Nuffnang

Wednesday, November 20, 2013

Hilang Akal lepas Pinangan Ditolak

Salam untuk semua pembaca blog saya.

Sekadar berkongsi dari yang saya baca dari berita di Kosmo bertarikh 20 November 2013 jam 12.41pagi. Kita kena amik pengajaran apa yang berlaku di sekeliling kita. Sentiasa perbaiki diri dan jangan sesekali cari masalah dalam kehidupan.

Gara-gara tidak berpuas hati pinangannya ditolak, seorang anggota polis bantuan bertindak melepaskan enam das tembakan ke arah rumah bekas kekasihnya di Taman Megah, Sungai Jelok di sini semalam.
 
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, seorang lelaki iaitu adik bekas kekasih suspek yang berusia 25 tahun cedera selepas terkena satu das tembakan di bahu kiri. Keadaannya stabil di Hospital Kajang di sini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berusia 27 tahun pergi ke rumah itu untuk berjumpa bekas kekasihnya namun dihalang keluarga wanita itu.

Ekoran hilang sabar, anggota itu melepaskan tiga das tembakan bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa sebelum memanjat pagar dan melepaskan dua das lagi tembakan mengenai lantai rumah dan seorang lelaki.

Tindakan paling bodohlah bagi saya. Ada setengah tuh siap datang rumah orang naik teksi lagi dan siap ugut nak telan panadol. Makan panadol lebih sikitlah..huhuhu.

Susahkan kalau jumpa orang-orang yang tak berfikiran waras. Agama dan Allah di letak paling tepi tapi buat maksiat segalanya. Sorang kejanya mengugut dan yang sorang lagi dalam ketakutan. Hamik ko, siapa yang makan cili terasalah pedasnya...huhuhu


No comments:

Post a Comment