Nuffnang

Thursday, July 5, 2012

Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu - Santai Bersama

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar korang semua? Tuan blog ni asyik tenggelam timbul sahajakan, entri2 yang korang baca sebelum ini kita taip semasa di Pantai Timur. Hope kita akan cuba untuk memberikan sesuatu untuk dibaca oleh korang. Terima kasih sekali lagi dan lagi diucapkan kepada  reader yang sudi datang nak membaca blog tak seberapa ini.










Masih mood penat tapi gagahkan diri untuk kepejabat memandangkan ada kerja2 yang perlu diselesaikan, First of all, ada yang tertanya-tanya ke mana kita yang tahap bz ni? Bila nak posting entri tak datang pulak idea, baik baca blog orang lain. Bila dah habis baca, mata pun mengantuk dan penyelesaian terbaik adalah kepala nih disorongkan bantal sudah....hehehe.

Esok 2 hari tiada dipejabat kerana menjalani kursus Fotografi. Aiseh! Lepas nih photographer Malaya takleh cari makanlah (ayat puji diri sendiri, tak sedar diri tul mak Temah...wakaka)











Entri masih kisah di Pantai Penunjuk, kita pergi bukan bertiga tapi bersama ahli keluarga. Bagusnya  kita ada seorang adik yang menetap di Kemaman. Dialah yang menunjukkan tempat2 menarik sewaktu kita di sana kalau tak haru mak Temah termangu2....wawawa.

Masih kita ingat keindahan Pantai Penunjuk yang tidak tercemar langsung dengan sampah sarap, hidupan2 laut kelihatan jelas dari dalam air dan boleh di lihat dengan mata kasar. Kita berkesempatan memegang spesis tapak sulaiman, ketam dan obor2 yang terdampar di bawa arus di situ. Best bukan?

 







Kita sangat teruja tengok kawasan perkampungan di situ banyak pokok kelapa, aduyaiii damainya dengan tiupan angin dari laut. Tenangnya jiwa kat sana. Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah!




2 comments:

  1. suka tengok lelaki yang berdiri atas batu pada gambar first tu...

    ReplyDelete