Nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Life Update

Salam untuk semua dan dengan rendah hati terima kasih yang paling sayang untuk semua pembaca blog ini kerana saya kena lafazkan kasih sayang sebagai pembakar semangat untuk pembaca blog ini. Sebab korang suka baca blog sayakan? Perasannya aku...hahaha. Ada peluang masuk posting entri malam nih.





Sebenarnya saya agak bz sejak kebelakangan nih. Penuh dengan aktiviti berkebun, outdoor dan cuti2.

Bagi yang tertanya2, macam agak kurang sejak kebelakangan ini saya posting entri. Harap pahamlah situasi yang sibuk selalu nih....huhuhu. Nampak macam 2 hari sekali camtulah. Terima kasih sebab ambil berat. Sweet Sangat! Alhamdulillah, tapi still posting jugakkan, demi pembaca blog saya...hihihi

Oh ya, saya berada di kampung sejak petang semalam. Bunyinya macam jauhkan balik kampung bagai...hohoho. Kampung tak jauh mana pun drive kereta ambil masa lebih kurang 30 minit. Nak jugak ada kampung, bila orang sana sini cakap balik kampungkan. Ayat sedapkan hati sendiri....hahaha.

Saya baru balik dari menjengok pusara arwah mak bersama abah dan pak incik. Al Fatihah dan luv U mak, rindunya. Bersih teratak mak tanpa sehelai rumput tapi menariknya bunga-bunga mawar putih tengah kembang mekar, bila saya kira ada 10 kuntum. Macam tu agaknya cerianya wajah  mak saya kat sana. 

Dalam masa berdiri depan pusara mak saya, abah pesan kalau dia tak panjang usia, dia mintak saya semadikan di sebelah pusara mak. Ntah berapa kali wasiat nih dia pesan kat saya. Sedih sebenarnya tapi cepat-cepat off topic cite pasal kubur orang sebelah....hihihi. Saya tak mahu kehilangan orang yang paling saya sayang selama ini tapi siapalah saya untuk menghalang ketentuan Allah. Nangis kejap taip entri nih. Sedihnya. Abah! Abah!

Semalam dia pecahkan pembentung tadahan air yang berhampiran pusara mak alasannya pembentung tu agak rendah dan anjing selalu minum dan dia tak selesa orang ramai gunakan air tersebut dan di gantikan dengan pembentung yang baru siap bertembok dan ada sistem paip yang lebih baik. Layankan je sebab saya tahu dia suka buat amal jariah untuk kegunaan orang ramai. Bekalan akhirat dia juga, biarlah.

Hari cuti nih saya penuhkan dengan pelbagai xtbt, hari nih di kampung saya, balik petang nanti saya nak berbasikal dengan pak incik. Esok ada xtbt di Setia Tropika dan petang di Taman Universiti. 

Insyallah seawal pagi, esok pagi saya akan mendaki  Gunung Pulai bersama family dan kawan-kawan. Ada yang nak ikut tak? Sila angkat tangan....hihihihi. Saya nak sihat!

No comments:

Post a Comment