Nuffnang

Tuesday, December 11, 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Batam

Alhamduliah saya kembali menulis malam ini. Bukan menghilangkan diri tapi pulang ke kampung oang tua saya kerana memberi ruang untuk ibubapa saya untuk menghadiri majlis perkahwian di Batu Pahat, bertemu saudara mara untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah di Muar dan Melaka. 





 
 



  

Jadinya sayalah yang menjaga rumah kampung 2 hari ini sepanjang ketiadaan mereka. Bukannya tidak boleh di tinggalkan begitu sahaja memandangkan rumah tersebut dilengkapi sistem penggera tapi memandangkan abah  saya ada memelihara beberapa ekor ayam, arnab dan kucing yang memerlukan penjagaan maka sayalah yang mengambil alih tugas tersebut.








Saya tidak berkira pun tentang perkara2 sebegini, berapalah sangat pengorbanan saya yang sebesar zarah ini kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan abah saya. Entah esok atau lusa belum tentu saya dapat berbakti padanya sebab perjalanan hidup kita sangat singkat.

Sepanjang di kampung saya tidak boleh online memandangkan di sana PI Max saya tiada coverage. Walaupun kampung halaman saya ada wifi secara percuma yang dibekalkan oleh kerajaan tapi macam tak wujud...huhuhu. Camana tu ya?

Oklah sambung balik perjalanan saya semasa di Batam, Indonesia yang meninggalkan banyak kenangan indah semasa pergi bersama ahli keluarga seminggu yang lepas. Terima kasih abah dan mak yang sudi menerima pelawaan kami, adik beradik yang sudi menemani travelog ini, anak2 dan anak2 buah saya yang memeriahkan suasana sepanjang masa dan akhir sekali terima kasih buat pak incik yang megizinkan pemergian saya. 

Selain bershopping ada tempat-tempat menarik di Pulau Batam yang kurang diketahui orang luar, lebih2 lagi pengunjung dari Malaysia dan sekitarnya.









Biarpun ramai orang yang berpendapat di Batam tuh menjadi tempat kerseronakan pada kaum adam yang ingin berseronok dengan perempuan Batam. Itulah metos yang dahulu hingga kini. Tapi mengapa tak kita explore bukan? Kita tak tahu betul ke tak perkara tu benar-benar terjadi. Jawapan secara peribadi saya tidak pun sebab orang dah set minda mereka sebegitu. Apa pun nawaitu itu sendiri.

Jom kita pergi tempat2 menarik di Pulau Batam. Antaranya Jambatan Balerang, Miniature, Costarina, dan banyak lagi tempat yang boleh di jelajah.



8 comments:

  1. Teringin nak sampai ke Batam ...
    CA pun kat kg sekarang ni....tak kala cuti ni lah boleh berlama2 ngan mak ayah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana hendak ke batam dari johor.

      Delete
    2. sila email saya hudawannoor@yahoo.com.my
      atau FB saya Huda Wan Noor atau Huda Noor

      Delete
    3. nak ke batam Johor ade 2 jeti jeti belungkur dengan jeti tanjung pengelih , saya dah pernah naik dari tanjung pengelih, harga tiket feri rm 50ringgit sehala. mudah dan masa perjalan cuma mengambil masa 45-1jam perjalanan bergantung pada keadaan laut

      Delete
  2. Chik Att : Insyallah boleh sampai kesana satu hari nnt...doa2lah ya...:)

    ReplyDelete
  3. saya dari indonesia , bu. makasi yaa informasi dan kunjungan ke indonesia. ini satu lagi blog saya , pulau belitong --> http://dimaszon.blogspot.com/2012/10/pulau-belitong.html , destinasi bagus untuk holiday. follow back ya ibu,http://dimaszon.blogspot.com/search/label/BEAUTIFUL%20INDONESIA , blog saya. saya member ke 407 blog ibu. makasi

    ReplyDelete
  4. Tima kasih ya dimas bagus nugroho masuk blog dan jadi follower saya. Sangat bagus info blog kamu..nanti saya singgah blog kamu ya...

    ReplyDelete
  5. sy baru 1st time nam g sana..nk kne amik pemandu pelancong ker?or bole g sendiri?takot gk kne tipu ker

    ReplyDelete