Nuffnang

Showing posts with label Indonesia - Batam. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Batam. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Batam

Alhamduliah saya kembali menulis malam ini. Bukan menghilangkan diri tapi pulang ke kampung oang tua saya kerana memberi ruang untuk ibubapa saya untuk menghadiri majlis perkahwian di Batu Pahat, bertemu saudara mara untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah di Muar dan Melaka. 





 
 



  

Jadinya sayalah yang menjaga rumah kampung 2 hari ini sepanjang ketiadaan mereka. Bukannya tidak boleh di tinggalkan begitu sahaja memandangkan rumah tersebut dilengkapi sistem penggera tapi memandangkan abah  saya ada memelihara beberapa ekor ayam, arnab dan kucing yang memerlukan penjagaan maka sayalah yang mengambil alih tugas tersebut.








Saya tidak berkira pun tentang perkara2 sebegini, berapalah sangat pengorbanan saya yang sebesar zarah ini kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan abah saya. Entah esok atau lusa belum tentu saya dapat berbakti padanya sebab perjalanan hidup kita sangat singkat.

Sepanjang di kampung saya tidak boleh online memandangkan di sana PI Max saya tiada coverage. Walaupun kampung halaman saya ada wifi secara percuma yang dibekalkan oleh kerajaan tapi macam tak wujud...huhuhu. Camana tu ya?

Oklah sambung balik perjalanan saya semasa di Batam, Indonesia yang meninggalkan banyak kenangan indah semasa pergi bersama ahli keluarga seminggu yang lepas. Terima kasih abah dan mak yang sudi menerima pelawaan kami, adik beradik yang sudi menemani travelog ini, anak2 dan anak2 buah saya yang memeriahkan suasana sepanjang masa dan akhir sekali terima kasih buat pak incik yang megizinkan pemergian saya. 

Selain bershopping ada tempat-tempat menarik di Pulau Batam yang kurang diketahui orang luar, lebih2 lagi pengunjung dari Malaysia dan sekitarnya.









Biarpun ramai orang yang berpendapat di Batam tuh menjadi tempat kerseronakan pada kaum adam yang ingin berseronok dengan perempuan Batam. Itulah metos yang dahulu hingga kini. Tapi mengapa tak kita explore bukan? Kita tak tahu betul ke tak perkara tu benar-benar terjadi. Jawapan secara peribadi saya tidak pun sebab orang dah set minda mereka sebegitu. Apa pun nawaitu itu sendiri.

Jom kita pergi tempat2 menarik di Pulau Batam. Antaranya Jambatan Balerang, Miniature, Costarina, dan banyak lagi tempat yang boleh di jelajah.



Sunday, December 9, 2012

Makanan Halal & Tempat Shopping @ Pulau Batam

Selamat malam dan terima kasih sudi melayari blog saya ini, moga esok jumaat ramai yang membaca entri ini...wot2

Malam ini saya menaip entri kali ini khusus atas permintaan blogger zana-norzana yang inginkan info tentang pusat membeli belah di Pulau Batam. Yezza! I like...huhuhu. Sapa tak suka shoppingkan? 






Mula2 nak sentuh bab mencari makanan halal di Pulau Batam. Owh! Jangan risau di sana kebanyakkan makanannya adalah ditanggung halal.

Tapi saya nak kenalkan satu tempat yang sedap, beraneka pilihan menu, bersih dan halal di makan sewaktu di Pulau Batam. Restoran ini memang khas di Batam dan cawangan lain selain di Batam, nama tempatnya adalah BFC. Yah! BFC bukan KFC lohh, jadi BFC ini adalah singkatan dari Best Fried Chicken,  ternyata makanan BFC berbeza dan lebih unik.








Di sini sistemnya memang pesan terus melalui cashier dan terus bayar di kaunter, tapi maknananya akan di antar ke meja masing-masing, pelayannya pun sangat ramah , 2-3 kali juga sepanjang kita di Pulau Batam membeli makanan di sana. Murah tuh kalau nak dibandingkan harga di sini.
  • BFC @ Nagoya Hill

Hurm! Selain Best Fried Chicken @ BFC  juga mempunyai banyak cafe yang serupa :
  • Gadeno @ Nagoya Hill dan mega mall
  • Godiva @ Nagoya Hill, Dc mall, Dan Mega Mall
  • Pizza Hut @ Nagoya, Mega Mall, dsb.

Selain cafe-cafe tersebut terdapat juga tempat makan yang menyediakan Fast Food seperti :
  • KFC
  • MC.Donald
  • A & W
  • Texas Chiken
  • Do & Me
  • dsb.

