Nuffnang

Showing posts with label Spesis Pokok. Show all posts
Showing posts with label Spesis Pokok. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Usaha Cari Rezeki

Promosi terlebih dahulu. Japanese Rose cantik tak? Sesiapa nak beli  Japanese Rose beri komen atau pm facebook ya :)

Moga malam ini menjanjikan seribu kebaikan untuk semua. Esok pagi selasa kita bertemu, insyallah.





Tidak terjangkau dalam pikiran kita kadangkalanya oleh kita kerana Allah sudah menyediakan manusia dengan akal fikiran untuk memenuhi tujuan di sebalik kehidupan termasuk rezeki.



 

Melalui akal fikiran manusia berusaha mencari rezeki, memahami mereka hendaklah hidup saling bekerjasama dalam melengkapi keperluan diri dan mengakui kepentingan ajaran Nabi SAW kepada manusia. 




Antara ajaran Nabi SAW yang manusia perlu terima ialah berkaitan isu di luar daripada pengalaman hidup manusia seperti mengakui keesaan Allah serta memahami perkara ghaib dan kebangkitan selepas mati.

Berkenaan rezeki, Allah sememangnya menjaminnya kepada setiap hamba. Apa yang penting ialah rajin berusaha dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.



 

Hal ini termasuk bekerja dengan mengambil upah, berniaga dan menghasilkan barangan untuk jualan. Ada orang yang berduit, tetapi tidak mampu mengusahakan sesuatu. Jadi, orang terbabit memerlukan perantara seperti penjual, pembeli dan pengilang. Gunakan segala yang ada dalam mencari rezeki asalkan ia halal dan dibenarkan syarak.


Sebenarnya tidak ada jalan mudah dalam mencari rezeki. Islam tidak mengajar dengan doa semata-mata atau rezeki datang bergolek tanpa perlu berusaha. Nabi SAW sendiri berusaha dalam penternakan kambing dan perniagaan dalam kehidupan biasa baginda. 







Walaupun begitu kita semua boleh sahaja berusaha menambah ibadat sunat seperti melaksanakan solat Duha, memperbanyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah dan ayat tertentu seperti ayat seribu dinar sebagai sebahagian usaha. Kehidupan kita mempunyai hubungan rapat dengan pemilihan kita sendiri dan kepercayaan kepada ketentuan Allah.




Monday, April 21, 2014

Kebaikan Memakan Buah Anggur

Alhamdulilah rindu nak menulis dalam blog ini, sempat luangkan masa untuk post entri....hihihihi. Sedikit yang ingin saya kogsikan malam ini pada kebaikan buah anggur.




Melihat kepada keistimewaan pada salah satu buah-buahan kegemaran Rasulullah s.a.w ini menjadikan kita mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. Saya memilih buah anggur tanda rasa cinta pada Rasulullah s.a.w dan mengamalkan sunahnya.




Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambaNya. 




Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral (fosforus dan kalsium),vitamin A dan B serta gula (glukos dan fruktosa). Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.




Jadi kita indahkan rumah dan halaman rumah dengan tanaman anggur selain daunnya boleh di minum untuk dijadikan teh dan jus dan buahnya boleh dimakan.

Bagi yang nak tanam pokok anggur bolehlah sms/watapps 0197146590.

Sunday, January 12, 2014

Pokok Mulberi

Alhamdulilah selamat malam semua, kali ini saya nak berkongsi tentang pokok Mulberi yang saya tanam dan khasiatnya. Ceh! Macam omputih aku nih kan? hahaha. Maklumlah tinggal kat negara 4 musim, walhal ceruk Skudai..kahkahkah





Mulberi merupakan tanaman istimewa ulat sutra tapi kat rumah saya tak adalah ulat suteranya. Geli la...huhuhu. Jika tidak makan daun ini, ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik.

Biasanya petani yang membudayakan tanaman ini untuk ulat sutra, saya nih petani suka-suka...kikikiki. Mulberi adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh dan menghasilkan buah.





