Nuffnang

Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Khasiat Buah Stroberi

Assalamualaikum pembaca blog saya semua.

Ramadhan ke 2, tiba-tiba mood nak kongsi tentang buah stroberi. Humm dapp dap! Adalah baru-baru nih aku beli buah strawberi di Jusco yang berasal dari negara Korea. Rasanya sedap juga tak masam sangat. Aku makan kat pejabat.

Memandangkan pokok stroberi yang dekat rumah kian pupus. Entah sejak dua menjak kebelakangan ini aku suka sangat makan buat stroberi.  Tapi dalam ghairahku membaham buah stroberi terasa pulak ingin mengkaji khasiat buah si merah menyala ini. Macam reseacher plak aku kan. Bajet! Miahahaha.




Dengan bantuan incik google aku cari khasiat yang terkandung dalam buah stroberi nih. Tak sangka banyak pula khasiatnya. Pertama yang buat saya buka mata. 

Dapat mencegah terjadinya radang dan alergi - Stroberi merupakan buah-buahan yang mengandungi gula rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi. Maklumlah sejak ada masalah radang sendi tahap awal nih makan yang saya ambil pun kena berhati-hati. Stroberi sudah ada sebagai ubat semulajadi.

Kesihatan mata - Memandangkan usia saya yang kian muda...hahahha. Pengambilan nutrisi stroberi mempengaruhi keadaan kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah. Ini yang aku nak muda kembali rasanya...kikiki




Antioksidan - Dalam sebuah kajian, buah stroberi tinggi kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser. Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberi memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.

Mencegah kanser - Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagik berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dan juga dapat mencegah terjadinya Leukimia. Leukemia merupakan salah satu kanser yang sangat mematikan dan buah stroberi dipercayai dapat mencegah terjadinya kanser sel darah. Selain itu stroberi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam stroberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.





Mengubati Jerawat - Kandungan asam salisiat di dalam stroberi mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara alami.


Menghaluskan kulit - Buah stroberi  mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan stroberi ini sebagai lulur mandi. Untuk mendapatkan manfaat lebih, campurkan stroberi yang telah dihaluskan ini dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.


Penyakit jantung & Darah tinggi - Kerana tinggi serat, folat, vitamin C dan anti oksidan, stroberi cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.Stroberi sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

Monday, June 9, 2014

Melashine Cream

Salam untuk semua, dah lamanya aku tak meulis dalam blog nih. Bz yang amat sangat uols. Mintak hamfun ya. 

Kali ini nak share pasal kecantikkan pulak...hahaha. Macamlah aku pakar dermatologi pulak...hahaha


  
Siapa yang dah guna Melashine? Melashine cream nih boleh didapati di klinik tertentu sahaja. Tak tahu ada atau tidak kat semua klinik atau tidak. Setakat nie kat farmasi tak jumpa lagi yang ada jual Melashine. Sebabnya produk nih produk yang di control. Aku pun dapat dari pakar kulit Dr Hassennah.

Fungsi cream untuk hilangkan bekas jerawat yang hitam dan pudarkan pigmentation kat kulit.

Ia bertindak mengurangkan pertumbuhan melanin di kulit. Bersaamaan mengurangkan tompok2 hitam di kulit. Explanation bab melanin kena baca sendiri, nak explain aku pun tak reti tapi untuk faham sendiri boleh lah.

Kurang melanin pun akan ada skin problem terlebih melanin pun akan ada skin problem...huahuahua.  Melanin terhasil di sebabkan kulit terdedah dengan sinar UVB. Mana datangnya sinar UVB? Dari sinaran matahari yang panas lah, nie lah sebab orang kata jangan berjemur tengah panas. Degilkan...hah amik aku...hahaha

Rajin2lah jadi minah payung, bak orang kata lebih baik mencegah dari merawat. Ceh!

Jika tak ada kesan dalam masa 2 bulan, kena hentikan pemakaian product. Jika ada pengurangan masalah kulit boleh terus pakai product dalam jangka masa 6 bulan sahaja. Jangan nak lebih-lebih mengada-ngada nak pakai dari tempoh yang di tetapkan oleh Doktor. Sila risaukan kesihatan anda.

