Petikan yang saya ambil dari Agenda Daily, juga untuk simpanan dan tatapan umum. Rajinkan? Hahaha. Apapun nak ucap terima aksih kat Agenda Daily.
Ini yang dinamakan kuasa baru media sosial. Bayangkan bagaimana satu rumah kosong, boleh jadi
topik yang diperkatakan jutaan orang melalui berbagai medium media
sosial, facebook, twitter dan instagram.
Kadang-kadang kita naik 'seram' fikir macam mana satu-satu perkara
boleh jadi 'viral' begitu dahsyat terutamanya ketika fakta dan mitos
bercampur.
Al kisah Villa Nabila kononnya rumah kosong yang paling berhantu di
Johor, nombor lima paling berhantu di Malaysia dan nombor 10 di seluruh
dunia.
Entah siapa yang pergi periksa rumah-rumah berhantu ini pun tak ada yang tahu... cuma ia tersebar, meluas melalui media sosial.
Kononnya juga, Villa Nabila ini ditinggalkan selepas terjadi kes
bunuh melibatkan budak kecil Nabila yang dibunuh orang gaji dan disimen
di dalam dinding.
Sekali lagi, entah betul entah tidak, tapi itulah yang tersebar. Villa Nabila jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita
kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan hanya seorang remaja lelaki
dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang
terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di Johor Bahru.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad
Salleh kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya,
Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di
Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.
"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad
Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke
rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.
"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin
di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga
Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal
menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di
lokasi terbabit, pada Isnin.
Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan
pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan
remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang
dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di
laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang
selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya
keluar dari bangunan itu.
Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis
berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan
maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu
masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu
lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.
Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah
usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian
mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya
pengkaji aktiviti paranormal.
Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan
Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang
histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.
"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain
(termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal
hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan
mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.
"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas
semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai
yang lain," katanya.
Kredit to Agenda Daily.
No comments:
Post a Comment