Untuk semangkuk bakso banyak di kawasan Batam, diantaranya:
  • Bakso Lamongan @ Batam Center
  • Bakso Tembak senayan @ Batam Centre
  • Bakso Kondang @ Bkg.Second
  • Bakso Pak De @ Sei.Panas
  • Bakso Pak Kumis @ Sarmen Raya
  • Jogoboyo @ Bkg.Harapan
  • Warung surabaya @ Bkg. Harapan
  • dsb.

Bagi yang lebih memilih tempat makan eksklusif tentunya memilih restoran mahal seperti;
  • Golden Prawn
  • Resto Kediri
  • Harbourbay
  • dsb.

Atau kalau minat memilih  makanan Padang, sangat banyak, antaranya :
  • Salero Basamo
  • Bundo Kanduang

Kalau anda baru sampai di Batam tidak akan susah untuk mencari tempat-tempat makan kerana Batam sangat berpotensi dalam penyediaan pusat makanannya selain menikmati makanan di hotel.

Hey! Ladies yang cantik, comel dan banyak duit tahap jutawan...hahaha. Meh nak hasut sikit, takdelah just nak bagi shopping tips kat Batam. Walaupun saya bukanlah tergolong dalam golongan yang berbelanja secara pukal, tapi boleh la nak berkongsi sikit-sikit pengalaman yang ada...hihihi










Semasa berada Batam, korang dah boleh menjelajah serata dunia, sebab kat sini ada Nagoya, England, New York, Holland...Hihi. Nih semua nama tempat shopping yang ada kat sini. Mungkin ni salah satu cara untuk attract visitor sebab kat sini kan syurga membeli belah. 





 




The most shopping attraction here adalah handbag, luggage and perfume. There are lots of brand you can find here esp LV, Coach, Furla, Channel, Gucci dan sewaktu dengannya. Ada yang original dan ada yang tak. But, yang tak original pun semuanya yang high quality. So, don’t worry kalau rasa macam tak de class pakai yang tak origional dekat Batam ada banyak tempat shopping.

Most of shopping heaven kat Batam adalah Nagoya. Nagoya adalah satu daerah kecil di Batam. In Nagoya, there is one big shopping complex which is Nagoya Hill. Kalau nak shopping kat sini, okay la jugak. But, yang lagi heaven shopping kat Nagoya Town. For a man, jangan risau ya. Kat sini pun banyak barang khas untuk lelaki esp bag, belt, perfume and others.





Bagi yang suka membeli buah salak sebagai ole-ole bolehlah ke Pasar Jodoh. Pasar ini seperti pasar Tani tapi agak becak sedikit. Buah salaknya manis2 belaka dan murah dengan harga IDR9,000/kg @ RM3.00. Beli jangan tak beli nanti menyesal...huhuhu


Thursday, December 6, 2012

Menginap di Swiss Belinn Hotel @ Batam


Alhamdulilah, syukur dengan apa yang saya kecapi hari ini berbanding semalam. Hari ini kita cuti rehat di rumah, mencuci kain baju kotor yang di bawa balik dari berjalan dan mengemas rumah yang di tinggalkan selama 2 hari, selebihnya banyak tido...hihihi. Simpan tenaga esok hari rabu aku nak kejaaaaa...huhuhu









Masih nak menulis perjalanan saya ke Pulau Batam. Sebenarnya dari Terminal Feri Batam saya menyeberang laluan jambatan ke Batam Centre Mall untuk mendapatkan teksi. Kalau menaiki teksi dari Terminal Feri Batam agak mahal. Selesai bershopping dari Batam Centre Mall- Restoran Nasi Padang dan Swiss-Belinn Hotel kami dikenakan bayaran IDR 60,000 @ RM20.00, mereka siap menunggu kami makan di Restoran Nasi Padang dalam masa 1 jam. Murahkan!

Dalam perjalanan yang cukup bermakna selama 2 hari yang lalu, saya berkesempatan menginap di Swiss-Belinn Hotel yang terletak di Jodoh, Batam.






Pada awalnya saya merancang untuk menginap di hotel yang terletak di kawasan pinggir pantai tapi memikirkan sukar untuk kami pergi dan balik untuk bershopping dan sebagainya, saya menukar kepada hotel ini. Tapi ternyata memang berhasil, saya  menginap di Superior Room dengan harga IDR450,000 @ RM150.00. 

