berhajat nak ke sana satu hari nanti.
ReplyDeleteinsyallah Kak Mahh, sama2 kita berdoa dpt kesana...hihihi
ReplyDeletesalam Kak CT
ReplyDeleteSaya baru jer baca blog akak. terima kasih juga sebab share link blog saya kat sini The Life Journey - Kembara Kehidupan
anyway blog akak pun best.