Nuffnang

Monday, December 23, 2013

Gaya Kuak Lentang @ Fishing Bay Resort

1st aku nak cakap jugak. Alhamdulilah aku punya family yang cukup akrab, senang kata hubungan kekeluargaan itu cukup rapat antara kami. 

Ramai orang luar yang menegur hubungan kami adik beradik begitu rapat, ini juga di akui oleh pak incik kita...huhuhu. Dia pun tumpang gembira masuk dalam keluarga kami.









Sambung balik cite family day kami di Fishing Day Resort sabtu lepas yang sangat awesome. Nampak wajah-wajah ceria di muka masing-masing.
Selepas indoor games masing-masing terjun swimming pool dan ada yang mandi pantai.








Masing-masing mandi macam tak hengat. Main siram-siram bagai...hihihi. Ada yang kena tarik buang dalam swimming pool. Nasib budak-budak nih tak buang aku. Alahai...hahaha. Selamat mak! kakaka









Macam-macam  gaya dorang mandi manda, ada yang baru nak belaja berenang, kejap tenggelam, kejap timbul pun ada....hahaha. Senyum aje aku peratikan gelagat dorang...huhuhu. Sebeno2nya aku pun lebihkurang macam dorang jugak...huhuhu







Macam-macam gaya dorang mandi dalam pool, ada gaya berenang kuak lentang, kuak mengiring, kuak kentang pun ada...hahaha. Paling lawak sekali anak buah aku paling kecik dalam keluarga kami, baby Umair sampai tertido dalam pool. Hebatkan? hahaha

Aku juga yang tak mencecahkan diri kat air baik kat pool atau mandi pantai. Pergi pantai sekadar main kayak. Jaga kulit kekununnya tapi sunburn jugak...huhuhu

Aktiviti mandi manda tamat sebelum maghrib. Masing-masing balik ke bilik untuk solat maghrib sebelum memulakan aktiviti BBQ pada malamnya.

Bersambung...

2 comments: