Nuffnang

Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Saturday, June 15, 2019

Terima kasih Allah & Dr Nur Amalina

Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, semalam.
Instagram (IG) Dr Nur Amalina mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan bayi sembilan bulan itu dijalankan.
Pemilik IG dikenali fazleenfazel mengucapkan ‘alhamdulillah dan tahniah’ kepada Dr Nur Amalina dan pasukannya.



Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan berjalan lancar.




Thursday, November 7, 2013

Sejernih Sinar Matamu - Biografi Prof Dr. Muhaya

Adoooiii dah lama rasanya x menaip entri. Bz campur malas melanda diri... hihihi. Minta maaf banyak ya pembaca blog ini.

Kalau ikutkan hati nih meronta2 nak menulis entri sebanyak mungkin dalam blog ini sehinggakan anak dara saya pernah menegur " Ibu tulislah entri dalam blog sekurang2nya ada orang membaca setiap tulisan ibu, selain dapat berkongsi ilmu dengan pembaca dan dapat sedikit bekalan pahala ". Alhamdulilah Allah pinjamkan saya anak yang baik, ditegurnya saya untuk jalan kebaikan. Insyallah...



Kalau ikutkan banyak perkara yang saya nak lakukan dalam hidup ini selain mengejar kerjaya, berniaga kecil-kecilan, menulis dan melakukan aktiviti yang membuat saya gembira. Ada lagi satu impian saya tapi biarlah saya simpan dulu takut tidak terlaksana...huhuhu. Biarlah rahsiakan. Ceh! Hahaha


Mudah-mudahan moga Allah pinjamkan saya usia yang panjang, rezeki yang diberkati, diberinya kesihatan yang baik, sikap yang baik seta menjauhi kemaksiatan, tidak mengumpat keji sesama insan dan kaya dengan kerendahan diri dan berakhlak mulia. Insyallah. 

Mudah-mudahan ibu dan isteri ini menjadi wanita baik hingga ke Jannah. Saya ingat lagi dalam satu hadis yang mengatakan sebegini 'Perempuan jahat untuk orang yang jahat'. Bila berbuat baik balasannya pun baik, buat jahat balasannya jahat. Moralnya jadilah orang yang baik. Sama2lah pikir2kan lah ya...huhuhu. 

Ishhh! Bagi tunjuk nasihat pulak...huhuhu. Mengalahkan Prof Dr. Muhaya bercakap pulak...hahaha





Saya baru sahaja menghabiskan membaca buku Biografi Prof Dr. Muhaya selama 2 hari...hihihihi. Nak dikategorikan ulat buku ke saya nih sebab kalau dapat buku yang saya minat semua perkara akan saya ketepikan. Membaca tuh pilihan no. 1...hihihi. 

Burukkan perangai saya sampaikan pak incik menegur ' ibu kamu kalau dah dapat buku tak kisah nak tengok tv '...hihihi. Masa tuh pertandingan bola sepak peringkat Piala Malaysia antara Pahang vs Kelantan. Alhamdulilah saya dapat suami yang paham sikap nih, isteri dia suka menulis dan membaca :)

Saya nih kalau dikategorikan Ulat Buku rasanya belum boleh lagi, Ulat Sagu boleh kot...hahaha. Mahal uols ulat sagu dekat Sabah tau...hahaha. Suka hati aku aje kan!





Sambung lagi...hahaha. Saya nih sebenarnya cukup meminati ceramah2 dan penulisan Prof Dr Muhaya. Dia nih merupakan sumber inspirasi saya. Banyak kata2nya memotivasikan saya. Alhamdulilah Allah munculkan insan sepertinya untuk saya jadikan bahan rujukan. Subhanallah cantik rupa, berakhlak mulia, ilmu yang tinggi dan kerendahan hatinya membuat saya banyak mendekati melalui youtube, buku-buku dan ceramahnya.

Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. 

Merupakan sumber inspirasi dan semangat untuk semua golongan. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan semua orang selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan setiap orang rasai tegurannya dengan berhemah.

Merupakan antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penulis buku ini, Rozninah Abd Azib dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Prof. Dr. Muhaya sangat disenagan dikalangan rakan semasa dalam pengajian dan rakan sejawat, beliau merupakan guru dan tempat merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun sudah menjadi menjadi doktor pakar. Beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa memandang diaseorang yang sangat positif dan baik hati.

Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib. Sikap positifnya membuatkan anak-anaknya sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan. 

Dalam masa saya membaca buku tersebut, barulah saya tahu ibu mertua Prof Dr Muhaya merupakan jiran tetangga yang sekampung dengan saya....huhuhu. Dr. Azmi suami kepada prof senior saya ketika bersekolah dulu. Subhanallah kecilnya dunia ini.

Monday, June 17, 2013

Sukarelawan Diperlukan!

Salam untuk semua pembaca blog saya, terima kasih memeriahkan blog ini. Syukran dan Alhamdulilah. 

Pejam celik sekejap je esok kita dah jumpa 8 Syaaban. Mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan semua moga kita semua dapat mempertingkatkan ibadah dengan sempurna dan lebih baik dari semalam. Insyallah.






Di sini saya ingin menghebahkan untuk semua masyarakat khususnya warga Johor Bahru untuk menyertai program sebagai sukarelawan pada masa dan tarikh yang sudah di tetapkan seperti di atas.

Marilah kita semua sedar bahawa di sekeliling kita ada makhluk yang memerlukan perhatian dan simpati, biasanya manusia kadang-kadang tak sedar akan kesilapan mereka sendiri. Mahluk Tuhan yang kerdil ini memerlukan simpati dan belas ihsan dari kita semua.

Sama-samalah kita melakukan amal jariah dan ibadah yang tanpa kita sedari datangnya dari hati yang cukup ikhlas. Insyallah.

Boleh klik di sini Pandan City Furries atau Myvets Tiram


Saturday, July 28, 2012

Alia Haryanie

Alhamdulilah!

Moga apa yang kita tulis di entri kali ini memberi sejuta pengajaran buat insan2 yang masih alpa di luar sana. Moga kisah Alia Haryanie boleh menginsafkan diri kita semua, bahawa hidup ini umpama roda kadangkala kita di bawah dan di atas. Segala perjalanan hidup kita di tentukan olehNya.




Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan seseorang, apa yang terjadi kepada Alia Haryanie adalah ketentuan Allah, dia lebih tahu apa yang terbaik untuknya.

Sebagai hambanya apa salahnya kita bersedekah mengikut kemampuan yang ada kepada Alia Haryanie, bagi kita sekurang-kurang meringankan sedikit beban yang ditanggung olehnya.

Kita rajin melayari blog Alia Haryanie sekadar mengikuti perkembangan dirinya walaupun sekadar menyapa beliau di alam maya. 

Untuk Alia Haryanie tabahkan hati, kita percaya setiap apa yang berlaku dalam perjalanan hidup ini ada hikmah yang diberi oleh Allah. Dia lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.




Bagi yang ingin membuat sumbangan dan sebagainya sila masuk blog Alia Haryanie, no akaun bank dan segalanya ada tertera di sebelah kanan blog beliau.

Hulurkan tangan ringankan beban buat Alia Haryanie dan anak-anak beliau demi sesuap nasi.