Nuffnang

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Selamat malam semua, masa untuk kita berehat mengadap red lappyku yang cumil. Petang tadi masak paling simple, nasi goreng kampung. Dah lama tak makan nasi goreng, pak incik pun makan bertambah-tambah. Sedaplah tuh! kikiki





Tiba-tiba malam nih saya  berminat nak tulis entri mengenai tarikh 12.12.12. Senang cakap tarikh cantik. Macam best je! Lumrah bagi manusia untuk meminati angka-angka yang dianggap cantik. Setuju tak? Cantikkan!

Pada saya perkara itu tidak menjadi masalah kepada umum, lebih-lebih lagi kepada umat Islam selagi ia tidak dikaitkan dengan sesuatu yang khurafat dan kepercayaan yang bukan-bukan. Insyallah.




Namun selalunya masyarakat dunia mempunyai pelbagai tafsiran mengenai tarikh yang jarang ditemui ini. Cuba google macam2 tafsiran yang boleh dicari di internet berdasarkan keyword. 

Ada juga yang tak logik dik akal. Macam-macam hal pun ada...huhuhu. Yang tak logik tuh, pandai-pandailah kita ketepikan, manakala yang best tu, boleh lah diambil sebagai tauladan. 





Contohnya? Tentu ramai di kalangan masyarakat kita yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan. Apa pun ucapan tahniah dari saya, selamat pengantin baru. 






Apapun, di penghujung tahun 2012, sudah tentu ramai yang mengharapkan tahun hadapan menjadi tahun yang lebih baik, sempurna serta bermakna untuk semua. Jadi sama-samalah kita doakan yang terbaik buat semua. Amin!
 
Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang, jaga diri dan hiasi peribadi. 

No comments:

Post a Comment