Nuffnang

Wednesday, December 5, 2012

Batam Centre Mall & Nasi Padang @ Pulau Batam

Alhamdulilah...

 

Bagi penduduk Johor mahupun luar Johor yang inginkan percutian yang singkat, murah dan dekat , pastikan anda ke Batam. Sementara menunggu untuk checkin di Swiss-Belinn Hotel kami sempat meluangkan masa di Batam Centre Mall.

 

Hotel dan shopping yang murah, serta berstatus pulau bebas cukai, serta sesuai untuk seisi keluarga. Jangan risau dari segi pengnapan memandangkan di Pulau Batam terlalu banyak hotel yang boleh di tempah dari 5 sehinggalah 1 bintang.

 

Pastikan ambil hotel 4 bintang ke atas kerana dari segi kadar pertukaran matawang kalau menginap di sana terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan hotel yang terdapat di Malaysia, apa pun depends bajet masing2...:)

 

 









 

 

Dalam masa survey barangan sempat membeli apa yang di inginkan. Sempat kita membeli sehelai kain telekung dengan hasil tawar menawar maka dapatlah harga IDR160,000 @ RM60.00, kalau nak dibandingkan harga sehelai telekung yang berkualiti di Malaysia yang mencecah sehingga RM200.00. Jimatkan!

 

Kami terus menaiki teksi menuju restoran nasi padang. Subhanallah banyak tuh lauk sampai tak tahu nak pilih yang di hidangkan untuk kami makan seramai 14 orang. 

 










 

 

Makanan Nasi Padangnya terkenal halal lagi sedap. Kami makan di tingkat atas dan ruangnya siap berhawa dingin serta layanan yang sangat baik.

 

Selesai makan di kenakan bayaran agak kurang logik sedikit IDR 960,000 @ RM 320.00...huhuhu. Anggaplah itu rezeki untuk mereka. Pengalaman itu indah bagi pandangan saya so banyak yang perlu kita pelajari. Nanti saya bagi tahu sebuah restoran yang harus korang pergi dan perlu makan di sana, sedap dan murah. Bawa bertenang ya ibu2 dan bapak2...kikiki

  

2 comments:

  1. Nak tanya, Batam guna IDR ya!!! bukannya Singapore dollar? Sebab my friend cakap, urusan jual beli kat Batam guna Singapore dollar....

    ReplyDelete
  2. zana-norzana : Semuanya guna IDR...sgt berbaloi...kikiki

    ReplyDelete