Cara pemakaian cream nih. Sikit jer sapu dekat spot hitam selama 1 bulan - 2 bulan tengok kepada tahap pudar spot color hitam tu. Pakai cream nie waktu malam sahaja. Selepas atau semasa pemakaian cream jangan terdedah pada sinaran matahari. 

Bila dah nampak nak sekata barulah sapu cream kat seluruh kulit muka. Bila dah sekata, jangan lagi pakai cream nih.

Haaa... tak boleh cite panjang lagi aku pun baru proses memakainya...huhuhu

Tuesday, December 24, 2013

Fakta Menarik Tentang Ikan Tongkol

Apa yang aku baca dalam facebook malam nih. Betulkah? 

Fakta Menarik! Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu? 




Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol yang dalam hidangan Nasi Dagang adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana. Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein Omega yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. 

Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata. Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam juga boleh dimakan bersama nasi atau bubur nasi.



Sunday, December 22, 2013

Finger Boarding

Teringat aku pagi rabu yang lepas, aku 'ngeteh' sambil menonton tv3 dekat cafe dengan pak incik sebelum masuk ke pejabat. Tapi lupalah apa nama program tv tuh...huhuhu. Aiseh lupa segalak! hahaha




Dalam program tuh dia perkenalkan satu permainan baru, Finger Boarding. Permainan ini pertama kali diperkenalkan di Amerika Serikat. 

Awalnya papan luncur hanya digunakan sebagai gantungan kunci. Namun kini jadi trend permainan baru di kalangan anak-anak muda. Baru diperkenalkan di Malaysia, kalau tak silap aku dekat Kuala Lumpur dah ada permainan ini.




Cara ini dijamin terhindar dari cedera parah akibat terjatuh dari papan luncur. Bermain skateboard menggunakan jari cara yang terbaik dari mengelak sebarang kecederaan.




Mereka bermain papan luncur cukup dengan dua jari tengah. Cukup lincah dan pantas jari yang bermain. Tiada siapa yang tahu bila orang ramai mula tahu akan permainan ini. 

Menjadi lebih popular sejak beberapa tahun dan hari ini ia dianggap sukan. Terdapat juga dalam Kejohanan Dunia.




Bagi yang ingin tahu lebih lanjut cer tengok dalam video. Dalam Youtube pun banyak menunjukkan banyak permainan ini. Cer tengok! Cer tengok! hihihi

Boleh juga baca dalam sembang-sembang Finger Boarding.




Thursday, December 5, 2013

Hidup Gaya Sihat

Pinjam dari hasil tulisan Dr. Hamid Arshat. Terima kasih doktor atas nasihat dan ilmu yang dipergunakan orang lain. Saya tolong panjangkan ilmu ini.




Salah satu perkara yang kita mohon dalam doa kepada Allah SWT ialah panjang umur  supaya sihat dan bertenaga agar dapat beribadah kepada Allah serta berbakti kepada insan-insan lain. 

Saya terbaca tentang satu kaum Hunza yg duduk dipergunungan Himalaya yang ramai penduduknya capai umur 140 tahun. Dalam umor 100 tahun masih berkebun dan boleh jalan kaki 10 batu dan wanita 80 tahun kelihatan macam 40 tahun saja. Apakah rahsianya?

1. Hidup mereka berkebun dan hasil berbagai jenis sayur2, buah2 dikongsi makan.


2. Makan kacang2 - almond, walnut hazelnuts .


3. Mereka jarang makan daging dan produk tenusu


4. Tanam dan makan gandum barli dan millet.


5. Minum air gunung yang alkaline saperti air zam2.


6. Cukup rehat, relaks dan tidur.


7. Banyak exercise berjalan kaki 12 batu setiap hari dan berkebun.


8. Mengidu udara bersih diatas gunung yang tidak dicemari asap atau racun.


9. Punya sikap hidup yg positif tanpa stress.



Monday, December 2, 2013

Impian Menawan Puncak Gunung Pulai Lagi

Salam untuk semua pembaca blog saya.

