Tuesday, February 9, 2010

PAK ARAB DAN WAK INDON

Hari ni keja agak bz sket, tapi still seronok. Yelah, bila kita kata seronok, apa yang kita buat memang rasa happy je . Minggu ni dah mula internal audit so kena clearance fail-fail dan data-data yang sediaada. Ermmm...data lama semua dah tak ada, mana pegi ntah so biasa la kena taip semula, tujuh hari tujuh malam mokcik menaip...hehehe. Iskkkk takde la...

It good for me but it's a new knowledge, tambah officer saya pun baru lagi so kami sama-sama belajar sesuatu yang baru.

Tdi pagi masa round kat area pc internet pak arab yang saya tegur semalam dah taubat gaknya, taubat nasoha tu, dia dah pandai duduk kat area lap top zone. Agaknya student ni nak kena cakap, buat PHD pun tak tau nak baca. Pandai pun tak cabut lg segala wayar kat pc...hehehe. Buat lagi ada kang mokcik cabut tangan dia....hehehe

Pagi tadi naik aras 5, ermmm... wak indon lak cabut wayar penyambung intenet. Apa lagi mokcik tegur bebaik la. Dia pun seronok angguk,2 ermmm ldengar headphone. Last kawan dia tegur. Pasang sampai siap, pastu mokcik masuk toilet. Keluar toilet, wak indon (hah! padan muka aku sebut ko wak indon) dah cabut semula wayar intenet. Hah! apa lagi mula la sound direct. Minta maaf berulang kali dengan mokcik. kalau ko tak taubat nasoha wak indon tak tau la.

Apa pun memang mantop keja kat BPM. I'm enjoy it!




Saturday, February 6, 2010

SPUR OR FLAT FOOT



Hampir sebulan suami menderita sakit kaki di bahagian tumit. 2 minggu lepas saya menghantarnya ke Pusat Kesihatan UTM. Dia hanya di beri ubat penahan sakit, namun hilangnya hanya seketika, kadang tu sampai kesian pulak bila tengok dia bangun pagi. Terhinjut-hinjut menahan kesakitan.

Semalam dia pergi buat rawatan semula ke Pusat Kesihatan UTM, untuk mendapatkan rawatan semula. Tujuan utamanya untuk menyuntik steriod supaya tidak sakit. Ermm...lain jadinya doktor suruh buat imbasan xray, hasil imbasan xray sudah cukup apa yang saya jangka.

Di tulang tumit kaki suami terdapat 'spur' atau tulang tajam yang tumbuh serta menekan tisu lembut di bahagian bawah tumit atau pun faktor lain tulang-tulang tapak kaki telah jatuh atau 'flat foot'.

Pusat Kesihatan UTM, telah membawa kes suami ke HSA pada hari isnin ini. Aa jua keputusan tunggu arahan doktor. Biasanya kaedah terakhir adalah secara pembedahan.

Biasanya permasalahan tumit terkena bagi kaum wanita tapi lain pulak dengan suami saya...hehehe. Semasa di Pusat Kesihatan UTM, sempat sorang nurse tu buat lawak, 'Wan surat appointment ni untuk ko rujuk kat bahagian payu dara ya', sorang lecture yang duduk sama pun ketawa..hahaha

Apa pun sebagai hamba Allah, apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Saya dan anak-anak mendoakan yang terbaik untuk suamiku yang tercayanggggg!

SYARAHAN ILMU : Y. BHG DATIN SERI FATINI YAACOB




Sabtu, ermm tiada aktiviti yang nak di buat bila dah petang ni so apa lagi capailah laptop dan broaddband. Nak menjengok anak pun, ermm...next week dia dah nak balik so duduklah rumah. Pagi tadi mengemas pasu-pasu bunga, buat sususatur semula, potong daun-daun dan ranting yang tak sepatutnya. Selesai basuh lantai depan, kemudian masuk rumah sapu dan mop lantai. Perggggghhhh! penat mokcik, dah macam bibik la pulak! hehehe

Semalam kat UTM ada program Syarahan Ilmu yang di anjurkan oleh PSZ. Biasalah kalau program sebegini Jabatan Perkhidmatan Maklumat tempat saya bertugas. Kalau program-program sebegini saya memang tak akan lepaskan peluang yang ada sebab saya paling suka membaca, so tambah lagi penulis buku yang pernah saya baca.

