Nuffnang

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Berjaya Menawan Puncak Gunung Pulai

Salam untuk semua pembaca blog saya, terima kasih semua yang sudi melayari blog ini. Saya kuatkan semangat untuk menaip entri malam ini untuk berkongsi pengalaman manis apa yang saya lalui siang tadi.




Saya pernah terpikir kenapa ada manusia sanggup berkorban masa, wang ringgit, menyambung nyawa mengharung pelbagai rintangan untuk menawan puncak gunung.

Malah ramai lagi yang taksub menawan ratusan gunung lain. Apa yang mereka cari di sana? Saya juga ingin mencari jawapannya tetapi bukan di Everest atau puncak-puncak utama, namun saya dah dapat rasa umphhhhnya...hihihi




Bagi saya mendaki gunung adalah aktiviti sihat yang dapat mendekatkan diri dengan Allah dan alam ciptaanNya. Bagi orang yang gemar mendaki mereka dahagakan kejayaan dan merasakan satu pencapaian yang sangat hebat.

Saya sangat mencintai alam dan aktiviti mendaki gunung kerana bagi saya jika kita ingin mengenali Allah, pergilah mendaki kerana sepanjang perjalanan mendaki kita akan melihat kebesaran dan kekuasaanNya. Sebagai hambaNya kita akan sedar betapa kecilnya diri ini dan kita lebih mengenali diri sendiri. 





Sebenarnya mendaki gunung banyak kelebihannya selain kekuatan mentaliti dan fizikal ia mengajar erti kesabaran seseorang, lagi banyak pengalaman dan pengajaran yang saya boleh diperolehi.

Itulah yang saya dapat pagi tadi semasa menawan puncak Gunung Pulai yang terletak di daerah Pontian, Johor. Dalam usia 47 tahun, Alhamdulilah akhirnya saya mampu mendaki dengan ketinggi 2147 kaki. Walaupun saya dapati kaki pendaki majoriti warga Singapura dan mereka mempunyai stamina yang sangat baik dan cergas tapi ia bukan satu saingan sengit untuk diri saya malah itu satu cabaran yang cukup sihat untuk sama-sama membuat pendakian.




Saya memulakan pendakian jam 8.40pg dengan cuaca yang sangat baik dengan memakan masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Pelbagai karenah pendaki yang saya jumpa, ada yang suku pendakian, separuh dan yang berjaya manakala yang jatuh luka pun ada....huhuhu. Itulah cabaran!




Terima kasih Allah mengizinkan saya mendaki sehingga ke puncak, saya dahagakan kejayaan dalam hidup ini dan masih belum merasa puas untuk menawan puncak gunung yang lain. Insyallah saya yakin mampu untuk melakukannya.

Sunday, May 26, 2013

Life Update

Salam untuk semua dan dengan rendah hati terima kasih yang paling sayang untuk semua pembaca blog ini kerana saya kena lafazkan kasih sayang sebagai pembakar semangat untuk pembaca blog ini. Sebab korang suka baca blog sayakan? Perasannya aku...hahaha. Ada peluang masuk posting entri malam nih.





Sebenarnya saya agak bz sejak kebelakangan nih. Penuh dengan aktiviti berkebun, outdoor dan cuti2.

Bagi yang tertanya2, macam agak kurang sejak kebelakangan ini saya posting entri. Harap pahamlah situasi yang sibuk selalu nih....huhuhu. Nampak macam 2 hari sekali camtulah. Terima kasih sebab ambil berat. Sweet Sangat! Alhamdulillah, tapi still posting jugakkan, demi pembaca blog saya...hihihi

Oh ya, saya berada di kampung sejak petang semalam. Bunyinya macam jauhkan balik kampung bagai...hohoho. Kampung tak jauh mana pun drive kereta ambil masa lebih kurang 30 minit. Nak jugak ada kampung, bila orang sana sini cakap balik kampungkan. Ayat sedapkan hati sendiri....hahaha.

Saya baru balik dari menjengok pusara arwah mak bersama abah dan pak incik. Al Fatihah dan luv U mak, rindunya. Bersih teratak mak tanpa sehelai rumput tapi menariknya bunga-bunga mawar putih tengah kembang mekar, bila saya kira ada 10 kuntum. Macam tu agaknya cerianya wajah  mak saya kat sana. 

Dalam masa berdiri depan pusara mak saya, abah pesan kalau dia tak panjang usia, dia mintak saya semadikan di sebelah pusara mak. Ntah berapa kali wasiat nih dia pesan kat saya. Sedih sebenarnya tapi cepat-cepat off topic cite pasal kubur orang sebelah....hihihi. Saya tak mahu kehilangan orang yang paling saya sayang selama ini tapi siapalah saya untuk menghalang ketentuan Allah. Nangis kejap taip entri nih. Sedihnya. Abah! Abah!

Semalam dia pecahkan pembentung tadahan air yang berhampiran pusara mak alasannya pembentung tu agak rendah dan anjing selalu minum dan dia tak selesa orang ramai gunakan air tersebut dan di gantikan dengan pembentung yang baru siap bertembok dan ada sistem paip yang lebih baik. Layankan je sebab saya tahu dia suka buat amal jariah untuk kegunaan orang ramai. Bekalan akhirat dia juga, biarlah.

Hari cuti nih saya penuhkan dengan pelbagai xtbt, hari nih di kampung saya, balik petang nanti saya nak berbasikal dengan pak incik. Esok ada xtbt di Setia Tropika dan petang di Taman Universiti. 

Insyallah seawal pagi, esok pagi saya akan mendaki  Gunung Pulai bersama family dan kawan-kawan. Ada yang nak ikut tak? Sila angkat tangan....hihihihi. Saya nak sihat!

Wednesday, May 22, 2013

Anak Felda Berjaya Menawan Everest

Salam untuk semua pembaca blog saya dan terima kasih yang sudi melayari blog ini. Hah! Apa lagi sila klik iklan2 yang di sebelah kiri sidebar dan atas tuh...hihihi. Manyak cantik muka ko mak Jemah...wakakaka




Harusssssss, mahuku cer juga. Mahukan?...hahaha. Cerita kejayaan anak Felda yang berjaya mendaki gunung Everest. Mestilah saya tumpang gembirakan sebab saya pun anak jati felda so sekurang-kurangnya tumpang berbangga dengan kejayaan mereka. Alhamdulilah dan tahniah!




Ekspedisi tajaan daripada Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd. dan Majlis Belia Felda Malaysia ini telah mencapai matlamat projek dan telah dapat di sempurnakan. 

Tahniah! Anak Felda. Berita selanjutnya klik Utusan.

Sunday, August 5, 2012

Tahniah! Datuk Lee Chong Wei

Tahniah Datuk Lee Chong Wei walaupun tak memenangi pingat emas tapi sudah cukup membanggakan negara.




Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London malam Ahad.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Olimpik Beijing, empat tahun lepas.

Laporan dari Berita Bernama di Kota London.