Nak sambung entri nih punyalah lama. Ideanya manjang tak kunjung datang, supaya pembaca boleh menimba pengalaman dan panduan bila membaca setiap entri yang saya tulis. Adoiiii dah bertingkek-tingkek lamanya entri nih dalam status 'draf'....hihihi




 
Tajuknya mahu gempakkan, mendaki Gunung Pulai...hahaha. Bukan Gunung Kinabalu ya, ini gunung yang comey2 je...hihihi. Bagi yang tak tahu Gunung Pulai sila jumpa incik google...hihihi. Cer google ya, banyak maklumat kat situ. Mungkin juga boleh terjumpa link Batulesung....hihihi






Gunung Pulai ialah merupakan tempat riadah dan mandi manda. Itu dululah tapi since kejadian tanah runtuh tempat nih terus ditutup untuk aktiviti santai. Fokusnya lebih kepada yang kaki mendaki. Bestnya kalau sebut mendaki gunung nih. Mak suka sangat!

Tiba-tiba rindu nak climb Gunung Pulai. What? Sejak bulan Jun selepas berjaya menawan Gunung Pulai rasa bersemangat nak mendaki lagi....huhuhu. Ada juga plan dengan adik ipar sebelah saya yang sama-sama mendaki masa tuh. Kami nak gotcha-gotcha lagi bersama...kikiki







Kalau nak tahukan, majoriti 97% orang Cina manakala 3% orang Melayu. Orang kita memang malas nak beraktiviti dan mengamalkan hidup gaya sihat...huhuhu. Pandainya aku bercakap ya...hihihihi.

Biasalah mendaki gunung memang penat sebab kita akan bermain dengan mentaliti dan kekuatan fizikal. Tapi saya kagum dengan uncle dan aunty yang gagah perkasa boleh mendaki biar pun separuh jalan. Kalau warga negara Singapore jangan citelah subuh gajah dah kat puncak...huhuhu. Malu mak!







Bagi saya cabaran mendaki ini ketika turun, saya rasa amat penat berbanding mendaki. Yelah masing-masing punya fizikal yang berbeza dan kekuatannya pun berbeza. 

Insyallah sebelum menjelangnya 2014 moga impian ini tercapai untuk menawan sekali lagi puncak Gunung Pulai. Kali ini kita nak ajak adik beradik dan anak-anak buah. Orang luar yang nak join sama pun sangat di alu-alukan, free je tak ada sebarang caj bayaran...hihihi

 

Friday, November 22, 2013

Produk Nour Ain

Assalammualaikum semua pembaca blog saya.



Produk NOUR AIN ready stock, jika ada yang ingin mencuba, boleh terus hubungi saya 0197146590 - CT

Insyaallah pengguna yang konsisten jerawat, jeragat, kulit kusam dan ia juga boleh mencerahkan kulit. Katakan goodbye pada kulit yang bermasalah.




Produk yang halal diluluskan lagi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


- Ibu mengandung boleh guna


- Tiada pengelupasan


- Produk dibuat dan dipacking didalam Malaysia




Kelebihan NOUR AIN :

✔ Menghilangkan jerawat


✔ Menghilangkan parut jerawat dan cela


✔ Mengurangkan dan menyelesaikan masalah jeragat


✔ Mengurangkan kedutan


✔ Mencerahkan kulit yang kusam/gelap


✔ Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata


✔Melembut dan menghalus kulit


✔ Memberi kelembapan yang sempurna


✔ Mengurangkan dan menghilangkan tompok hitam


✔ Memudarkan parut akibat jerawat


✔ Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar dan bermaya tanpa solekan yang tebal.


 

Monday, July 15, 2013

Menu Diet Bersama Sunlac Di Bulan Puasa

Salam Ramadhan yang ke 5 semua.

Ramadan banyak mengajar saya mengenali diri sendiri, melihat dan mengali sedalam-dalamnya serta banyak memberi banyak kelebihan kebaikan dari keburukkan. Rasanya tidak perlu menerangkan apa-apa, hanya menikmati detik waktu dan anugerah Allah dan aku perlu sentiasa bersyukur. Terima kasih Ya Allah dan rahsia dariNya akan sentiasa terserlah kalau kita sentiasa patuh laranganNya dan meninggalkan perkara larangan.





