Nuffnang

Saturday, November 24, 2012

Jalan2 @ Batam

Malam ini khamis malam jumaat, makanya esok dah jumpa hari jumaat. Ada masa sehari lagi untuk pergi ke pejabat memandangkan lusa dah hari sabtu. Bolehlah rehat2kan badan iya tak? hihihi




Setelah membaca banyak blog kawan2 yang melancong ke Batam lagi, kita teruja untuk pergi bercuti ke Batam untuk kali kedua. Tapi kali ini pergi beramai-ramai bersama ahli keluarga belah kita. 






Memandangkan sekarang nih tengah cuti persekolahan masing2 ambil kesempatan untuk pergi holiday bersama keluarga masing2 termasuk kita...kihkihkih. 




Mudah2an perjalanan kami ke Batam berjalan lancar. Penginapan telah pun kami buat tempahan yang tinggal hanya proses menempah tiket untuk transport sahaja.







Kami menginap di Swiss Belinn Hotel, Batam. Enjoy rasanya sebab inilah pertama kali kita bercuti di Batam bersama keluarga. Sebelum ini kita hanya pergi berdua sahaja bersama pak incik ketika itu menginap di Pacific Palace Hotel.






Banyak lagi perkara yang menarik untuk kita dan  keluarga kita dapat menafaatkannya bersama. Nak makan nasi padang dan jalan2 di Nagoya dan Batam Centre dengan harganya yang murah. Tak membeli dapat cuci mata jadilah...hihihi

Tempat2 yang menarik di Batam seperti diNagoya Hill,  Batam Centre, Matahari, Megamall dan DC Mall. Batam  memang terkenal dengan harga yang murah di Shopping Centrenya.

Bagi yang berminat untuk menginap di Batam bolehlah menghubungi salah satu hotel yang terdapat di sana.

Swiss Belinn Hotel
Jl. Prambanan No. 1 Jodoh
Batam Island
Indonesia
Tel no. : +6277 8430500
Website : Swiss Belinn Hotel 



2 comments:

  1. Saya tak boleh nak bayangkan Batam ni sebelah mana dan bagaimana. Jarang saya baca pasal percutian ke Batam ni. Nanti tulis dan tunjuk gambar ya, saya teringin nak tengok!

    ReplyDelete
  2. AA : Boleh, Pulau Batam letaknya di Riau Indonesia.Nnt ya balik dari sana saya upload...kikiki.

    ReplyDelete