Nuffnang

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Si Pungguk Rindukan Penyu

Alahmdulilah bertemu lagi dalam entri yang sangat indah untuk hari ini 27 Jun 2014. Aku sekarang berada di daerah Kemaman, Terengganu yang sedang cuti-cuti Malaysia. Biasalah sambil menyelam makan epalkan...hahaha



Dalam diam, malam ini aku nak ke Pantai Teluk Mak Nik. Hah di sinilah mengamitnya memori indah bagaikan si punggok rindukan bulan. Opsss! Bukan-bukan typing error nih...huhuhu.

 

Moh sini aku nak sembang sikit, Pantai Mak Nik adalah antara tempat persinggahan penyu sehingga kini. Namun ianya tidak diwar-warkan bagi menjaga kesejahteraan hidupan 2 alam ini. Jika anda ingin melihat penyu bertelur di sini, dengan syarat boleh dapatkan khidmat pemandu pelancong kawasan ini bagi melihatnya.

 


Sebab bukan semua orang tahu akan kehadiran penyu ini. Adik aku yang dah menetap 15 tahun di daerah ini pun baru tahu minggu lepas. Alhamdulilah kiranya aku antara orang yang beruntung, kalau ada rezeki dan izin dari allah malam ini dapat ler aku menyaksikan secara live. Boleh nanti aku cite dalam blogkan....hahaha

 

Doakan ya moga aku dapat tengok tempat tumpuan penyu-penyu mendarat di D'Monica Bay yang datang dari pelbagai negara dan bertelur di sini. Masanya aku nak berjimba-jimba biarlah rahsia :)

 

Friday, December 6, 2013

Anak Bujang @ Banjir Di Kemaman

Alhamdulilah kerisauan terjawab juga, bila dapat sms/call/watapps dengan anak bujang saya. Lega! 2 Hari kami terputus hubungan memandangkan Perumahan Bandar Chendor terputus bekalan air, elektrik dan line Celcom yang tidak menentu.

Lega sedikit petang semalam bila dapat maklumat dari anak mengatakan bekalan elektrik dan air sudah kembali semula. Glupp! Mereka pun merasa lega sikit boleh caj bateri hp dan sebagainya. Alhamdulilah.




Banyak perkara yang saya risaukan, keselamatan anak di sana, buku-buku pelajaran, kenderaan, barang-barang di rumah, dan dokumen penting.

Mudah2an Allah perkenankan doa saya moga banjir beransur surut dan beri mangsa banjir balik ke rumah masing-masing. Kalau ada rezeki dan banjir tidak semakin memburuk, Insyaallah semuanya selamat.




Ada juga pic yang anak saya snap ketika melihat keadaan banjir petang semalam. Dia bagi tahu ikan keli banyak sangat. 

Keadaan selepas itu, saya tidak tahu. Namun kata mereka hujan masih lebat dan berterusan. Info juga meramalkan akan ada air pasang besar pada malam ini.

 


Allahuakbar! Pagi ini saya hanya dapat berhubung dengan anak sekali itu pun sekadar bersms lepas tuh senyap.

Sedih baca cerita dalam blog-blog, facebook, macam nk turun padang ke sana tapi sekuat mana kudrat saya nak melawan arus deras. Sedih juga sebab ada sepupu dan anak yang berada di sana.

Alhamdulillah, setakat nih mereka selamat tapi air semakin tinggi. Semoga semua mangsa di sana juga selamat. Saya sekarang menunggu berita untuk anak saya dapat melepaskan diri pulang ke Johor. Ya Allah moga dipermudahkan setiap urusan.




Rasa lega sejak pkl 11.00 pg ke atas kami dapat watapps seisi keluarga semua sehingga kini . Dia minta keluarga semua jangan risau, insyallah dia boleh survive di sana. Bekalan makanan pun dah beli, lawaknya nak kuar minta bantuan lori...kikikiki. Rasa seronok pulak. Siap cakap inilah 1st time dia rasa banjir. 

Alhamdulilah, pengalaman kadang-kadang mematangkan kita untuk hidup lebih berdikari. Kita nih ibu yang risaukan keadaan anak bila tengok laporan berita terkini. Insyallah selamat semuanya.


Friday, July 6, 2012

Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu

Pukul 5 pm kami bertolak dari Kuala Kemaman menuju ke pantai Teluk Kalong kemaman adalah dalam 20 minit jugak perjalanan, dengan 4 buah kereta berkonvoi kesana. 











Bila dah sampai apa lagi terus ke agenda utama adalah mencari tempat untuk makan, memandangkan bawa orang tua biasalah abah kita...hihihi. Secara kebetulan sepupu kita yang menetap di Kemaman ada join sama jadi abah kita cukup menghormati tetamu.

Paling meriah sampai lupa nak makan segala adalah kanak2 ribena bukan setakat budak kecik, bapak budak pun sama naik jugak sebab nak memantau anak2 di pantai...hahaha. Selamat mak Temah dah tak ada anak kecil, idoklah nak berangan melahirkan anak2 yang comel. Comot mahulah kot, ada hati kunun...wakakaka (Pinjam kata2 anak2 kita...huhuhu). Eh! Apa kita merapu nih...hukhukhuk










Sambung lagi kisah di Teluk Kalong. Teluk Kalong merupakan sebuah pantai pilihan kerana keadaan pantainya yang panjang dan mendatar. Banyak aktivitidan kemudahan sediaada dan kedudukannya yang dekat dengan perkampungan juga menjadikan ia antara pantai yang selamat dan meriah. 

Di sini juga sangat sesuai untuk anda berjogging di sepanjang pantai. Tapi kalau untuk mandi-manda berjaga-jaga dengan arusnya ketika ombak & angin kuat. Mandi kat pinggir pantai sudah memadai dan semasa kita sampai bendera merah berkibar megah. 'Jangan nak mandi manda ya tuang2 dan puang2'...hikhikhik









Bagi kitalah yang 1st time kesini Pantai Telok Kalong tidak kurang indahmya berbanding dengan pantai-pantai lain di Kemaman, Terengganu. Meskipun pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda, tetapi ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. 

Antara kemudahan-kemudahan yang di sediakan di Pantai Telok Kalong seperti surau, gerai makan, taman permainan dan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat.







Semasa menikmati waktu petang di sana sambil duduk bersembang bersama family dan sepupu sempat kami makan lempeng nyiur yang di jual di cafe pantai tersebut. Perghhh! Sedap makan bersama gulai ikan panas2...huhuhu. Tiba2 terliur tingat lempeng nyiur. Johor Bahru nih mana nak cari, ingat nak buat sendirilah.



Thursday, July 5, 2012

Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu - Santai Bersama

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar korang semua? Tuan blog ni asyik tenggelam timbul sahajakan, entri2 yang korang baca sebelum ini kita taip semasa di Pantai Timur. Hope kita akan cuba untuk memberikan sesuatu untuk dibaca oleh korang. Terima kasih sekali lagi dan lagi diucapkan kepada  reader yang sudi datang nak membaca blog tak seberapa ini.










Masih mood penat tapi gagahkan diri untuk kepejabat memandangkan ada kerja2 yang perlu diselesaikan, First of all, ada yang tertanya-tanya ke mana kita yang tahap bz ni? Bila nak posting entri tak datang pulak idea, baik baca blog orang lain. Bila dah habis baca, mata pun mengantuk dan penyelesaian terbaik adalah kepala nih disorongkan bantal sudah....hehehe.

Esok 2 hari tiada dipejabat kerana menjalani kursus Fotografi. Aiseh! Lepas nih photographer Malaya takleh cari makanlah (ayat puji diri sendiri, tak sedar diri tul mak Temah...wakaka)











Entri masih kisah di Pantai Penunjuk, kita pergi bukan bertiga tapi bersama ahli keluarga. Bagusnya  kita ada seorang adik yang menetap di Kemaman. Dialah yang menunjukkan tempat2 menarik sewaktu kita di sana kalau tak haru mak Temah termangu2....wawawa.