Buah Mulberi mengandung banyak vitamin A, potasium, magnesium, fosfor, kalsium, protein, karbohidrat, dan serat, sehingga buah ini cocok dimasukan dalam menu diet kerana buah ini memiliki kandungan air yang tinggi sehingga membuat mulberi relatif rendah kalori.






Selain rasanya enak ternyata buah ini memiliki banyak manfaat terutama untuk kecantikan kulit. Ceh! Ini yang orang perempuan sukakan selain itu antara lainnya :

  1. Mulberi Mengandung vitamin C yang sangat baik untuk kulit
  2. Membersihkan polusi pada tubuh
  3. Membuat kulit tampak lebih cerah
  4. Mulberi mengandung anthocyanin, jenis antioksidan yang lebih kuat daripada antioksidan dalam buah lainnya. Antioksidan ini dapat melindungi kulit dari efek radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.
  5. Antioksidan dalam mulberi dapat menghapus bintik-bintik gelap di wajah.




Dapat juga diketahui manafaat beberapa manfaat daun mulberi pada tubuh manusia, diantaranya:
  1. Mengubati dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengubati masalah kolesterol dalam darah
  3. Mengubati hipertensi/tekanan darah tinggi
  4. Mengubati sakit asma
  5. Mengurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh
  6. Meredakan batuk, perasaan cemas dan gelisah
  7. Mengurangi rasa sakit saat haid
  8. Memperlancar haid yang tidak teratur
  9. Menambah energi
  10. Membantu mengatasi migrain dan susah tidur malam (insomnia)
Saat ini, saya tak merasakan sukar untuk mendapatkan buah dan pokok Mulberi sebab sudah berjaya menanamnya sendiri. Bagi yang teringin untuk menanamnya boleh komen dekat bawah ya.

 

Monday, December 2, 2013

Impian Menawan Puncak Gunung Pulai Lagi

Salam untuk semua pembaca blog saya.

Nak sambung entri nih punyalah lama. Ideanya manjang tak kunjung datang, supaya pembaca boleh menimba pengalaman dan panduan bila membaca setiap entri yang saya tulis. Adoiiii dah bertingkek-tingkek lamanya entri nih dalam status 'draf'....hihihi




 
Tajuknya mahu gempakkan, mendaki Gunung Pulai...hahaha. Bukan Gunung Kinabalu ya, ini gunung yang comey2 je...hihihi. Bagi yang tak tahu Gunung Pulai sila jumpa incik google...hihihi. Cer google ya, banyak maklumat kat situ. Mungkin juga boleh terjumpa link Batulesung....hihihi






Gunung Pulai ialah merupakan tempat riadah dan mandi manda. Itu dululah tapi since kejadian tanah runtuh tempat nih terus ditutup untuk aktiviti santai. Fokusnya lebih kepada yang kaki mendaki. Bestnya kalau sebut mendaki gunung nih. Mak suka sangat!

Tiba-tiba rindu nak climb Gunung Pulai. What? Sejak bulan Jun selepas berjaya menawan Gunung Pulai rasa bersemangat nak mendaki lagi....huhuhu. Ada juga plan dengan adik ipar sebelah saya yang sama-sama mendaki masa tuh. Kami nak gotcha-gotcha lagi bersama...kikiki







Kalau nak tahukan, majoriti 97% orang Cina manakala 3% orang Melayu. Orang kita memang malas nak beraktiviti dan mengamalkan hidup gaya sihat...huhuhu. Pandainya aku bercakap ya...hihihihi.

Biasalah mendaki gunung memang penat sebab kita akan bermain dengan mentaliti dan kekuatan fizikal. Tapi saya kagum dengan uncle dan aunty yang gagah perkasa boleh mendaki biar pun separuh jalan. Kalau warga negara Singapore jangan citelah subuh gajah dah kat puncak...huhuhu. Malu mak!







Bagi saya cabaran mendaki ini ketika turun, saya rasa amat penat berbanding mendaki. Yelah masing-masing punya fizikal yang berbeza dan kekuatannya pun berbeza. 

Insyallah sebelum menjelangnya 2014 moga impian ini tercapai untuk menawan sekali lagi puncak Gunung Pulai. Kali ini kita nak ajak adik beradik dan anak-anak buah. Orang luar yang nak join sama pun sangat di alu-alukan, free je tak ada sebarang caj bayaran...hihihi

 

Wednesday, October 16, 2013

Hijau-Hijaukan Rumah Dengan Tanaman

Belum lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha untuk semua umat Islam yang berada di mana jua berada. Jom kita bertakbir.

Kali nih nak cerita pasal perkembangan terbaru pokok-pokok kat laman rumah saya yang tahap keluasannya sekangkang kera tuh...hihihi. Pokok-pokok tu segar dan hidup subur dengan jayanya. Sejuk je mata memandang kalau balik dari keje tuh. Sampai depan pagai perkara utama mesti nak tengok pokok-pokok tuh dulu.























Jom layan picture yang sudah aku snap untuk tatapan semua...huhuhu. Bagi akulah berasa tenang dan damai berada di kawasan rumah yang hijau. Merasakan kesegaran dengan kehijauan daun-daun pokok seperti berada di dalam hutan.

Dengan kehijauan daun dan kesegaran aroma tumbuhan hijau fikiran kita tenang selepas balik dari kerja.Dapat rehatkan minda seketika, tambah suhu masa kini semakin panas , marilah kita tanam pokok di kawasan rumah untuk menyejukan suhu di sekitar rumah.


Thursday, June 13, 2013

Makan Tauhu Telur Spicy Kukus Berulamkan Herba Malam Ini

Selamat malam semua. Malam ini berkesempatan meluangkan masa menaip entri di blog yang tak seberapa ini. Alhamdulilah Allah pinjamkan sedikit masa untuk menaip dan berkongsi tentang makanan saya untuk malam ini.

Petang tadi masa drive kereta pikir apa juadah yang baik untuk saya makan malam ini. Teringat ada tauhu, ayam dan daun-daun herba dalam fridge. Saya masaklah tauhu telur spicy kukus berulamkan herba basil, oregano, salad dan black papper. Cukuplah untuk alas perut malam ini. Alhamdulilah kenyang.





Memandangkan pak incik tiada di rumah jadinya masak yang simple tapi prefer kepada makanan yang berkhasiat. Sejak mengalami urik asid yang tinggi saya cukup mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. 

Menjaga kesihatan dan pengambilan pemakanan yang berkhasiat cukup saya titikberatkan sejak kebelakangan ini. Bagi saya bila badan sihat semuanya boleh kita lakukan dengan baik. Insyallah kita boleh melakukan aktiviti dengan mudah untuk bersukan, beribadah dan bercuti kemana-mana yang kita inginkan.





Sejak kebelakangan ini setiap kali saya makan dengan mengambil daun-daun herba adalah menjadi suatu kemestian, terutama sekali daun basil atau lebih dikenali daun selasih, sangat sedap. Try la!

Basil adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa yang sangat unik dan disamping itu juga basil memberi beberapa manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit-sakit sendi.

Begitu juga dengan daun salad. Daun salad bukan saja digemari oleh mereka yang mengamalkan diet malah mempunyai pelbagai kebaikan lain. Ianya kaya dengan kalsium, magnesium, potasium, fosforus, sodium, vitamin A dan C, zat besi dan zink.

Makanya, marilah kita semua sama-sama mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat. Insyallah.

Thursday, June 6, 2013

Menawan Gunung Pulai & Melihat Pemandangan Indah Ciptaan Allah

Selamat malam semua pembaca blog ini. Alhamdulilah saya telah pun selamat kembali ke tanahair jam 2.00 pagi tadi bersama pak incik. Agak sibuk sedikit hari ini, sampai rumah dah pagi dan terus kemas apa yang patut dan mencuci pakaian kotor yang di bawa barulah dapat melelapkan mata dalam 2 jam. Bangun terus ke pejabat...huhuhu. So far nasib boleh mengawal mata dari terlena di pejabat...huhuhu




Sebenarnya entri kali ini bukannya saya nak bercerita pasal travelog saya di Thailand tapi menyambung kesinabungan cerita mendaki gunung Pulai 4 hari sebelum saya berangkat ke Thailand. Hebak2 tahniah untuk diri sendiri yang penuh dengan kepenatan melanda diri...hahaha. Hamik ko!

Bukan kisah seram atau cite momok ya, cite yang best2 semasa mendaki walaupun terasa penuh dengan kepenatan semasa menuruni gunung..huhuhu. Bagi saya itu perkara normal bagi yang sukakan cabaran. 





Banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang ekspedisi pendakian ini. Di antaranya ialah mengajar diri untuk mengawal mental dan emosi ketika dalam keadaan yang kritikal dan tertekan. Tahap kesabaran juga diuji ketika hendak mencapai matlamat tiba di puncak gunung dan menuruni semula gunung dalam keadaan yang letih dan kesakitan otot. Tegang giler kaki mak nak...huaaaa, sakit tul masa nak rukuk dan duduk ketika solat. Boleh pitam! huhuhu





Semangat setia kawan walaupun tak mengenali orang luar tapi sentiasa 'say hai2'. Peramah! Yang paling penting, matlamat untuk melihat kepelbagaian flora di Gunung Pulai telah tercapai. Perbezaan suhu yang berbeza menyebabkan perbezaan jenis tumbuhan di antara kawasan tanah tinggi dan tanah rendah buat saya benar2 teruja untuk mengambil gambar sepantas kilat...hihihi





Ibarat 'sambil menyelam minum air', saya juga dapat menawan gunung tersebut dan melihat pemandangan indah ciptaan Allah di sekitarnya. Walau bagaimanapun, Allah sentiasa permudahkan urusan saya. Alhamdulilah! Ditambah pula dengan tahap usia yang sebegini kecergasan saya yang rendah, pendakian terasa semakin mencabar. Ini menyebabkan kadangkala terpisah dengan orang yang di hadapan.





Situasi kepenatan yang amat sangat ini hampir2 memusnahkan impian saya sebelum meneruskan pendakian dan kedudukannya ialah kira-kira 100m daripada puncak gunung. Setelah mengharungi pendakian pada muka bumi yang curam dan kedudukan yang kian tinggi. Tertonggek2 mak di buatnya...hahaha





Selepas turun dari Gunung Pulai sempat saya memantau keadaan sekeliling, macam YB la pulak...kakakaka. Cuma saya memang agak kecewa dengan sikap orang-orang kita yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata. Tau nak berehat, nak mandi kat air terjun, nak makan dan bersantai2 kekununnya tapi bila bab sampah memang failed! Pengotor senang cakap...huhuhu





Sepatutnya melarang orang ramai melawat kawasan  air terjun yang dah runtuh beberapa tahun dahulu atau lebih baik disediakan pengawal. Sepatutnya pihak tertentu mengambil berat hal ini tapi macam suam-suam kuku aje bila menguatkuasakan larangan kepada orang awam.


Friday, May 17, 2013

Terapi Minda

Wah! Kejapnya esok dah jumpa hari jumaatkan? Moga semua sihat, cergas, boleh berlari, boleh bekerja, boleh bagun malam, dan boleh melakukan banyak kebaikan. Buang jauh2 untuk bersikap riak, melakukan kemaksiatan dan senang cite perkara yang di larang Allah.



Tetapi Allah amat pemurah. Moga saya tidak dilalaikan dengan hal dunia. Sebenarnya rezeki ini tidak nampak, jika hati tidak dibuka dengan penerimaan dan kesyukuran. Mulut juga tidak mempunyai banyak peluang untuk berkata-kata, berkata-katalah apa yang perlu untuk kebaikan tak perlu menjaja hal orang lain.

Oleh kerana keadaan, kadangkala saya tidak mempunyai banyak peluang untuk melebihkan kegiatan ke jalan Allah. Akan tetapi, saya percaya, dalam kesempitan yang kritikal pun masih ada ruang dan luangnya. Cuma kadangkala kita nih punya naluri tidak sabar dan tamak. Itulah punca permasalahannya.




Tetapi usaha itu adalah suatu elemen ibadah yang sangat penting. Pulang saya dari tempat kerja saban petang, saya mengangkut dengan timba penyiram pokok 2 liter air, mengejar masa satu lagi timba dipenuhi air paip.

Menyiram pokok kailan, bawang, kobis, lada, buncis yang buat saya sangat seronok. Adusss! Sedih je tengok kalau ada daun yang berlubang di makan kumbang. Lepas dah mula menyiram pokok keledek yang baru saya tanam dalam plastik. Pokok sawi putih saya agak kurang menjadi, bukan rezeki agaknya adalah yang tinggal dalam 2 pokok...huhuhu





Sebenarnya saya boleh dapat di kedai atau supermarket kalau hendak makan kailan.  Saya sekadar menjadikan sebagai hobi dan terapi diri yang sangat memuaskan hati dapat sentuh dan berkata-kata dengan pokok2 tersebut. Allah pinjamkan seketika untuk berbuat baik dengan makhlukNya yang lain.

Dari itu perbanyakkan muhasabah diri, jiwa akan tenang. Ingat terapi minda bukan sekadar di tikar sejadah sahaja, bercucuk tanam juga terapi minda. Badan sihat dan pikiran pun sihat. Insyallah..


Wednesday, May 1, 2013

Pahlawan Cangkul

Selamat malam semua, masa untuk berehatkan so boleh sembang-sembang sambil menulis entri blog ini. Rumah nih selalu sunyi jadinya bercakaplah dari hati dan apa yang saya boleh pikirkan baik untuk semua orang.




Sekarang nih tengah excited menanam pokok-pokok sayur-sayuran dalam polybag dan pasu di halaman rumah yang sekangkang kera tuh...hahaha. Dah rupa pahlawan cangkul pun ada aku nih....hahaha. Apa pun bolehkan janji tidak menlanggar larangan Allah...:)




Tanaman yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini untuk semua pembaca blog saya. Bercucuk tanam untuk seronokkan diri atau lebih dikenali sebagai terapi minda. Ceh! Memang betul, berkebun adalah terapi. Asyik memikir apa yang hendak ditanam. 

Semenjak berkebun, saya kerap terleka melihat dan ingin mencuba resipi di blog yang memaparkan resipi yang berkaitan dengan sayur-sayuran.




Secara tidak langsung sebagai hobi untuk mengisi masa yang terluang. Alhamdulilah nampaknya minggu ini saya sudah mula menuai hasil untuk tanaman cilipadi yang merah dan cukup lebat sekali buahnya.




Cer tengok cilipadi hasil tanaman saya. Seronoknya! Ada tak sesiapa yang nak kena cili mulutnya? Cili saya banyak nih...hahaha. Banyak ngumpat kasi cili je molot dia...hahaha

Sekian dari penulisan pahlawan cangkul untuk kali ini...hihihi

Saturday, April 6, 2013

Buah Letup-Letup

Alhamdulilah, selamat malam dan selamat sejahtera kesemua pembaca blog saya.

Malam nih saya hendak berkongsi sejenis buah eksotik, maklumlah orang kampung mesti tahukan benda yang pelik2? Tapi buah letup2 nih tak berapa nak peliklah pada saya...hihihi





Kalau yang berasal dari kampung sudah pasti mengenali pokok letup letup ini, namun ada juga yang tak pernah mengenali buah ini. 

Buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian memori indah pada mereka yang mengenalinya sewaktu kebanyakkan kampung2  belum pesat membangun seperti sekarang.






Buah letup letup ini sukar dikomersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak. Ada ker yang sedia untuk menanamnya...huhuhu. Cantik pada pandangan saya untuk dijadikan hiasan rumah dan sedap rasanya. 

Sebut dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang. Saya imbas kembali kenangan mengenai buah letup2 ini yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang kenalilah buah letup2 ini yang unik dan banyak khasiat.


 



Pokok letup2 sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.
Kenapa dipanggil buah ini dipanggil buah letup letup? Kerana apabila dipicit buah ni akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop, tapi bunyi dia pelan la sikit idok ler macam merecun tuh....hahaha. 






Yang bestnya warna buah ini  akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang harum apabila telah matang. Bila di makan akan terasa manis dan kemasaman. Pokok Letup Letup ini juga boleh merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.