Nuffnang

Thursday, December 13, 2012

Menginap Di Mount Kinabalu Heritage Resort, Kundasang

Selamat malam, ceria2kan diri selalu dan hiasi diri dan peribadi moga tidak lari dari perintah Allah. Malam ini kita agak free selepas selesai segala urusan.

Sekarang masa saya melayan 5 ekor anak-anak comel yang mejadi kesayangan kami sekeluarga dan sambil melayari internet. Membaca maklumat semasa, baca blog kawan2 dan menaip blog kesayanganku ini. 






Malam ini tengah buat pencarian hotel yang agak sesuai untuk kami berempat semasa di Sabah. 4H3M sudah tentu memerlukan hotel yang agak selesa buat kami.

Kami akan menginap di Kota Kinabalu dan Kundasang makanya memerlukan 2 buah hotel yang berbeza. Semua hotel2 yang kita dah buat searching menarik belaka tapi belum buat pilihan muktamad untuk tempahan. 








Saya benar2 tertarik dengan sebuah penginapan yang cukup menarik dengan keindahan alam semulajadinya. Mungkin ada sesiapa yang pernah ke Mount Kinabalu Heritage Resort &  Spa yang terletak di Kundasang.

Resort ini yang dahulunya dikenali sebagai Perkasa Hotel, terletak di atas bukit kira-kira 5,000 kaki di atas paras laut dan mempunyai pandangan indah menghadap Gunung Kinabalu. Subhanallah cantiknya!

Disebabkan kedudukannya yang lebih tinggi berbanding hotel dan resort lain yang berhampiran, pengunjung akan berpeluang menikmati keindahan panorama di kaki gunung yang dipenuhi oleh ladang sayur-sayuran dan suasana sejuk semula jadi. 

Kalau menginap di tingkat paling atas atau di Chalet, kita boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Tetapi kalau kebetulan dapat bilik yang bukan menghadap kaki gunung, anda jangan risau sebab boleh juga memerhati gunung dari pelantar pemerhatian yang dipanggil Mount Kinabalu View.


Dengan kedudukan Kundasang sebagai tempat pelancongan peringkat dunia, harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Kira berbaloi dengan harga yang dibayar.

Selain daripada bilik yang tersenarai di atas, ada banyak lagi kemudahan yang tersedia di sini, antaranya Chalet, SPA, Dinning, Meetings dan Events dan lain-lain. Keterangan lanjut tentang fasiliti dan harga boleh lawati laman web Mount Kinabalu Heritage Resort Spa, Kundasang, dengan melayari www.mountkinabaluheritageresort.com.my








Satu lagi maklumat yang pelancong perlu tahu. Di Kundasang ada banyak hotel dan resort untuk penginapan. Tetapi sebagai tempat yang jadi kunjungan pelancong dalam dan luar negara, tempat penginapan selalunya akan penuh terutama pada waktu cuti. 

Jadi saya dipahamkan kalau hendak bermalam di Kundasang, buatlah survey senarai hotel dan resort lebih awal. Tidak susah pun untuk rujuk senarai yang dimaksudkan sebab sekarang semuanya boleh dibuat atas talian.

Itu saja perkongsian untuk kali ini. Ada masa nanti saya akan kongsikan lagi serba sedikit apa yang saya tahu untuk menginap di beberapa lagi hotel di Kundasang.

Tengah survey banyak tempat lagi untuk dijadikan penginapan kami di sana pada bulan Januari 2013.

8 comments:

  1. Replies
    1. tima kasih zana-norzana...aah mmg cantik tgh pk nih..kikiki

      Delete
  2. salam sis ct

    cm pun baru pulag dr sana,,,view sungguh mengasyikkan,,,kinabalu pine resort pun ok,,,teruskan menulis info2 yg baik untuk kaki travel cam kami ni..tq

    ReplyDelete
  3. CM...wow bestnya...tgh sejuk tak cuaca..huhuhu. bajet winter lak..kahkahakah

    Adik lelaki saya pun cakap Kinabalu Pine Resort pun cantik sbb dia dh penah menginap di sana...nnt nak survey

    ReplyDelete
  4. Me dah penah stay kat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa nih ... ok la tempat nih... kat atas bukit sket, so berchenta la kete myvi kitorang nak naik atas .. tapi view mmg stunning ... ade viewing deck mcm gambar kat atas tu ... view gunung kinabalu dari situ mmg marveles ... tak rugi duduk kat situ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...mmg bestlah ya tempat nih. Tima kasih ya Azra bg tau...:)

      Rajin2 masuk sini....huhuhu

      Delete
  5. nak gi jalan lagi ke kak? bwk balik kaki gunung utk ella ye kak. Souvenir!! Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nak kesana. Tiket flight beli dh hampir setahun masa promosi...kikikiki

      Bukan ckp kaki gunung..putri gunung pun boleh...kahkahkah

      Nak souvenior, boleh. Bagi alamat!

      Delete