Nuffnang

Friday, June 27, 2014

Si Pungguk Rindukan Penyu

Alahmdulilah bertemu lagi dalam entri yang sangat indah untuk hari ini 27 Jun 2014. Aku sekarang berada di daerah Kemaman, Terengganu yang sedang cuti-cuti Malaysia. Biasalah sambil menyelam makan epalkan...hahaha



Dalam diam, malam ini aku nak ke Pantai Teluk Mak Nik. Hah di sinilah mengamitnya memori indah bagaikan si punggok rindukan bulan. Opsss! Bukan-bukan typing error nih...huhuhu.

 

Moh sini aku nak sembang sikit, Pantai Mak Nik adalah antara tempat persinggahan penyu sehingga kini. Namun ianya tidak diwar-warkan bagi menjaga kesejahteraan hidupan 2 alam ini. Jika anda ingin melihat penyu bertelur di sini, dengan syarat boleh dapatkan khidmat pemandu pelancong kawasan ini bagi melihatnya.

 


Sebab bukan semua orang tahu akan kehadiran penyu ini. Adik aku yang dah menetap 15 tahun di daerah ini pun baru tahu minggu lepas. Alhamdulilah kiranya aku antara orang yang beruntung, kalau ada rezeki dan izin dari allah malam ini dapat ler aku menyaksikan secara live. Boleh nanti aku cite dalam blogkan....hahaha

 

Doakan ya moga aku dapat tengok tempat tumpuan penyu-penyu mendarat di D'Monica Bay yang datang dari pelbagai negara dan bertelur di sini. Masanya aku nak berjimba-jimba biarlah rahsia :)

 

No comments:

Post a Comment