Semalam penyampainya adalah Datin Seri Fatini Yaacob yang merupakan karyawan tamu UTM dan penulis buku Natrah. Sebut buku Natrah dah 3x saya baca buku tersebut, saya pinjam dari seorang kenalan dari Pejabat Penerbit. Kalau kita menghayati plot cerita Natrah memang menyentuh hati. Saya kagum dengan kegigihan dan semangat jitu yang ada pada Datin Seri Fatini ketika melakukan penyelidikan buku tersebut. Keadaan beliau yang pregnant serta layanan Natrah yang acuh dan tidak ketika mula-mula bertemu beliau. Syabas datin, teruskan berkarya.

Semalam beliau datang bukan bercerita tentang Natrah tapi merupakan karya yang bakal akan keluar lagi iaitu Biografi : Y.Bhg Tan Sri Dato Ainuddin Abdul Wahid. Sekkarang beliau masih dalam proses pencarian maklumat dari orang ramai. Bagi saya bukan mudah untuk seseorang penulis untuk berkarya, tambah-tambah lagi yang berkaitan biografi. Ia memerlukan fakta yang tepat. Saya percaya buku biografi Tan Sri Ainuddin akan terlaksana atas kegigihan beliau sepertimana Natrah.

Saya pasti tidak akan melepaskan peluang membaca buku biografi : Tan Sri Ainuddin bila telah di lancarkan nanti. Apa yang saya nampak ianya lebih memperjuangkan kemelayuan dan islam yang sejati. Tungguuuu!

Dalam saya menghayati syarahannya semalam, rasa teringat dengan seseorang, Puan Noraini Yahya, di mana gelak tawanya yang serupa. Trade mark tu! hehehe

Friday, February 5, 2010

JAMUAN PERPISAHAN









2 Februari 2010 mokcik di raikan dengan jamuan perpisahan. Dari sorang ke sorang boss mokcik berucap, last mokcik kena berucap. Bila tengah-tengah berucap siap dalam hati kata ' apa aku merapu ni"...hahahha. Lawak laaaa.

Banyak mokcik dapat hadiah, 2 pasang baju, gelang manik dan vase. Sedih jugak tinggalkan jabatan lama tempat mokcik bertugas selama 4 tahun. Banyak mokcik dapat menimba pengalaman kat situ. Buat kawan-kawan yang bertugas di sana....di sana, selamat maju jaya dalam menghadapi invois yang makin banyak datang...hehehe. Jahat mokcik!

Buat adik-adik kesayanganku Ecah dan Ayu jangan sadissss ya, rajin-rajin tegur mokcik kalau lalu depan mokcik...hehehe. Errrrmmm..lagi satu tolong kejut Pak Lebai bila dia titonnnn...hehehe. Korang buat-buat la call tempat dia, sure dia terjaga...hahahaha. Lela penah buat praktikal memang menjadi...hehehe. Untuk Halim...aaaaa sekarang dah takde la ko nak kacau-kacau mokcik lagi. Mana gamba, bila nak send kat mokcik, takkan nak touch up lak. Mokcik dah cun, idok payoh touch up lagi....hehehe

JABATAN BARU




Ermmm.....1 Februari 2010 saya dah memulakan tuggas di Jabatan baru. Bila tengok senarai tugas Unit Promosi dan Alumni. Tempat saya bertugas melibatkan servis so mulut mau manis, banyak2 tahan sabar. Orang marah pun senyum...dup! dap! dup! dap! kena bebanyok sabo mokcik yoo..ooo..yooo...ooo!

Hari pertama aku memulakan tugas baru, pagi isnin tu ada taklimat jabatan. Apa lagi boss pun katalah, ada orang baru jadi warga kita walau pun dia dah lama berkhidmat di sini. Saya tersengih je, nasib tak suruh berucap. Selamatttt mokcik!! hahaha

Saturday, January 30, 2010

BERTUKAR JABATAN








Mokcik tengah sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah ke Jabatan lain. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun mokcik kat Jabatan Pembangunan Sumber. Banyak kenangan manis dan pengalaman yang mokcik input masa di sini. Tadi hampehhhh tul ada ke datang opis tutup. Mokcik lupa wesak day, Datang-datang pejabat gelap..hahahha..Malu mokcik. Bla..bla..bla... Ingat esok nak datang nak susun barang-barang kat tempat baru. Isnin ni dah masuk tempat baru. Camna ekkkk?..hehehe

Wednesday, January 27, 2010

BURUNG APA?




Saya dah dekat seminggu rasanya bila balik dari pejabat rasa penat sangatttttt. Bila dah masukkan kereta dekat porch aaaaa mulalah rasa tak boleh pandang dekat pokok buah markisa tu. Bawah pokok tu mesti bersepah dengan kertas, rumput dan tali. Buat ekkkk dengan tali yang berjurai-jurai atas dahan pokok markisa tu?

Ada sekali tu secara kebetulan, saya jeling je sapa yang bawak sampah pastu dok sangkut banyak dengan tali yang berjurai sana sini...hehehe. Errrrrmmm...oooo...burung! Burung apa? Bukannya saya kenal pun, warna kekuningan tapi kecitttt je burung tuh. 2 hari lepas saya pun dok sentuh tali yang berjurai sana sini, dalam hati siap kata "kalau la ada orang datang, macam tak siuman si CT ni gantung sampah, rumput dan tali kat depan rumah"..hehehe

Hari ni tak nampak bayang dia mengangkut segala rumput, sampah dan tali tu pulak. Merajuk gaknya saya dok sentuh-sentuh eksesori dia gaknya...hehehe. Dalam dok tertanya-tanya sempat saya snap sarang dia yang macam x berapa nak siap lagi...hehehe


Burung...burungggg! Mana lak ko pegi...rindu lak kat ko punya menyepah...hehehe

MAKAM ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL













Hari ini saya cuti kerana ada hal yang perlu diselesaikan so secara kebetulan urusan di bandar Johor Bahru. Selesai urusan dalam pukul 12.ootgh, memandangkan kalau balik pun macam terlalu awal lagi pun tiada perancangan apa-apa untuk petang ini.

Saya pun terus ke Makam Diraja Tanah Perkuburan Mahmoodiah untuk mengambil kesempatan meluangkan masa untuk menjengok makam almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang yang mangkat pada 22 Januari 2010 dan di makamkan pada 23 Januari 2010.


Sampainya di sana suasana sayu dan cukup nyaman dengan dikelilingi pohon rendang yang usianya puluhan tahun. Redup mata saya memandang. Sewaktu saya di bandar Johor Bahru cuaca cukup panas terik tapi di tanah perkuburan ini cukup redup dengan angin yang begitu mendayu. Bagi saya pokok-pokok yang meratapi dan berdoa kesejahteraan pemergian almarhum. Suasana yang kedengaran hanyalah suara tukang mengaji Al Quran di situ.

Kadatangan saya di sambut oleh pengawal makam serta dayang-dayang yang bertugas di sana. Saya berdiri betul di makam almarhum. Secara kebetulan sewaktu saya sedang berdiri di makam almarhum kaum kerabat serta sahabat karib almarhum datang sama, iaitu Datuk Osman bersama isterinya. Beliau persis almarhum semasa hayatnya ada, cara beliau berpakaian macam ada satu trade mark yang serupa, seluar hitam, baju teluk belanga dan bersampin.

Namun apa yang mampu saya luahkan siapa pun kita, tinggi mana pun darjat kita, yang pasti kita semua kembali di tempat asalNya.


Al Fatihah buat almarhum serta para sahabat ahli perkuburan makam Mahmoodian disana!

Tuesday, January 26, 2010

BUAH NAM-NAM A.K.A KATAK PURU


Pagi tadi saje main teka teki dalam face book. Letak buah nam-nam, atau pun kalau orang pantai timur panggil buah katak puru...hehehe. Katak puru boleh makan ke? Cetttt...wink! wink!

Selama ini pun saya buah nam-nam ni dari intenet, teringin yang amat sangat nak sentuh dan rasa macamana gaknya sedapnya buah ni....wink! wink! Bila pegi Hutan bandar Johor Bahru 2 tahun yang lepas, terpandanglah buah ni kat tepi rumah petugas Majlis Perbandaran Johor Bahru. Dalam hati oooooo inilah buah nam-nam yang aku dok perati kat intenet...wink! wink! Takut terkilan cuba tanya pada petugas, confirm tu la buah nam-nam, dia pun offer 2 biji yang dah nak masak.

Balik bila sampai rumah cuci terus rasa, perggghhh memang sedap rasanya masam + manis...wink! wink!
Itulah saje nak tau kawan-kawan dalam face book tau tak buah nam-nam...macam jawapan dorang bagi, buah keduak la, buah nona la, buah tangan la dan paling lawak buah hati...wink! wink!

Monday, January 25, 2010

MILOZZZ PANAZZZ


Dah malam camni, apa kata kita minum milo panas. Sedap gaknya! Teringin lak tekak ni nak minum milozzz tarik panazz.

Nak turun bawah ni yang malas. Masalahnya saya ni ada penyakit 'M'...hehehe.
Aaaaaaa...akhirnya berjaya jugak buat milozzz panazzz.

Jemput minum semua! Glurrppppp aaaaaahh! Sedapnya...