Moga malam ini menjanjikan seribu kebaikan untuk semua. Esok pagi selasa kita bertemu, insyallah.
Tidak terjangkau dalam pikiran kita kadangkalanya oleh kita kerana Allah sudah menyediakan manusia dengan akal fikiran untuk
memenuhi tujuan di sebalik kehidupan termasuk rezeki.
Melalui akal fikiran manusia berusaha mencari rezeki, memahami mereka hendaklah hidup saling bekerjasama dalam melengkapi keperluan diri dan mengakui kepentingan ajaran Nabi SAW kepada manusia.
Antara ajaran Nabi SAW yang manusia perlu terima ialah berkaitan isu di luar daripada pengalaman hidup manusia seperti mengakui keesaan Allah serta memahami perkara ghaib dan kebangkitan selepas mati.
Berkenaan rezeki, Allah sememangnya menjaminnya kepada setiap hamba. Apa yang penting ialah rajin berusaha dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.
Hal ini termasuk bekerja dengan mengambil upah, berniaga dan menghasilkan barangan untuk jualan. Ada orang yang berduit, tetapi tidak mampu mengusahakan sesuatu. Jadi, orang terbabit memerlukan perantara seperti penjual, pembeli dan pengilang. Gunakan segala yang ada dalam mencari rezeki asalkan ia halal dan dibenarkan syarak.
Sebenarnya tidak ada jalan mudah dalam mencari rezeki. Islam tidak mengajar dengan doa semata-mata atau rezeki datang bergolek tanpa perlu berusaha. Nabi SAW sendiri berusaha dalam penternakan kambing dan perniagaan dalam kehidupan biasa baginda.
Walaupun begitu kita semua boleh sahaja berusaha menambah ibadat sunat seperti melaksanakan solat Duha, memperbanyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah dan ayat tertentu seperti ayat seribu dinar sebagai sebahagian usaha. Kehidupan kita mempunyai hubungan rapat dengan pemilihan kita sendiri dan kepercayaan kepada ketentuan Allah.
No comments:
Post a Comment