Nuffnang

Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Tudung Ayana @ Yana Shamsudin

Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulilah.

Aku bertugas weekend nih. Sunyi sepi  bangunan library tempat aku bertugas nih memandangkan kebanyakkan student tengah cuti semester. Ada masa terluang sesekali aku masuk facebook....hihihihi. Nak buat apakan dari keluar pejabat lagi salah better aku melayari internet apa yang patut.


Ayana


Aku terpandanglah tudung Ayana produk Yana Shamsudin. Wow! Cantiknya tapi belum di lancarkan. Dia baru nak cari stokis dalam Malaysia. 

Maka aku pun terus pm pada Yana & suami dia atas dasar nak berniaga. Siapa tak nak ko berniaga dengan artis pulak tuh...hihihi. Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah Allah perkenankan impian aku tuh. Amin





Niat hati nak berniaga dengan anak dara aku tuh, maklumlah dia muda remaja so boleh jadi model aku tanpa bayaran...hahaha. Dia pun student di UTM so ramai kawan-kawan yang peringkat remaja so bolehlah bantu aku apa yang patut kalau dapat peluang ini. Insyallah.

Kita tunggu ya Yana Shamsudin launching tudung Ayana. Tak sabar rasanya nak mengenakan instant shawl produk Ayana. Doakan aku ya mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati Yana Shamsudin menjadikan aku antara stokis di Johor Bahru. Insyallah.


Aku & Tong Gas

Assalamualaikum semua pembaca blog aku yang tak seberapa nih.

Macam mana ya aku nak mulakan menaip. Kalau baca tajuknya mesti apalah yang aku nak tuliskan. Merapu ke hape nih...hahaha. Langsung tak ada kaitan dengan yang korang tonton cite Aku, Dia dan Tong Gas tuh....hahaha




Kejadian nih baru berlaku dalam minggu ini dan kadangkala buat aku tergelak sendiri...hahaha. Aku sampai rumah dalam pukul 5.15ptg. Terus kedapur nak rebus lada kering. Tengah aku rebus dalam 1 minit, tup2 gas dapur aku abis. Aku terus call kedai yang supply gas.

Aku : Aloooo! Boleh hantar gas?
Peniaga : Boleh! kak, bagi alamat rumah
Aku : No. 1 Jalan Kulang Kaling 2, Taman Kulang Kaling, Cepat tau saya nak masak berbuka
Peniaga : Ok no problem kak



Bunyinya no problem tuh kemain sepantas kilat pada sangkaan aku. Aku terus naik tingkat atas mandi kambing dan bersolat asar seberapa pantas yang boleh. Tengok-tengok jam dah pukul 5.30ptg. Aku berlari kebawah nak memastikan si budak hantar gas dah sampai. Tengok-tengok tak ada lagi. Ya ampun! Aku call lagi.

Aku : Gas mana ya, kenapa tak hantar lagi. Saya nak masak untuk berbuka puasa nih?
Peniaga : Dah hantar kak, on the way
Aku : On the way? Ok saya tunggu k. (Dalam hati jauh sangat ke, rumah aku dengan kedai. Kalau hantar tak sampai 5 minit)


Jam dah menunjukkan 5.40ptg. Incik suami pun sampai rumah. Aku buka mulut pasal kes gas abis nih. Terus incik suami call suruh peniaga tuh hantar cepat. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai juga. Incik suami call lagi.

Suami : Eh! Kenapa tak hantar lagi gas? Dah berapa lama saya tunggu nih?
Peniaga : Sabar bang budak hantar tu on the way.
Suami : On the way! On the way!  Lama sangat. Kalau tak boleh nak hantar biar saya datang amik
Peniaga : Tak apa budak saya akan hantar. Sabar bang bulan puasa nih (hahaha)


Tak pasal-pasal suami aku kena sound di suruhnya bersabar...hahaha. Membebel la incik suami aku muka dah merah padam. Benggang dengan budak yang berniaga tuh. 

Last gas datang juga pukul 6.15ptg. Incik suami cakap macam nak hempuk je budak tuh dengan tong gas...hahaha. Budak tuh dah buat hati dia panas. Dari aku geram jadi bahan ketawa aku dengan anak dara aku petang tuh...hahaha.

Ini semua angkara tong gas. Tak pasal-pasal aku masak petang tuh kemain laju. Alhamdulilah selesai jugak aku masak lauk pauk untuk berbuka. Pengalaman sungguh!

Saturday, March 28, 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Salam sejahtera dan selamat berjumpa kembali dalam tulisan saya kali ini. Huh! Dah lama ya saya tak posting entri dalam blog ini. Maafkan saya!









Alhamdulilah, seminggu sudah berlalu Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Sultan negeri tumpahnya darahku. Ampun tuanku.










Sukacita bahawa Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim telah diadakan pada  23 Mac 2015 yang lalu. 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden. Istiadat kemahkotaan ini berlangsung di Istana Besar, Johor Bahru. Dimana Sultan-Sultan Johor terdahulu ialah Almarhum Maharaja Abu Bakar, Almarhum Sultan Ibrahim Al Mahsyur, Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, dan Almarhum Sultan Iskandar. 






Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan di negeri Johor adalah 55 tahhun lepas apabila Almarhum Sultan Ismail dan Almarhum Sultanah Aminah dimahkotakan pada tahun 1960.






Walaupun saya tidak terlibat dengan aktiviti semasa hari Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor namun tengaharinya kami keluar untuk melihat festival food di Dataran Bandaraya. Sempat singgah di luar Istana Bukit Serene untuk bergambar-gambar. Best!

Sunday, November 23, 2014

Family Day @ Kukup Golf resort

Assalamualaikum.

Alhamdulilah untuk diri ini dan semua pembaca blog saya. Sihat selalu hendakNya dan hidup dalam keredaan Allah. Terlalu lama rasanya tak update blog ini...huhuhu. Bzlah, banyak alasankan...hihihi





Perancangan Allah sangat cantik untuk ahli keluarga kami. Alhamdulilah. Kami dok berbincang family day ahli keluarga Hj Samad. Tarikhnya biarlah rahsia...kikikiki. Gedik tul! Meow2...hahaha

Puas sembang pasal family day nih dari mata bertentang mata, group whatapps sehinggalah keputusan muktamad. Hasilnya Kukup Golf Resort menjadi destinasi pilihan kami semua. Bagusnya family kami tak banyak karenah biasanya setuju! Muafakat itu yang penting dalam kekeluargaan. Insyallah.

Yuhuuu! Idea mak jemah berjaya jugak untuk tahun ke 2. Adik beradik semua setuju. Dari asalnya nak ke Thailand, Cameron dan nasib tak sebut London...huhuhu. Kalau ke London kita jual ler bulu2 roma yang sediaada...hahaha

Inilah masanya kami dapat bersama seisi family memandangkan cuti sekolah. Dapatler bergosip2 bersama...miahaha. Eh! Idok ler I muslimah sejati no gosip2 ya...hahaha

Kenapa memilih Kukup Golf Resort? 1st tempatnya ada swimming pool, anak2 buah yang tecit2 tu suka berendam kat pool termasuklah jugak mak bapaknya...hahaha. Kita suka sebab ada gym...kikikiki. Bajetnya haku...miahaha

Tunggulah dengan cerita family day kami ya pada bulan Disember 2014. Banyak aktiviti nak kami buat selain sukan, ke pulau Kukup dan macam2 lagi.

Sunday, August 10, 2014

Orang Johor Beraya Sebulan

Hai Assalamualaikum semua..

Sepi sikit blog ini sejak kebelakangan ini. Tuan tanah bz manjang, banyak punya alasan ko ya mak incik...hahaha. Saya sangatlah kekangan masa tahap menteri...hahaha. Malu sampai totop muka...hihihi





Ok la, kita punya gilirankan nak bercerita pasal raya. Bila baca blog kawan-kawan ramai yang cite persiapan dan awal Syawal, hah biar mak Jemah cite pertengahan Syawal ya...hihihi. Bunyinya macam suspen tapi tak ada apa2 pun...hihihi

Tapi saya nak jugak bercerita di sini, memandangkan semalam dah buat status dalam facebook warga Johor kalau beraya sakan mencecah sebulan dan kadang kala tuh ada yang mencecah raya haji. Pandai ngata orang ya. Eh! Mak Jemah tulis je kan...hahaha

Semalam atas pelawaan anak dara kita yang sorang tu, kami beraya di Larkin Perdana. Pergi rumah Manahora, oiii buka Manahora yang kawin dengan anak Sultan Kelantan tuh. Ohhh...idak2 ya. Ini Manahora orang biasa2 je, orang kampung pun panggil dia Arra...hihihi

Eiiiii...terbabas lagi cite lain. Masa nak ke Larkin Jaya tuh, adoiiii jalan semua sesak sana sini. Kalau tak hengat macam nak terbang dekat ruang udara. Bajet princess ke hapa aku nih...hahaha

Beginilah gayanya orang Johor beraya, kalau tak sebulan bukan warga Johor. Makin nak abis Syawal makin rancak orang buat open house sana sini. Negeri lain ada tak cegini? Macam tak hengatkan? Pandai ngata orang, sendiri dok beraya...hahaha.

