Nuffnang

Wednesday, January 1, 2014

BBQ @ Fishing Bay Resort

Sambung semula cite aku di Fishing Bay Resort.

Petang masing-masing kesejukkan selepas berendam dalam swimming pool dan pantai. 

Balik ke bilik masing-masing berdiri kat balkoni ada yang meyidai pakaian basah dan tidak juga yang makan maggi cup untuk memanaskan badan sebelum menunggu azan magrib. Lapar akibat kesejukan lama berendam dalam air agaknya...hihihi









Selepas solat maghrib masing-masing menuju ke wakaf yang di sediakan. Wakaf ini telah aku tempah seawal lagi dengan bayaran RM175.00 sebagai duit sewa dan sedikit hidangan untuk 5 orang makan.

Selebihnya kami bawa makanan masing-masing. Perghh! Bila masing-masing membawa pelbagai jenis makanan, bukan main banyak.









Dengan juadah kambing, ayam, ikan, sosej, ketupat, kuah sate dan pelbagai lagi. Bila dah malam tengok makanan bukan main banyak lebih. Kami simpan dalam bekas makanan dan boleh panaskan untuk esok pagi...hihihi

Masing-masing kekenyangan masuk ke bilik. Sesekali buat BBQ nih bolehlah, jangan selalu amalkan sebab takut kanser. Nauzubillah. 








Bila dah malam ingatkan keluarga masing-masing masuk tido, sayup-sayup dengar suara di kerusi rehat di sebelah pantai dalam 4-5 orang. Aku pun join sekaki dengan pak incik sampai pukul 1.30 pagi sambil minum minuman panas dan berborak dengan melayan angin sejuk pantai. Seronok sesekali bersembang!

Bersambung...

3 comments:

  1. Fishing bay ni di mana? Bagus tak tempatnya?

    ReplyDelete
  2. Abil...Fishing Bay Resort di Mersing Johor...sgt bagus tmpt nih. Eksklusif sket....cukup mendamaikan..

    ReplyDelete