Nuffnang

Showing posts with label Hj Samad's Family Day. Show all posts
Showing posts with label Hj Samad's Family Day. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, di mana sahaja anda berada.

Alhamdulillah masuk hari kedua dah kita berpuasa, semoga kita sama-sama dapat melipat gandakan amalan di bulan yang penuh barakah ini.



 
Awal puasa, saya masih kepenatan. Baru balik dari Terengganu dan Selangor menguruskan anak dan  sambil2 itu berjalan-jalan di sana. Semoga bersempena bulan Ramadan ini, terhapuslah segala dosa yang pernah saya lakukan, samaada ita sedar atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dapat menjalani setiap ujian darinya dengan penuh kesabaran.

Hari pertama puasa, bila sampai Johor Bahru abah saya pastikan semua anak-anak berkumpul untuk sama-sama menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga. Ada yang merebut peluang cuti hujung minggu yang panjang untuk pulang ke kampung dan menyambut puasa bersama ibu dan bapa. Seronokan bila dapat berbuka bersama ibu dan abah. Alhamdulilah walaupun kepenatan sempat juga saya meluangkan masa berbuka puasa dengan ahli keluarga walaupun ada yang tak dapat join sama kerana menetap jauh.




Mengharapkan Ramadhan kali ini buatkan saya semakin kuat, semakin sabar dan juga semakin mendekatkan diri padaNya. Saya juga berharap dapat menjalankan kewajipan ita terutamanya kepada pencipta, suami tercinta, anak-anak dan juga kepada kedua ibu dan bapa.

Apa menu hidangan anda untuk keluarga hari pertama puasa. Agak kepenatan semalam sampai rumah pukul 1.30tgh jadinya buatlah menu tunjuk-tunjuk di bazar Ramadhan untuk di bawa kerumah abah...hihihihi
 
Sahur hari pertama di hotel dan pagi ini tak sahur...hahaha. Biasanya, hari pertama puasa zaman anak-anak masih kecil tak berapa makan sangat. Mungkin terkejut bila bagun awal pagi untuk menikmati hidangan. Masalah pertama adalah nak buka mata waktu pagi. Adoiii seksanya tapi semua itu tinggal kenangan. 

Friday, January 3, 2014

Berkayak Menuju Pulau

Masih dalam entri Family Day di Fishing Bay Resort tempohari yang bersambung dari masa ke semasa. Kali ini tentang berkayak menuju Pulau Rawa dan Pulau Gajah. 

Apapun,mula-mula sekali, terima kasih kat anak-anak buah aku yang berjaya snap pic yang cantik biar pun sekadar guna kamera hp aku tuh :)














Atas pelawaan pak incik, esok paginya kami menuju ke tempat kayak yang disediakan secara percuma oleh pihak resort. 

Tanpa warming up, kami teruskan berkayak...huhuhu. Subhanallah! Indahnya pemandangan jadi jangan lepaskan peluang untuk berkayak disana, wajarlah menjadi salah satu kewajipan aktiviti pengunjung bila berada di sana.











Memang agak mencabar activiti berkayak, since menguji ketahanan mental dan fizikal untuk communicate dengan our partner aku yang kaki mengulor...hahaha. Kalau tersalah bagi arahan dan tidak ikut arahan boleh terbalikkk kayak tuh.












Aku dengan pak incik explore menghampiri Pulau Rawa dan Pulau Gajah tapi terasa takut sikit tmpt nih, dalam mind aku dah set kalau tempat macam nih mesti ada tuttttt...kikikiki. 

Aku ada tengok dalam youtube orang bercerita tentang Pulau Gajah. Ngeriiiii uols!

Bersambung..

Wednesday, January 1, 2014

BBQ @ Fishing Bay Resort

Sambung semula cite aku di Fishing Bay Resort.

Petang masing-masing kesejukkan selepas berendam dalam swimming pool dan pantai. 

Balik ke bilik masing-masing berdiri kat balkoni ada yang meyidai pakaian basah dan tidak juga yang makan maggi cup untuk memanaskan badan sebelum menunggu azan magrib. Lapar akibat kesejukan lama berendam dalam air agaknya...hihihi









Selepas solat maghrib masing-masing menuju ke wakaf yang di sediakan. Wakaf ini telah aku tempah seawal lagi dengan bayaran RM175.00 sebagai duit sewa dan sedikit hidangan untuk 5 orang makan.

Selebihnya kami bawa makanan masing-masing. Perghh! Bila masing-masing membawa pelbagai jenis makanan, bukan main banyak.









Dengan juadah kambing, ayam, ikan, sosej, ketupat, kuah sate dan pelbagai lagi. Bila dah malam tengok makanan bukan main banyak lebih. Kami simpan dalam bekas makanan dan boleh panaskan untuk esok pagi...hihihi

Masing-masing kekenyangan masuk ke bilik. Sesekali buat BBQ nih bolehlah, jangan selalu amalkan sebab takut kanser. Nauzubillah. 








Bila dah malam ingatkan keluarga masing-masing masuk tido, sayup-sayup dengar suara di kerusi rehat di sebelah pantai dalam 4-5 orang. Aku pun join sekaki dengan pak incik sampai pukul 1.30 pagi sambil minum minuman panas dan berborak dengan melayan angin sejuk pantai. Seronok sesekali bersembang!

Bersambung...

Monday, December 23, 2013

Gaya Kuak Lentang @ Fishing Bay Resort

1st aku nak cakap jugak. Alhamdulilah aku punya family yang cukup akrab, senang kata hubungan kekeluargaan itu cukup rapat antara kami. 

Ramai orang luar yang menegur hubungan kami adik beradik begitu rapat, ini juga di akui oleh pak incik kita...huhuhu. Dia pun tumpang gembira masuk dalam keluarga kami.









Sambung balik cite family day kami di Fishing Day Resort sabtu lepas yang sangat awesome. Nampak wajah-wajah ceria di muka masing-masing.
Selepas indoor games masing-masing terjun swimming pool dan ada yang mandi pantai.








Masing-masing mandi macam tak hengat. Main siram-siram bagai...hihihi. Ada yang kena tarik buang dalam swimming pool. Nasib budak-budak nih tak buang aku. Alahai...hahaha. Selamat mak! kakaka









Macam-macam  gaya dorang mandi manda, ada yang baru nak belaja berenang, kejap tenggelam, kejap timbul pun ada....hahaha. Senyum aje aku peratikan gelagat dorang...huhuhu. Sebeno2nya aku pun lebihkurang macam dorang jugak...huhuhu







Macam-macam gaya dorang mandi dalam pool, ada gaya berenang kuak lentang, kuak mengiring, kuak kentang pun ada...hahaha. Paling lawak sekali anak buah aku paling kecik dalam keluarga kami, baby Umair sampai tertido dalam pool. Hebatkan? hahaha

Aku juga yang tak mencecahkan diri kat air baik kat pool atau mandi pantai. Pergi pantai sekadar main kayak. Jaga kulit kekununnya tapi sunburn jugak...huhuhu

Aktiviti mandi manda tamat sebelum maghrib. Masing-masing balik ke bilik untuk solat maghrib sebelum memulakan aktiviti BBQ pada malamnya.

Bersambung...

Wednesday, December 18, 2013

Indoor Games @ Fishing Bay Resort

Salam untuk semua pembaca blog kesayangan hamba...kikikiki. 

Bersambung kembali alkisah family day keluarga saya di Fishing Bay Resort pada 14-15 Disember 2013, cukup sederhana tapi meriah dengan perangai masing-masing...hihihihi (Gelak sopan).










Petang hari sesampainya di sana kami habiskan masa dengan sembang-sembang kosong dan di ikuti dengan indoor games boling padang dan baling belon air. 










Macam-macam rupa dan gelagat semasa indoor games nih. Masing-masing bermain sambil tergelak beso...kakakaka. 

Kalau dah berkumpul nih ada aje senda usik mengusiknya. Wajah masing-masing nampak happy. Alhamdulilah aku tumpang gembira tapi lagi seronok kalau mak aku ada tapi...
























Paling best bila abah aku punya turn membaling kelapa....hahaha. Nasib abah sporting sentiasa memberi komitmen yang sangat baik. 

Gelak beso anak menantu termasuk cucu-cucu bila abah join boling kelapa. Biarpun botol yang jatuh hanya 1 tapi dari raut mukanya cukup gembira. Cayalah abahku sayang...hihihi










Permainan yang kedua acara baling belon yang diisi dengan air. Memang mencabar, asyik jatuh pecah jer belon tuh. Memang enjoy! Semua sukaneka ini dikelolakan pihak kami sendiri.

Abis permainan semuanya ambil cenderahati, mentang-mentang aku yang bagi sorang pun tak nyempat snap gambo ya....hahaha.

Dah dapat hadiah masing-masing terjun swimming pool. Macam-macam aksi ada gaya kuak lentang, gaya kupu-kupu, mengepak pun ada...huhuhu

Bersambung...