Alhamdulilah, kita dah selamat kembali ke Malaysia bersama keluarga semua.
Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk pergi lagi ke kepulauan Batam . Hasrat untuk sampai ke sini buat kali kedua semakin kuat bilamana kita menerima ajakan adik beradik dan membawa ibubapa bersama kali ini untuk kesana.
Alhamdulillah, akhirnya pada pagi 2 Disember 2012, atas keizinan pak incik yang tidak dapat mengiringi pemergian kita atas tuntutan kerja. Hanya bertemankn anak2 bersama sebahagian ahli keluarga sebelah kita dan diizinkan Allah juga menjejakkan kaki di Pulau Batam.
Alhamdulillah, akhirnya pada pagi 2 Disember 2012, atas keizinan pak incik yang tidak dapat mengiringi pemergian kita atas tuntutan kerja. Hanya bertemankn anak2 bersama sebahagian ahli keluarga sebelah kita dan diizinkan Allah juga menjejakkan kaki di Pulau Batam.
Sebelum bertolak, beberapa persediaan rapi harus dibuat. Menerusi internet, saya megemas kini pengetahuan mengenai Kepulauan Riau, terutamanya tempat-tempat yang boleh dan sesuai untuk kita sekeluarga kunjungi.
Selain itu, untuk memudahkan, sejumlah wang juga telah ditukar ke mata wang Indonesia. Maka kami pun jadi jutawan segera untuk seketika..kahkahah.
Kami akan ke Kepulauan Riau dengan feri, setidak-tidaknya family kita yang tidak pernah menaiki feri boleh bersedia dari aspek mentalnya. Kita juga turut berhubung dan berunding dengan pihak hotel mengenai beberapa perkara agar kami sekeluarga sentiasa selesa ketika di sana.
Maklumlah pergi secara bersendirian. Berbekalkan pengalaman dan maklumat yang ada dari internet sebelum bertolak lagi. Seperti biasa, kita membuat anggaran perbelanjaan penginapan, pengangkutan, lawatan dan membeli belah merupakan agenda terakhir.
Sekitar jam 8.10 pagi kami sekeluarga bertolak ke Stulang Laut, Johor bahru. Kami berhenti sekitar 20 minit untuk breakfast bersama. Sekitar jam 8.40 pagi ke Zon Bebas Cukai Stulang Laut untuk membeli tiket. Harga tiket RM125.00/seorang untuk perjalanan 2 hala manakala kanak-kanak 11 tahun kebawah RM84.00/seorang.
Untuk maklumat bersama, saya sekeluarga ke Pulau Batam tidak menyertai mana-mana pakej. Dengan kata lain, kami main redah sahaja.
Perjalanan dari Stulang Laut ke Pulau Batam mengambil masa sekitar 1 jam dan 40 minit. Pada umumnya laut tenang. Hanya sekali-sekala terasa feri berbuai diayun ombak. Macam naik flight jugalah...kikiki.
Sewaktu dalam perjalanan, sekali-sekala kita meneliti isyarat pada telefon tangan saya. Boleh dikatakan di sepanjang perjalanan isyarat sentiasa ada.
Alhamdulilah kami sampai ke Terminal Feri Pulau Batam hinggalah selesai proses imigresen jam sudah menunjukkan pukul 12.20 tgh dan waktu Indonesia pukul 11.20pg.
Memandangkan untuk checkin hotel pukul 2.00ptg, kami ke Batam Mall yang terletak bersebelahan Terminal Feri yang dipisahkan jalanraya. Ada kemudahan jambatan antara Terminal Feri dan Batam Mall.
Hah! Kalau dah sampai pusat membeli belah, belum checkin hotel masing2 dah sempat shopping, termasuk yang menaip entri ini..hahaha
To be continued....:)
sambungannya kak? :D
ReplyDeleteGB..bwk bertenang ya...kekeke...nnt akk sambung...hihihi
ReplyDeleteYa... wahh main redah jer ya? Best macam tu kan. Saya pun suka jika gi jalan-jalan tanpa ejen ni. Jimat dan bebas nak ikut time sendiri.
ReplyDeleteMacam naik feri pegi Langkawi ya.
AA : Jangan guna ejen..rugi. Tak susah kat sana...segala2nya murag..teksi pun murah!
DeleteAkan ku redah jugak nanti... Kasi info bagus2 yek...
ReplyDeleteMie : Boleh2 jangan risau nanti CT cite detail sket..kikiki
Deleteabah khalisha : Mmg best...syurga shopping..kakkaa
ReplyDeleteTima kasih...
ReplyDeletekalau pergi batam dari pengkalan feri d pontian to boleh jugak ke?
ReplyDeleteboleh...skrg dari harbour puteri pun dh boleh dgrnya...try la...
DeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.