Sekian, itu je mak nak cerita bahawa Orang Johor beraya sebulan...hahaha

Friday, January 17, 2014

Tasik Seri Alam

Subhanallah! Indahnya alam ini ciptaanmu Ya Allah. Subhanallah! Subhanallah! Itu perkataan yang mampu saya lafazkan. Cantikkan!

Saya terpandang di facebook mengenai satu lokasi sangat menarik terletak di Seri Alam then kuat mengatakan terletak di Johor Bahru. Tak puashati. Terus komen tuan punta facebook...hihihi







Saya dipahamkan kawasan ini tidak dibenarkan masuk kerana tasik tuh dalam sangat! Seri Alam memang dah tutup ke kawasan ini untuk orang awam.  

Pandangan peribadi tak payahlah masuk kalau hujan kot2 ada tanah runtuh dan sebagainya. Merbahaya dan tebing dia tinggi sangat dan tasiknya dalam sangat...huhuhu.







Sejak ada tragedi letupan di kuari pada 21 Julai 2013 yang melibatkan orang awam dan kenderaan kuari ini sudah tidak beroperasi. Boleh baca di sini 'Hujan Batu di Johor'.

Kawasan kuari di Seri Alam berubah menjadi bak medan perang dengan sekitar 20 buah kereta remuk akibat dihempap bongkah-bongkah batu yang berterbangan sehingga melibatkan kematian warga Nepal.




Siapa menyangkakan di tengah hiruk piruk bandaraya Johor Bahru wujudnya tasik buatan manusia kesan dari kerja-kerja letupan batu menjadi sebuah tasik yang cukup indah.

Thursday, December 19, 2013

Johor Bahru Dilanda Puting Beliung

Salam untuk semua pembaca blog saya. 

Ya Allah! Berdebar-debar saya bila terpandang blog isu panaz dalam entrinya sebentar tadi mengatakan bandaraya Johor Bahru di landa puting beliung.






Hari ini 18 Disember 2013 waktu petang, fenomena  puting beliung baru sahaja melanda bandaraya Johor Bahru dan Singapura.








Namun pembentukan puting beliung ini tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga daratan. 

Alhamdulilah tiada apa-apa kerosakan harta dan keselamatan orang awam, sekiranya berterusan sudah pasti merosakkan harta benda dan mengancam nyawa manusia yang berada di laluan puting beliung tersebut.






Marilah kita sama-sama berdoa agar bandaraya Johor Bahru dan negara Malaysia aman damai tanpa di timpa musibah. Ya Allah jauhkanlah dengan dugaan seperti ini.

Kredit to isupanaz.

Tuesday, December 17, 2013

Fishing Bay Resort

Salam untuk pembaca blog yang tak seberapa nih. Terima kasih semua.



Saya baru balik bercuti di Fishing Bay Resort di Teluk Buih, Air Papan, Mersing, Johor bersama semua ahli keluarga, merangkap Hj Samad's Family Day.




Perasaan tenang dapat dirasai sebaik menjejakkan kaki ke resort jam 12.30 tgh. Menginap di bilik yang mengadap Laut Cina Selatan dengan menghirup udara segar sambil ditemani deruan ombak yang memecah pantai. 




Ditambah di celah-celah pohon kelapa, bagi akulah percutian di resort itu meninggalkan nostalgia terindah. Sememangnya suasana seperti itu menjadi menjadi impian aku dan ingin keluar daripada keriuhan dan hiruk-piruk bandar untuk bersantai bersama keluarga tersayang. Alhamdulilah selesai program untuk family aku bagi tahu 2013.



Dari Johor Bahru hanya perlu menempuh 3 jam perjalanan ke tempat yang dituju. Ternyata kegembiraan yang terpancar di riak muka masing-masing sungguh gembira.
Peristiwa ini kami rakamkan dan menyimpanya sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga. Setiap foto adalah dari gabungan kamera kami sekeluara. Kunjungan kali ini amat bermakna untuk kami sekeluarga.


Bagi yang berminat mengenai fishing Bay Resort boleh di dapati di laman sesawang Fishing Bay Resort.


Bersambung..

Monday, December 2, 2013

Impian Menawan Puncak Gunung Pulai Lagi

Salam untuk semua pembaca blog saya.

Nak sambung entri nih punyalah lama. Ideanya manjang tak kunjung datang, supaya pembaca boleh menimba pengalaman dan panduan bila membaca setiap entri yang saya tulis. Adoiiii dah bertingkek-tingkek lamanya entri nih dalam status 'draf'....hihihi




 
Tajuknya mahu gempakkan, mendaki Gunung Pulai...hahaha. Bukan Gunung Kinabalu ya, ini gunung yang comey2 je...hihihi. Bagi yang tak tahu Gunung Pulai sila jumpa incik google...hihihi. Cer google ya, banyak maklumat kat situ. Mungkin juga boleh terjumpa link Batulesung....hihihi






Gunung Pulai ialah merupakan tempat riadah dan mandi manda. Itu dululah tapi since kejadian tanah runtuh tempat nih terus ditutup untuk aktiviti santai. Fokusnya lebih kepada yang kaki mendaki. Bestnya kalau sebut mendaki gunung nih. Mak suka sangat!

Tiba-tiba rindu nak climb Gunung Pulai. What? Sejak bulan Jun selepas berjaya menawan Gunung Pulai rasa bersemangat nak mendaki lagi....huhuhu. Ada juga plan dengan adik ipar sebelah saya yang sama-sama mendaki masa tuh. Kami nak gotcha-gotcha lagi bersama...kikiki







Kalau nak tahukan, majoriti 97% orang Cina manakala 3% orang Melayu. Orang kita memang malas nak beraktiviti dan mengamalkan hidup gaya sihat...huhuhu. Pandainya aku bercakap ya...hihihihi.

Biasalah mendaki gunung memang penat sebab kita akan bermain dengan mentaliti dan kekuatan fizikal. Tapi saya kagum dengan uncle dan aunty yang gagah perkasa boleh mendaki biar pun separuh jalan. Kalau warga negara Singapore jangan citelah subuh gajah dah kat puncak...huhuhu. Malu mak!







Bagi saya cabaran mendaki ini ketika turun, saya rasa amat penat berbanding mendaki. Yelah masing-masing punya fizikal yang berbeza dan kekuatannya pun berbeza. 

Insyallah sebelum menjelangnya 2014 moga impian ini tercapai untuk menawan sekali lagi puncak Gunung Pulai. Kali ini kita nak ajak adik beradik dan anak-anak buah. Orang luar yang nak join sama pun sangat di alu-alukan, free je tak ada sebarang caj bayaran...hihihi

 

Thursday, November 21, 2013

Tetamu Malam di Villa Nabila

Ini juga cerita tentang Villa Nabila bertajuk 'Tetamu Malam di Villa Nabila' yang saya petik dari sumber Harian Metro. Sekadar suka-suka simpan buat rujukan dan tatapan umum. Huwaaa! Sangat rajinnya aku kan? hahaha

Jom baca petikan dari Harian Metro




Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.

Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.




Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.

Terima kasih dan kredit to Harian Metro


Wednesday, November 20, 2013

Isu Villa Nabila

Mula-mula saya nak nyanyi lagu Nabila boleh tak? Untuk mu Nabilaaaa...hahaha. Selebihnya pembaca blog saya yang nyanyi ya. Tak tau nak nyanyi sebeno-benonya saya nih...hihihihi

Ok kita sambung lagi petikan dari Sin Chew Daily. Buat koleksi dan tatapan umum. Macam library pulak aku nih...hahaha. Library pun libry la...hihihi. Gilak!

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia.

Vila itu dikatakan diselubungi dengan pelbagai misteri dan punca rumah besar itu dikosongkan tetap menjadi tanda tanya penduduk sekitar.

Sin Chew Daily melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat empat versi mengenai rumah hantu itu.

1. Pada 1970-an, seorang yang mempunyai nama keluarga Yap telah muflis sehingga seluruh keluarga membunuh diri dalam Vila Nabila.

2. Seorang hartawan telah meninggalkan harta kepada anaknya, tetapi pewaris harta itu kemudian dibunuh oleh orang gaji yang tamak. Mayat anak itu dikatakan ditanam dalam Vila Nabila.