Masih kita ingat keindahan Pantai Penunjuk yang tidak tercemar langsung dengan sampah sarap, hidupan2 laut kelihatan jelas dari dalam air dan boleh di lihat dengan mata kasar. Kita berkesempatan memegang spesis tapak sulaiman, ketam dan obor2 yang terdampar di bawa arus di situ. Best bukan?

 







Kita sangat teruja tengok kawasan perkampungan di situ banyak pokok kelapa, aduyaiii damainya dengan tiupan angin dari laut. Tenangnya jiwa kat sana. Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah!




Tuesday, July 3, 2012

Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu - Menikmati Keindahan Alam

Selepas kenyang makan2 di Kuala Kemaman atas cadangan adik terus ke Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu. Wow! Hanya mampu berkata dalam hati subhanallah cantiknya ciptaan Allah.

Pantai Penunjuk terletak di Kijal, Terengganu. Pantai yang sungguh cantik dengan air laut yang cetek amat sesuat untuk aktiviti perkelahan. Terletak di Kijal juga antara pantai yang sangat indah untuk anda kunjungi.












Keunikan susunan batu-batunya menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri.

Rasanya pengunjung  boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari cahaya matahari pagi dan kita semua akan menikmati suasana yang berbeza ketika air pasang & air surut. Kepuasannya pasti tidak dapat anda tukar dengan wang ringgit.












Kita di pahamkan pantai ini  juga kerap kali menjadi pilihan sesi pergambaraan diadakan. Samada pegambaran filem, drama, iklan komersil dan tidak terlepas juga sesi fotografi perkahwinan. 

Pasti ianya menjadi memori terindah bagi anda yang bergelar pengantin baru. Bagi anda yang tak sempat bergambar kat sini, anda bolehlah tempah baju pengantin kat mana-mana, dan anda ambik la gambar anda berdua banyak-banyak kat sini.












Di pantai ini juga anda boleh mandi-manda bersama keluarga. Namun seperti biasa, anda perlu berhati-hati sewaktu ombak dan angin kuat ketika mandi di sini. Ini kerana kadang-kadang berlaku arus yang menarik pasir ke laut.








Bagi yang sampai ke Kemaman Terengganu datanglah ke Pantai Penunjuk yang unik dan cantik. Anugerah Allah kepada kita seluas mata memandang alunan ombak sepanjang persisir pantai. Riuh rendah tawa anak-anak kecil bermain ombak. Desiran angin membelah dedaun rhu.

Suasana pantai yang menarik, dihiasi pula bot-bot kecil nelayan menggambarkan suasana perkampungan nelayan. Baringlah dipepasir, renunglah dilangit, nikmatilah keindahan alam bersama nyanyian merdu deruman ombak diselangi suara camar di awangan.

Pantai Penunjuk Kijal sentiasa melambai-lambai kehadiran anda semu
a.



Monday, July 2, 2012

Kemaman, Terengganu - Melantak Satar

Akibat excited sangat nak makan satar, hah! hamik ko makan sampai lebam. Kenyang giler. Perjalanan jauh dan kepenatan perjalanan semalam tak terasa kerana perutku excited nak makan satar....huahuahua 






Acara wajib bila ke Terengganu adalah sangat stereotype Kuala Kemaman untuk melantak satar. Kali ni adik kita suggest  singgah Warung Aziz Satar. So pergilah beramai2. Meriah!






Restoran yang biasa saje tapi banyak pilihan malah tidak terhad kepada satar semata. Ade satar,  otak2,  pulut panggang,  ketupat goreng, nasi dagang, bermacam mee, nasik campur, nasi ayam dan senang cakap macam2 adoooooo...hihihi





 
Kami turut menjamu selera dengan sotong dan udang celup tepung.