Bulan puasa nih bagus untuk menjaga perut tambah babat aku yang makin tebal dengan lemak tepu...hahaha. Maka jadinya saya lebih prefer dengan pemakanan yang sihat. Ceh! Hope boleh menjaga pemakanan dengan sempurna. Lemak yang aku ternak dah terlampau banyak, ada sesiapa yang nak beli tak? kahkahkah

Harap dengan istiqamah beribadah kepada Allah pada bulan yang mulia ini dapat juga aku istiqamah menjaga pemakanan dengan sempurna. Insyallah.

Kalau makan aku lebih banyak mengambil ulam-ulaman bagi tujuan membuang segala kolesterol yang bermaharajalela dalam badan aku nih. Bagus sebenarnya mengambil ulam-ulaman kerana ianya antioksidan. Makanya ambillah banyak ulam-ulaman serta buah-buahan. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat jus. Air lidah beling selalunya menjadi kewajipan saya. Kenapa? Sila tanya incik google ya...hihihi





Satu lagi banyakkan mengambil minuman susu. Bukan susu pekat manis ya...huhuhu. Boleh jadi darah manis...hahaha. Kalau ada bajet bolehlah ambil nutrisi Herbalife, memandangkan ianya terlalu mahal boleh gantikan dengan susu Sunlac kerana kandungan dalam susu tersebut hampir serupa dengan Herbalife. Orang cakaplah...hihihi. Apapun harganya lagi murah kalau nak compare dengan Herbalife. 2-2 produk nih aku dah guna tapi memang serupa.

Kalau nak tahu kebanyakan susu yang ade di pasaran mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Tak perasan ehh? Cer tengok nutrition information. 

Kalau nak beli susu, aku suggest beli susu Sunlac dan susu Tesco kerana kandungan lemak dalam susu nih kurang dari 1%. Rendah kan? Susu Sunlac susah nak cari, kebanyakkan dijual secara online. Susu Tesco aku belum mencubanya lagi. Harga pun jauh lebih murah dari susu jenama lain. So, dalam masa yang sama semua orang boleh sihat dan jimat berbelanja. Jadinya tepuk dada tanya selera masing-masing...huhuhu


Sunday, July 14, 2013

Ulam-Ulaman Umpama Snek Harian

Haiiiii selamat malam minggu semua. Pejam celik dah 4 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu bermakna usia makin berganjak. Semakin tua dah aku...huhuhu. Hakikat sebenar yang perlu kita hadapi. 






Malam ini aku solat isyak dan terawih di rumah. Tak selesa sebab nak layan buku lali kaki aku yang bengkak akibat urik asid yang tinggi. Ya Allah sembuhkan seperti sediakala. Bisa dan perit sangat aku rasa. Dugaan sungguh!





Petang tadi masak yang simple tapi berkhasiat. Masak awal atas permintaan anak aku yang nak balik ke Terengganu. Minta aku bekal untuk dia...huhuhu. Aku masak ayam masak kicap, labu masak lemak, ulam-ulaman daun kemangi dan daun cekor serta sambal tempe kering. Dah nama pun ibu, mana mungkin tak menunaikan permintaan anak-anak walaupun tak sepenuhnya permintaan mereka boleh kita tunaikan.

Perasaan ini yang aku rasa 30 tahun dulu, arwah mak sanggup buatkan segalanya demi anak ini semasa hendak balik ke asrama. Hah! Sekarang giliran aku pulak, mungkin 20 tahun akan datang giliran anak-anak aku pulak layan anak-anak dia. Pusingan hidupkan.

Eppy dan lega bila dapat call dari anak bujang. First perkataan yang keluar dari mulut dia ' Bu! Terima kasih bekalkan adik nasi dan lauk pauk. Adik dah sampai Pekan Pahang untuk berbuka puasa '. Alhamdulilah tengok status dia baru kejap dalam facebook dah sampai Kemaman, Terengganu. Lega!