Walaupun hotel ini sentiasa penuh dengan pengunjung, jadinya bagi yang ingin menginap di sini sila buat tempahan awal. Caranya tidak susah hanya call untuk tempahan, hanya tinggalkan nama dan no. hp sudah memadai.

Swiss-Belinn Batam
Jl. Prambanan No. 1 Jodoh
Batam , Indonesia

Tel    :
+(62-778) 430 500
Fax   :
+(62-778) 431 500











Ini adalah kali pertama saya menginap di Swiss-Belinn Hotel sebelumnya saya pernah menginap di Palace Pacific Hotel awal tahun 2011 lalu. Bezanya adalah Palace Pacific Hotel berbentuk sebuah kapal yang tersergam indah.  Sejauh saya memandang disekitar lobby kita akan merasakan perpaduan warna grey dan merah yang cukup mendominasi diantara warna-warna lainnya. 

Staff hotel sangat ramah dan cukup cekap melayani para tamu yang akan checkin dan akan checkout. Saya  menunggu 30 minit untuk mendapatkan kunci bilik kerana guest kebanyakkan lewat untuk checkout. Mendahulukan ibubapa dan adik beradik yang lain checkin terlebih dahulu berbanding dengan saya yang tiada anak kecil. Alhamdulilah! Saya di tempatkan di Superior Room jugak tapi bezanya bilik mandi kami lebih eksklusif yang mempunyai bathup. Saya tak guna jugak berbanding anak2 yang gemar menggunakannya...hihihi 










Semasa checkin saya di minta dokumen passport untuk semakan serta deposit IDR200,000, jangan risau lepas checkout duit akan di kembalikan dan boleh bershopping lagi sampai lebam...hahaha

Biliknya cukup luas dan masih didominasi warna krim dan coklat. Tempat tidurn dan perabut yang menarik, TV nya berupa LCD dengan penerimaan channel tv yang sangat baik, dan lantainya berkarpet warna warni. Pemanas air untuk membuat kopi dan teh berfungsi dengan baik. Mini bar dikamar itu juga menyediakan beraneka pilihan minuman dan kekacang.






Pemandangan dari tingkap bilik kami ini terbagi dua bahagian. Satu view menghadap Planet Hotel dan view lainnya menghadap swimming pool dan sekolah. Walaupun tidak mendapatkan kamar dengan pemandangan menghadap ke laut, tapi saya sangat selesa.

Kolam renang hotel ini berada di basement. Dari kolam renang yang tidak terlalu besar, kita boleh melihat gym yang terletak bersebelahan.










Sarapan pagi  di restoran yang terletak bersebelahan sebelah kiri kaunter receiptionist. Pilihan makanannya bervariasi dan rasanya juga sedap. Yang kurang bestnya di sana mesti tidak ketinggalan jeruk, mungkin tradisi orang Indonesia. Tak minat!

Satu lagi kelebihan  Swiss Belinn Hotel ini adalah lokasinya berhampiran dengan dengan Mega Mall Batam, Nagoya Shopping Centre, Ramayana Shopping Mall, Samarinda Shopping Mall dan Pasar Jodoh. Kalau naik teksi dari hotel dikenakan bayaran sekitar IDR40,000 @ RM13.00 dan sekiranya bijak mendapatkan teksi di luar perkarangan hotel hanya di kenakan bayaran IDR25,000 @ RM8.00. Pilihlah ya!



Wednesday, December 5, 2012

Batam Centre Mall & Nasi Padang @ Pulau Batam

Alhamdulilah...

 

Bagi penduduk Johor mahupun luar Johor yang inginkan percutian yang singkat, murah dan dekat , pastikan anda ke Batam. Sementara menunggu untuk checkin di Swiss-Belinn Hotel kami sempat meluangkan masa di Batam Centre Mall.

 

Hotel dan shopping yang murah, serta berstatus pulau bebas cukai, serta sesuai untuk seisi keluarga. Jangan risau dari segi pengnapan memandangkan di Pulau Batam terlalu banyak hotel yang boleh di tempah dari 5 sehinggalah 1 bintang.

 

Pastikan ambil hotel 4 bintang ke atas kerana dari segi kadar pertukaran matawang kalau menginap di sana terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan hotel yang terdapat di Malaysia, apa pun depends bajet masing2...:)

 

 









 

 

Dalam masa survey barangan sempat membeli apa yang di inginkan. Sempat kita membeli sehelai kain telekung dengan hasil tawar menawar maka dapatlah harga IDR160,000 @ RM60.00, kalau nak dibandingkan harga sehelai telekung yang berkualiti di Malaysia yang mencecah sehingga RM200.00. Jimatkan!

 

Kami terus menaiki teksi menuju restoran nasi padang. Subhanallah banyak tuh lauk sampai tak tahu nak pilih yang di hidangkan untuk kami makan seramai 14 orang. 

 










 

 

Makanan Nasi Padangnya terkenal halal lagi sedap. Kami makan di tingkat atas dan ruangnya siap berhawa dingin serta layanan yang sangat baik.

 

Selesai makan di kenakan bayaran agak kurang logik sedikit IDR 960,000 @ RM 320.00...huhuhu. Anggaplah itu rezeki untuk mereka. Pengalaman itu indah bagi pandangan saya so banyak yang perlu kita pelajari. Nanti saya bagi tahu sebuah restoran yang harus korang pergi dan perlu makan di sana, sedap dan murah. Bawa bertenang ya ibu2 dan bapak2...kikiki

  

Tuesday, December 4, 2012

Percutian Keluarga @ Pulau Batam, Indonesia

Alhamdulilah, kita dah selamat kembali ke Malaysia bersama keluarga semua.

Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk pergi lagi ke kepulauan Batam . Hasrat untuk sampai ke sini buat kali kedua semakin kuat bilamana kita menerima ajakan adik beradik dan membawa ibubapa bersama kali ini untuk kesana. 

Alhamdulillah, akhirnya pada pagi 2 Disember 2012, atas keizinan pak incik yang tidak dapat mengiringi pemergian kita atas tuntutan kerja. Hanya bertemankn anak2 bersama sebahagian ahli keluarga sebelah kita dan diizinkan Allah juga menjejakkan kaki di Pulau Batam.



n




 

Sebelum bertolak, beberapa persediaan rapi harus dibuat. Menerusi internet, saya megemas kini pengetahuan mengenai Kepulauan Riau, terutamanya tempat-tempat yang boleh dan sesuai untuk kita sekeluarga kunjungi.

 Selain itu, untuk memudahkan, sejumlah wang juga telah ditukar ke mata wang Indonesia. Maka kami pun jadi jutawan segera untuk seketika..kahkahah. 







Kami akan ke Kepulauan Riau dengan feri, setidak-tidaknya family kita yang tidak pernah menaiki feri boleh bersedia dari aspek mentalnya. Kita juga turut berhubung dan berunding dengan pihak hotel mengenai beberapa perkara agar kami sekeluarga sentiasa selesa ketika di sana.

Maklumlah pergi secara bersendirian. Berbekalkan pengalaman dan maklumat yang ada dari internet sebelum bertolak lagi. Seperti biasa, kita membuat anggaran perbelanjaan penginapan, pengangkutan, lawatan dan membeli belah merupakan agenda terakhir. 






Sekitar jam 8.10 pagi  kami sekeluarga bertolak ke Stulang Laut, Johor bahru. Kami berhenti sekitar 20 minit untuk breakfast bersama. Sekitar jam 8.40 pagi ke Zon Bebas Cukai Stulang Laut untuk membeli tiket. Harga tiket RM125.00/seorang untuk perjalanan 2 hala manakala kanak-kanak 11 tahun kebawah RM84.00/seorang.  

Untuk maklumat bersama, saya sekeluarga ke Pulau Batam tidak menyertai mana-mana pakej. Dengan kata lain, kami main redah sahaja. 









Perjalanan dari Stulang Laut ke Pulau Batam mengambil masa sekitar 1 jam dan 40 minit. Pada umumnya laut tenang. Hanya sekali-sekala terasa feri berbuai diayun ombak. Macam naik flight jugalah...kikiki. 

Sewaktu dalam perjalanan, sekali-sekala kita meneliti isyarat pada telefon tangan saya. Boleh dikatakan di sepanjang perjalanan isyarat sentiasa ada.







Alhamdulilah kami sampai ke Terminal Feri Pulau Batam hinggalah selesai proses imigresen jam sudah menunjukkan pukul 12.20 tgh dan waktu Indonesia pukul 11.20pg.

Memandangkan untuk checkin hotel pukul 2.00ptg, kami ke Batam Mall yang terletak bersebelahan Terminal Feri yang dipisahkan jalanraya. Ada kemudahan jambatan antara Terminal Feri dan Batam Mall.

Hah! Kalau dah sampai pusat membeli belah, belum checkin hotel masing2 dah sempat shopping, termasuk yang menaip entri ini..hahaha

To be continued....:)