Nuffnang

Tuesday, December 11, 2012

Masihkah Ada Sinar Buatku?

Selamat malam semua, Allah gerakkan hati saya untuk membuka Astro Oasis malam ini. Alhamdulilah saya boleh berkongsi apa yang saya tonton sebentar tadi. Sekadar berkongsi sedikit ilmu serta pengajaran yang saya dapat, mudah2an kita dapat kebaikan bersama.

Selami Jiwa di Astro Oasis bersama Datuk Fadzilah Kamsah malam ini cukup menyentuh perasaan saya. Tajuk perbincangan 'Masihkah Ada Sinar Buatku' dengan tetamu jemputan Pak Jamil Ahmad bekas seorang banduan. 



 Selama 30 tahun menghabiskan sisa hidup menjalani hukuman di penjara. Bayangkan? Di mana hidupnya bergelumang dengan kegiatan jenayah mungkin boleh dijadikan satu iktibar. Bagi Pak Jamil adalah satu kepuasan setelah anasir jahat menguasai tubuh badannya. Ketika menceritakan pengalaman pahit itu, arwah ibu menasihatinya supaya menjadi orang sekiranya ditakdirkan bebas daripada hukuman penjara seumur hidup.


Pak Jamil menceritakan, bermula daripada situ, pintu hatinya terbuka menerima taufik dan hidayah Allah setelah seorang pegawai agama Jabatan Penjara datang menemuinya untuk menasihati soal agama.
Bermula di penjara, dia mempelajari al-Quran dan asas fardu ain yang sebelum ini tidak diketahui langsung. Pak Jamil kini aktif memberikan ceramah dan motivasi kepada anak-anak muda agar mereka tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Subhanallah! Allah lagi maha pengampun lagi maha penyayang Pak Jamil yang sudah beberapa tahun kembali hidup dalam dunia sebenar2nya menceritakan kehidupan yang dilalui sekarang dalam menghabiskan sisa2 hidup.

Saya cukup tersentuh bila Datuk Fadzilah Kamsah mengajukan satu soalan kepada, apakah harapan yang hendak di beri Pak Jamil kepada kedua2 arwah orang tua yang sudah tiada? Pak Jamil dengan nada sebaknya sehingga mengalirkan airmata menyatakan hanya mampu mendoakan setiap masa dengan surah Al Fatihah, surah Qul dan sekali sekala mengadakan majlis kenduri untuk kedua ibubapanya.

Pesan terakhir arwah bapa beliau ketika dia masih dalam tahanan menyuruh Pak Jamil perbetulkan diri, kesilapan biarkan berlalu  tapi biarkan keinsafan ada dalam dirinya.

Tersentuh saya menonton program Selami Jiwa malam ini seorang diri hingga menitiskan airmata. Sedih dan terharu melihat bekas banduan pun sanggup untuk mengubah nasib diri kejalan yang benar. 

Mudah2an saya doakan banduan2 yang sedang menjalani hukuman dan penagih2 dadah, mereka2 yang masih melakukan maksiat dan sebagainya kembali kepangkal jalan yang benar. Bagi saya jalan untuk mereka masih tebuka luas dan hidayah Allah untuk hambaNya cukup luas.

Sama-samalah kita doakan orang sekeliling kita semua taat pada ibubapa dan sentiasa mencari hidayah Allah. 

Al Fatihah untuk semua!


2 comments:

  1. Klu diikutkn..dorg pun x nk jdi cmtu...huhu tpi dh tertulis dorg akan lalui zaman gelap sebelum btemu jln yg terang..muhasabah diri tu perlu..kdg2 insaf org mcm ni lgi bmkna..T___T mereka lbh tawaduk..

    ReplyDelete
  2. sisdee : Betul tuh! Ujian Allah pelbagai cara...depaend pada kekuatan iman seseorang...mudah2an kita jadi orang yang beriman sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete