Selamat malam semua pembaca blog ini. Alhamdulilah moga semua dalam lindunganNya. Amin.
Kali ini kita kembali bercerita perjalanan tempohari semasa di Marina Bay Sand. Lupakan Merlion Park dan Orchard Road! Kini Singapura telah memiliki ikon baru, Marina Bay Sands yang menjadi mercu tanda negara ini dan menjadi tempat tujuan yang paling mengagumkan untuk hiburan, perniagaan dan bershopping...:)
Kali ini saya nak share tentang sesuatu yang membuat kita terpesona melihat kreativiti arkitek senibina yang mereka telah reka di Marina bay Sands. Biar kita panggil 'Pusaran Air'. Suka haku je...kikiki
Hah! Masa kat roof top Marina Bay Sands Shopping Center nih saya nampak
ada satu benda alah structure yang macam pelik nih. Tak tahu kenapa
ada pusaran air lepas tuh macam kena sedut ke bawah benda bulat sampailah kering.
Macam pusaran air. Tapi bila air tu jatuh, tak tahu akan jatuh pergi
mana. Sebab aku tiba-tiba terfikir, kalau orang jatuh nih
bahaya. Matilah orang tuh...hahaha. Nanti lemas ke apa. Lepas tu bila nak balik naik MRT
balik, baru perasan ada structure bulat tu sebenarnya kat bawah. Ngok tul...hihihi
Air dia
jatuh kat water feature dalam bangunan ni rupanya. Alahaiii! Jakun kita nih...kikiki. Kalau
macam nih nak buat-buat jatuh pun best lah jugak ye? Ada orang tadah tangan kat bawah...hahaha. Berani? hahaha
So
suweett! For real..
No comments:
Post a Comment