Nuffnang

Tuesday, March 31, 2009

MINAT MENULIS

Minat menulis tidak ada pada semua orang. Mungkin seseorang itu minat membaca, bermain golf dan bermacam-macam lagi. Ramai yang masih tidak tahu pentingnya untuk menjadi seorang penulis, mungkin mereka beranggapan menulis memerlukan masa dan idea-idea yang bernas.

Mungkin disebabkan tidak tahu apakah penulisan yang mampu dihasilkan, maka kita tak dapat nak mereka cipta apa yang penulisan yang unik.

Dari sudut pandangan peribadi, saya bukan mempunyai akademik yang tinggi tetapi hanya menulis mengikut kemampuan yang saya tahu, perkara yang saya minat, ada kemahiran dan sedikit pengetahuan.

Biar berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, saya tidak akan berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali kita lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.

Sunday, March 29, 2009

PUISI - BUAT BONDA

PUISI - SUJUD

PEKERJA HEBAT MAJIKAN CEMERLANG



12-15 hb Mac aku menjalani kursus Pekerja Hebat Majikan Cemerlang di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Banyak ilmu yang aku dapat dalam kursus tersebut walaupun mesej yang di sampaikan oleh En Ismail bin Ibrahim dari LH Consultant dalam bentuk lawak tapi itu cara penyampaian dia dengan peserta kursus. Bagi aku manusia ada cara masing-masing. Aku terima ilmu yang dia sampaikan dengan hati terbuka.


Untuk menjadi sorang pekerja yang hebat, perlu mempunyai etika yang baik bermula dari awal lagi.

a. Bersikap inisiatif

b. Amanah

c. Komited terhadap kerja

d. Berakhlak dan berdisiplin

e. Jalin hubungan baik

f. Bijak mengurus masa




Saturday, March 28, 2009

BATU LESUNG

Batu lesung merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada zaman nenek moyang bagi menumbuk ramuan untuk memasak


Ianya merupakan kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya. Cara menggunakan amat mudah, cepat dan tanpa menggunakan elektrik. Dengan menggunakan batu lesung bahan ramuan makanan bertambah enak berbanding alat pengisar.

Namun disebabkan kekangan hidup masakini, kaum wanita sekarang lebih ramai yang menggunakan perencah segera.