3. Seorang hartawan wanita dirogol dan dibunuh manakala mayatnya disembunyi dalam dinding Vila Nabila.

4. Seorang ayah yang dibebani hutang besar telah membunuh semua ahli keluarga sebelum membunuh diri.

Wartawan yang menyemak empat versi itu melalui arkib berita bagaimanapun mendapati keempat-empat kejadian itu tidak pernah dilaporkan media.

Dalam pada itu, misteri dikatakan menyelubungi wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan remaja di Vila Nabila apabila kamera seorang jurufoto akhbar Cina tiba-tiba tidak berfungsi dalam kawasan vila.

"Jurufoto ini terjatuh dan tercedera di bahagian lutut, kameranya yang berada dalam keadaan baik tiba-tiba tidak berfungsi.

"Kamera itu berfungsi semula apabila berada di luar kawasan Vila Nabila, tetapi ia akan bermasalah semasa jurufoto menghampiri vila," lapor Sin Chew Daily.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa seorang remaja Melayu dilaporkan hilang ketika `melawat' rumah hantu tersebut.

Seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Megat,16, bagaimanapun mendakwa dirinya bersama kira-kira 29 rakan lain telah `melawat' Vila Nabila, tetapi hanya lapan orang yang keluar dari rumah misteri tersebut.

Megat mendakwa, dirinya dan rakan lain hilang ingatan selepas memasuki Vila Nabila dan tiba-tiba bersama tujuh rakan lain berada di surau berdekatan.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai merupakan emak kepada remaja yang hilang dilihat meletakkan beras di kawasan sekitar Vila Nabila.

Kejadian kehilangan remaja di Vila Nabila menyebabkan ramai penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut.

Kesesakan berlaku di Jalan Strait View apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk meninjau vila misteri itu.

Terima kasih dan kredit to Sin Chew Daily.


Villa Nabila Yang Tiba-Tiba Popular

Petikan yang saya ambil dari Agenda Daily, juga untuk simpanan dan tatapan umum. Rajinkan? Hahaha. Apapun nak ucap terima aksih kat Agenda Daily.

Ini yang dinamakan kuasa baru media sosial. Bayangkan bagaimana satu rumah kosong, boleh jadi topik yang diperkatakan jutaan orang melalui berbagai medium media sosial, facebook, twitter dan instagram.
 
Kadang-kadang kita naik 'seram' fikir macam mana satu-satu perkara boleh jadi 'viral' begitu dahsyat terutamanya ketika fakta dan mitos bercampur.

Al kisah Villa Nabila kononnya rumah kosong yang paling berhantu di Johor, nombor lima paling berhantu di Malaysia dan nombor 10 di seluruh dunia.

Entah siapa yang pergi periksa rumah-rumah berhantu ini pun tak ada yang tahu... cuma ia tersebar, meluas melalui media sosial.

Kononnya juga, Villa Nabila ini ditinggalkan selepas terjadi kes bunuh melibatkan budak kecil Nabila yang dibunuh orang gaji dan disimen di dalam dinding.

Sekali lagi, entah betul entah tidak, tapi itulah yang tersebar. Villa Nabila jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan hanya seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, pada Isnin.

Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.

Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya.
Kredit to Agenda Daily.


Misteri Villa Nabila

Kisah Villa Nabila ini sebenarnya pernah saya buat entri sedikit masa dahulu. Kalu tak silap tahun 2012 selepas melihat Mazidul Akmal Sidek buat entri.

Saya nak simpan kisah-kisah misteri ini sekadar untuk dijadikan bahan bacaan ringan. Ini yang saya petik dari Utusan Malaysia.





Sebuah banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan 'hilang' selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi ini.
 
Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, sebelum itu tidak pulang selepas keluar rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee di sini sejak Sabtu lalu.

Ibunya, Norhayati Mohamad, 38, kemudian menghubungi rakan anaknya yang memaklumkan remaja itu telah pergi ke banglo berkenaan bersama beberapa rakannya.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ibu remaja tersebut telah pergi mencari anaknya di banglo berkenaan malam tadi.

"Selepas gagal menemukan anaknya, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Danga Bay pukul 1 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Abdul Samad berkata, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan serta pasukan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan operasi di banglo itu tetapi gagal mengesan remaja berkenaan.