 
Makan berbuka aku tadi lebihkan dengan mengambil ulam-ulaman. Kenapa suka makan ulam? Mesti korang pikir awet mudakan? kan...hihihi. Really aku bukan fokus macam tuh paling utama aku nak sihat. Bila badan sihat semua perkara kita boleh pikir dengan baik dan pergerakan pun tidak terbatas.

Moralnya banyakkan makan ulam-ulaman semasa makan. Contohnya petang tadi masa berbuka aku makan daun selasih @ kemangi dan daun cekor. Sedap uols! Ada berani? kikiki. Rugi kalau tak suka makan ulam-ulaman. Sekarang nih ulam-ulaman sudah menjadi 'snek' harian wajib semasa aku makan nasi.

Try la memang bagus untuk kesihatan. Macam pakar pemakanan pulak aku ya...huhuhu

 

Tuesday, June 25, 2013

Kulit Cantik Bersama Ag Factor

Selamat malam semua, terima kasih melayari blog saya.

Kali ini ingin berkongsi tentang kecantikan, biar pun mak Jemah tak cantik mana pun...hihihi. Pengakuan berani mati, betul memang tak cantik tapi sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah cukup segalanya. Alhamdulilah.



Bohonglah kalau ada manusia yang tidak mahu kelihatan cantikkan?, rasanya manusia tak normal pun mahukan sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Apapun biarlah berpada-pada dalam mencari menghias diri.

Tadi mengoogle tetiba terpandang produk Ag Factor, pernah juga baca sekali lalu tentang produk ini dalam blog seorang doktor beberapa bulan yang lalu. Bila dah masuk website dan tengok testimoni waaaaaah, macam best je. Cer tengok sini Ag Factor.com.


 Testimoni1

Hi Ag-Factor !! Thank you so much for the amazing product...I’m about to finish my 1st bottle and i notice my skin has improved tremendously..Unbelievable..But i must say Ag-Factor is definitely pricey though compared to other anti-aging products out there..So i wonder if it is ok to take 1 pill instead of 2 a day?


Kalau kulit yang berkarat macam kulit kita nih rasanya sesuailah menggunakan produk Ag Factor..hihihi. Hasil dari pembacaan saya, Ag Factor sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kusam, tona tidak sekata, berkedut dan sensitif.  Ia akan membantu mencerahkan kulit sehingga ia kelihatan bercahaya dan tegang. Tak payah ler nak suntik botox ya kak Senah...huhuhu

Bukan sahaja bagus untuk kulit anda, tetapi ia juga mampu mendetoksifikasi hati dan organ-organ penting yang lain disamping meningkatkan lagi sistem imunisasi badan. 


  Testimoni2

 I have taken Ag-Factor about last 3 month and about to finish my 3 bottles of Ag-Factor and Praventec. I really like this product. i got a glossy and smoother skin and the best part is my blackhead become reduce and more lighter. its really amazing. i will continued this product its really doing good for me. thanks Ag-Factor .


Ag Factor terhasil secara semulajadi, membolehkan badan  bekerja dengan lebih bijak untuk menghasilkan Glutathione dan Kolagen sendiri.

Selain itu Ag Factor merupan krim pemutih di samping meningkatkan kecerahan dan sinar kulit, memberikan wajah kelihatan lebih sekata dan lembut. Ianya mencerahkan kulit  serta mengurangkan jumlah melanin yang menjadikan kulit lebih terdedah kepada sinar UV dan dengan itu kepada kanser kulit dan penuaan.

Ag Factor begitu berkesan so apa tunggu lagi? Saya pun teringin mencubanya mahal tapi berbaloi...:)

Thursday, June 13, 2013

Makan Tauhu Telur Spicy Kukus Berulamkan Herba Malam Ini

Selamat malam semua. Malam ini berkesempatan meluangkan masa menaip entri di blog yang tak seberapa ini. Alhamdulilah Allah pinjamkan sedikit masa untuk menaip dan berkongsi tentang makanan saya untuk malam ini.