Saturday, June 30, 2012

Kemaman, Terengganu - Breakfast

Hari pertama di Kemaman Terengganu, awal pagi kita dah breakfast nasi kerabu dan ketupat palas. Alhamdulilah, sedap sangat u!








Sesaje nak bagi korang terliur upload gambo..huahuahua. Versi jelez katakan...hahaha. Okies nanti sambung cite lagi ya. Bubye!


Friday, June 29, 2012

Kemaman, Terengganu - Cuti2 Pantai Timur



Salam untuk semua dan sekarang kita sudah berada pantai Timur Malaysia di Kemaman, Terengganu bersama keluarga. Gerak dari Johor Bahru jam 10.00 mlm dan sampai di Kemaman jam 4.00pg. Cepat tak? Itu pun berapa kali berhenti, layan tekak nih hilangkan dahaga, masuk bilik kecil dan sesekali meregangkan badan....hihihihi




Macam naik roller coaster dibuatnya, kalau kita yang drive sure macam naik kereta lembulah lagaknya...hahaha. Rasanya sampai sekarang lom sampai2 lagi sehinggalah entri ini di taip jam 8.38pg...huahuahua

Alhamdulilah, untuk sementara waktu sebelum menginap di homestay, kami singgah sementara waktu di rumah adik untuk melelapkan mata. Masing2 tengah zzzzz, kita dapat lelapkan mata selepas solat subuh tadi dalam 30 minit sudah memadai. Alahai tak pandailah tido siang nih, pening kepala mak nak....hukhukhuk






Bangun2 atas meja dah terhidang nasi kerabu atas meja. Mana boleh tahankan nafsu makan nih, adik kita belikan awal pagi tadi. Wawawa! Sedap sesangat, jemput makan semua...hikhikhik

Mungkin selepas kaum adam menunaikan solat jumaat, kami akan bergerak untuk menginap di Putera Puteri Homestay yang terletak di sini.

Putera-Puteri Homestay
Lot 9903,Kg. Jaya,
Jalan Air Putih,
24000 Kemaman 
Tel : 013 960 7385 / 019 990 4252 Cikgu Zaizu



 


Memandangkan ada urusan rasmi dan memudahkan untuk kita bergerak kesana sini itulah tujuan utama kita menginap di Putera Puteri Homestay. Kita kesini bersama mak, abah dan adik sekeluarga, memandangkan urusan rasmi pada hari ahad ada baiknya menghabiskan masa untuk bersiar2 di Kemaman, Terengganu.

Ada sesiapa yang tinggal di Kemaman sila angkat tangan? huhuhuhu :)

Wednesday, June 13, 2012

Pantai Kemasik

Akhir bulan nih kita akan bercuti ke Terengganu untuk menghantar anak bujang kita memulakan pengajian di sana. Kita paling teruja sebabnya selain boleh menjengok anak pada masa akan datang, bolehlah kita makan angin sekali. Begitulah motifnya. Blekk!







Acctually kita pun ada adik yang menetap di daerah Kemaman, seolah2 seperti penduduk tetap disana. Walhal mereka suami isteri anak jati Johor, perasan jadi orang Terengganulah tuh...huhuhu






Awal lagi kita dah searching tempat2 menarik di Terengganu. Kita dah booking sebuah homestay sebagai penginapan untuk 3H2M, sesaja nak jalan2 disana dan secara kebetulan menguruskan pendaftaran pengajian anak bujang kita di sana nanti.






Ada satu pantai namanya Pantai Kemasik cantik pulak, ala2 Pulau Karabi, ingat nak tanya adik cara ke lokasi tersebut lagi pun memandangkan masa kita kesana Terengganu off day so tiada masalah bagi kita.






Dalam memori nih dah teruja sangat nak makan satar ikan. Sedapnya! Nak makan sampai puas. Nyummy :)