Beliau yang mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook bahawa terdapat 23 remaja hilang manakala tujuh lagi berjaya keluar selepas memasuki banglo berkenaan.

Menurut Abdul Samad , pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu dan menggesa orang ramai tidak menyalurkan maklumat tidak tepat sehingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, difahamkan, keluarga Mohamad Izzat turut mendapatkan khidmat ustaz dan pengamal perubatan Islam bagi menjejaki remaja berkenaan yang dikhuatiri telah 'disembunyikan'.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai mula berada di pekarangan pintu masuk banglo tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira dua kilometer.

Villa Nabila yang mempunyai tiga buah bangunan yang sudah usang itu dianggap penduduk sebagai berhantu dan kewujudannya sejak 40 tahun lalu sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik sehingga menjadi tumpuan orang ramai, khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Sementara itu, salah seorang remaja yang turut sama ke banglo berkenaan, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia bersama kira-kira 30 rakan lain masuk ke premis berkenaan pukul 12.30 tengah malam tadi.

"Kira-kira 20 minit di situ, beberapa rakan saya tiba-tiba diserang histeria sebelum kami bergegas turun dan pergi ke Masjid Kolam Air untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

"Selepas itu kami semua bersurai, tak sangka pula ada yang hilang kerana saya sendiri kurang mengenali dia (mangsa)," katanya.

Seorang lagi remaja, Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, mendakwa, terdapat dua kumpulan pergi ke banglo terletak di kawasan atas bukit berkenaan.

"Saya masuk dengan sembilan rakan dan sebaik sahaja turun barulah ada rakan beritahu ada yang tertinggal di atas tetapi saya sendiri tidak kenal remaja tersebut," katanya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menemu bual Norhayati gagal apabila wanita berkenaan terus beredar menaiki kereta selepas memberi kenyataan di Balai Polis Sentral di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Kredit to Utusan Malaysia.

Tuesday, November 19, 2013

Masih Kisah Villa Nabila

Salam untuk pembaca blog saya. Terima kasih sudi ke blog kesayanganku ini. 

Masih cerita sensasi tentang Villa Nabila yang menjadi bahan perbualan hangat masyarakat Malaysia, lebih2 lagi di laman sosial...hihihi. Macam mencari publisiti juga Villa Nabila nih...hihihi. Bajet retis ko ya...hahaha. Tak lama lagi muncul David Teoh dekat situ...hahaha

Kita tidak boleh menolak kisah-kisah alam ghaib sebab perkara ini wujud tapi kadangkala manusia nih yang suka menokok tambah cerita. Jadinya kalau cerita tuh A dah jadi ABCDE dan seterusnya sampai berjela-jela. Apa-apa sebagai manusia kita bertidak atau berfikir guna logik akal.

Cer tengok berita dalam Sinar Harian ini. 




Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu telah di temui. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Pihak polis menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.

Paling untung dalam kes ini mamat Bangla yang jual aiskrim, secara tidak langsung dia mengaut keuntungan dengan kehadiran orang ramai dari mana-mana pelusuk...hahaha. Tajuknya siapa yang untung? Bangla juga untung...hahaha


Monday, November 18, 2013

Sekumpulan Remaja Hilang di Villa Nabila

Ada tak sesiapa yang mahukan penginapan percuma 3H2M di Villa Nabila? Kalau ada yang nak, boleh saya tolong hantarkan kesana. Tak jauh pun, dalam daerah  Johor Bahru nih jugak. 

 

 

Berita yang baru melanda dalam facebook saya baca sejak malam tadi. Tak tahu kesahihannya cerita ini. Kisah benar atau sebaliknya dan kadangkala sesuatu cerita tuh kecil sahaja bila sudah ditokok tambah lain jadinya. 










Khabarnya pada tanggal 18 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudah midnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. 

 

Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah ' terperangkap' dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ. 

 







Ada beberapa gambar yang terdapat di laman facebook, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini saya masih berasa 'Skeptical' terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. 

 

Ada keluar berita di tv atau paper tak? Hihihi. Cuma saya nih musykil dan kalau buat atau mendengar sesuatu suka mengunakan logik akal. 

 

Dulu pakcik saya pernah kerja dengan owner villa nih. Tapi tak pernah pun sebut nama anak dia Nabila...huhuhu. Ownernya bernama Datuk Yap. Confius mak dengan cerita2 nih. Biasalah manusia bila tambah tokok cerita jadi 'sesedap rasa' agaknya...hihihi