Nuffnang

Wednesday, November 20, 2013

Isu Villa Nabila

Mula-mula saya nak nyanyi lagu Nabila boleh tak? Untuk mu Nabilaaaa...hahaha. Selebihnya pembaca blog saya yang nyanyi ya. Tak tau nak nyanyi sebeno-benonya saya nih...hihihihi

Ok kita sambung lagi petikan dari Sin Chew Daily. Buat koleksi dan tatapan umum. Macam library pulak aku nih...hahaha. Library pun libry la...hihihi. Gilak!

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia.

Vila itu dikatakan diselubungi dengan pelbagai misteri dan punca rumah besar itu dikosongkan tetap menjadi tanda tanya penduduk sekitar.

Sin Chew Daily melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat empat versi mengenai rumah hantu itu.

1. Pada 1970-an, seorang yang mempunyai nama keluarga Yap telah muflis sehingga seluruh keluarga membunuh diri dalam Vila Nabila.

2. Seorang hartawan telah meninggalkan harta kepada anaknya, tetapi pewaris harta itu kemudian dibunuh oleh orang gaji yang tamak. Mayat anak itu dikatakan ditanam dalam Vila Nabila.

3. Seorang hartawan wanita dirogol dan dibunuh manakala mayatnya disembunyi dalam dinding Vila Nabila.

4. Seorang ayah yang dibebani hutang besar telah membunuh semua ahli keluarga sebelum membunuh diri.

Wartawan yang menyemak empat versi itu melalui arkib berita bagaimanapun mendapati keempat-empat kejadian itu tidak pernah dilaporkan media.

Dalam pada itu, misteri dikatakan menyelubungi wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan remaja di Vila Nabila apabila kamera seorang jurufoto akhbar Cina tiba-tiba tidak berfungsi dalam kawasan vila.

"Jurufoto ini terjatuh dan tercedera di bahagian lutut, kameranya yang berada dalam keadaan baik tiba-tiba tidak berfungsi.

"Kamera itu berfungsi semula apabila berada di luar kawasan Vila Nabila, tetapi ia akan bermasalah semasa jurufoto menghampiri vila," lapor Sin Chew Daily.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa seorang remaja Melayu dilaporkan hilang ketika `melawat' rumah hantu tersebut.

Seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Megat,16, bagaimanapun mendakwa dirinya bersama kira-kira 29 rakan lain telah `melawat' Vila Nabila, tetapi hanya lapan orang yang keluar dari rumah misteri tersebut.

Megat mendakwa, dirinya dan rakan lain hilang ingatan selepas memasuki Vila Nabila dan tiba-tiba bersama tujuh rakan lain berada di surau berdekatan.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai merupakan emak kepada remaja yang hilang dilihat meletakkan beras di kawasan sekitar Vila Nabila.

Kejadian kehilangan remaja di Vila Nabila menyebabkan ramai penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut.

Kesesakan berlaku di Jalan Strait View apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk meninjau vila misteri itu.

Terima kasih dan kredit to Sin Chew Daily.


No comments:

Post a Comment