Nuffnang

Saturday, April 6, 2013

Buah Letup-Letup

Alhamdulilah, selamat malam dan selamat sejahtera kesemua pembaca blog saya.

Malam nih saya hendak berkongsi sejenis buah eksotik, maklumlah orang kampung mesti tahukan benda yang pelik2? Tapi buah letup2 nih tak berapa nak peliklah pada saya...hihihi





Kalau yang berasal dari kampung sudah pasti mengenali pokok letup letup ini, namun ada juga yang tak pernah mengenali buah ini. 

Buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian memori indah pada mereka yang mengenalinya sewaktu kebanyakkan kampung2  belum pesat membangun seperti sekarang.






Buah letup letup ini sukar dikomersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak. Ada ker yang sedia untuk menanamnya...huhuhu. Cantik pada pandangan saya untuk dijadikan hiasan rumah dan sedap rasanya. 

Sebut dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang. Saya imbas kembali kenangan mengenai buah letup2 ini yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang kenalilah buah letup2 ini yang unik dan banyak khasiat.


 



Pokok letup2 sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.
Kenapa dipanggil buah ini dipanggil buah letup letup? Kerana apabila dipicit buah ni akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop, tapi bunyi dia pelan la sikit idok ler macam merecun tuh....hahaha. 






Yang bestnya warna buah ini  akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang harum apabila telah matang. Bila di makan akan terasa manis dan kemasaman. Pokok Letup Letup ini juga boleh merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.

No comments:

Post a Comment