Petang tadi masa drive kereta pikir apa juadah yang baik untuk saya makan malam ini. Teringat ada tauhu, ayam dan daun-daun herba dalam fridge. Saya masaklah tauhu telur spicy kukus berulamkan herba basil, oregano, salad dan black papper. Cukuplah untuk alas perut malam ini. Alhamdulilah kenyang.





Memandangkan pak incik tiada di rumah jadinya masak yang simple tapi prefer kepada makanan yang berkhasiat. Sejak mengalami urik asid yang tinggi saya cukup mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. 

Menjaga kesihatan dan pengambilan pemakanan yang berkhasiat cukup saya titikberatkan sejak kebelakangan ini. Bagi saya bila badan sihat semuanya boleh kita lakukan dengan baik. Insyallah kita boleh melakukan aktiviti dengan mudah untuk bersukan, beribadah dan bercuti kemana-mana yang kita inginkan.





Sejak kebelakangan ini setiap kali saya makan dengan mengambil daun-daun herba adalah menjadi suatu kemestian, terutama sekali daun basil atau lebih dikenali daun selasih, sangat sedap. Try la!

Basil adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa yang sangat unik dan disamping itu juga basil memberi beberapa manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit-sakit sendi.

Begitu juga dengan daun salad. Daun salad bukan saja digemari oleh mereka yang mengamalkan diet malah mempunyai pelbagai kebaikan lain. Ianya kaya dengan kalsium, magnesium, potasium, fosforus, sodium, vitamin A dan C, zat besi dan zink.

Makanya, marilah kita semua sama-sama mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat. Insyallah.

Sunday, April 21, 2013

Cara Penggunaan Tabita

Selamat malam semua. Saya received banyak email dan ada juga yang bertanya dalam fb tentang penggunaan tabita skincare yang betul. Saya faham pembeli mempunyai hak bertanya, selagi korang nak tanya saya sedia membantu. Kita sekadar bantu bagi pihak anak...huhuhu




Cara penggunaan Tabita Skincare

Mula2 pakailah cleanser sapu semua bahagian muka dan leher lepas tu bilas. Dah bilas biar muka tu kering sendiri buatlah apa korang nak buat...hehehe. Bila dah kering baru pakai toner kat muka. Lepas tu baru pakai day or night cream.

Dari pengalaman sendiri bagi saya perit sikit2 pada mulanya. Sila bertahan kalau nak ayu dan jelita...hahahaha. Really sakit sikit2 je mula baru pakai. Kalau muka korang yang banyak sel mati kulit mengelupas sikit. Harap korang boleh bertahan ini proses pemulihan kulit mati yang degil kat muka. Kulit akan mengelupas dan kadangkala rasa gatal tapi jangan garu.




Kebaikan Tabita Skincare
  • Menghilangkan jerawat
  • Memutihkan Kulit
  • Meratakan lubang dan bekas jerawat
  • mengecilkan pori2
  • mencerahkan kulit
  • menghilangkan flek2 di wajah dan pigmentasi / warna kulit tak rata
  • membuat kulit tanpak bercahaya
  • menegangkan kulit

Tabita skincare menggunakan estrak papaya sebagai bahan utam. Estrak papaya sudah sangat dikenali khasiatnya untuk mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta menstabilkan keadaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Estrak papaya mengandungi Vitamin A, C dan E. Vitamin A mengeringkan jerawat dan membuat jerawat tidak tumbuh lagi. Vitamin C mencerahkan warna kulit. Produk ini tidak menggunakan bahan seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang sangat berbahaya. Semua produk Tabita sangat selesa dan tanpa ada kesan sampingan.

Bagi yang berminat bolehlah sms/call saya 019 7146590. Exclusive set  RM300.00 dan trial RM110.00. 

Ingat dapatkan produk Tabita yang origional sahaja.

Saturday, April 13, 2013

Produk Kecantikan Tabita

Alooooo and Assalamualaikum pembaca blog saya. 

Sebelum xtbt tido, kita update blog dulu. Baru jiwa tenang dan
mimpi pun yang best je...Hewhew. Ermmm! Idok ler mimpi hantu kak Limah.

Malam ini, saya nak share dengan semua readers, berkenaan product Tabita yang saya dah cuba selama 3 hari...hahaha. Jangan gelakkan saya :)


Dari sudut pandangan saya sendiri, product nih sebenarnya tersangatlah bagus untuk mencantikkan kulit muka. Hurmm! Jangan terpedaya dengan hasutan saya....hahaha. Saya memang mengimpikan kulit yang cantik. Auwww!... kehkehkeh 
 



Owhhh! Lagi satu, dari yang saya tahu, product Tabita sekarang terlalu banyak yang fake punya. Jadi sesiapa yang nak beli make sure beli dengan agent yang betul. 


Boleh juga beli dengan saya. Jangan risau confirm original. Tak mahal pun, set eksklusif dengan harga RM300.00 dan boleh bertahan sehingga 4 bulan. Hah! Jimatkan.



 

Okay saya pakai product nih, baru 3 hari je muka dah nampak ada perubahan. Tapi kalau muka uols belum putih rata mungkin kena tenyeh lebih sikit bahagian dahi ketika solat....hahaha

So people, selamat mencuba! Tengok lagi 2 minggu hope muka nih makin bertambah blink2....hahaha. Nanti saya update hokeh!


Monday, April 8, 2013

Jom Pakai Masker

Salam readers blogku!  Malam nih menaip entri nih sambil menonton ABPPH. Wah! Didie Alias dah macam nenek Lady Gaga, nasib menang....hahaha. Tahniah! Lain2nya rancangan ABPH lom abis. Saya nih biasa2 je program hiburan, tak berapa excited, bolehlah layan...huhuhu.

Esok dah isnin, bermakna esok pagi buta nak ngadap jalan yang jammed giler tapi kena pasang niat yang baik2, kerja itu ibadah, di ulangi kerja itu satu ibadah. Insyallah Allah permudahkan segalanya.


Sumber Google

Alahai lamanya saya tak menggunakan masker dimuka nih, terasalah macam tak selesa. Bila buka drawer nampak ada 3 peket lagi masker yang tak digunakan lagi. Yah! Best2...:)

Haiii!  Apa salahnya mak Jemah menepek di muka nih demi kebaikan diri sendiri sambil menaip entri dan menonton ABPPH ... hehehe. 



Masker yang saya beli nih sesuai dengan kulit saya sebab sebelum nih guna kunun2 perasan rasa flawless je kulit muka nih....hahaha.  Sesetengah orang mereka kena pilih jenis masker yang sesuai dengan kulit masing2, apa pun depends dengan citarasa masing2 dan mengikut kesesuaian.

Kepada readers2 yang ade cadangan untuk masker, jom la kongsi dengan saya dan kepada yang tak pernah pakai masker, apakata cuba buat sekali je...hehehe. Best tau! Auww....ngeee

Friday, January 11, 2013

Mencantikkan Diri Dengan Pure Marine Colagen

Selamat tengahari jumaat semua, tak ada benda yang nak dibuat selama 2 jam 45 minit, baik posting entri iya tak?




Buang air sangat lawas, kekadang boleh sampai 2-3 kali sehari. Macam pakai kain lampin pakai buang...hahaha. Makan-makan terus nak buang. Bestkan! Lutut saya yang terasa masa naik tangga pun dah berkurangan. Alhamdulilah syukur.









Walaupun masih terlalu awal untuk saya kata kebangusannya PMC tapi saya nampak hasilnya dalam diri sendiri. Hah! Bila rajin melanda diri setiap hari sapu dekat muka dan saya nampak kesan parut jerawat makin hilang. Jadikan masker tepek kat muka. Saya dapat rasakan kulit jadi lembap dan tidak kering lagi serta jadi licin.









Memang benar yang dikata, banyak khasiat kolagen mentah ini. Bagus untuk kesihatan dan kulit kita. Ianya mentah lebih selamat dan lebih asli. Apa-apa pun tengok perubahannya nanti. Mulakan hari dengan Pure Marine Colagen. Wish us luck!