2 hari di sana, pergi tanpa anak-anak. Banyak tempat kami pergi. Hotel hanya tempat persinggahan untuk kami tidur sahaja. Boleh dikatakan semua tempat kami pergi.
Banyak juga barang-barang kami beli terutama sekali coklat.
Alhamdulilah bermula 25-27 Mei 2009 saya menjalani kursus Rebranding UTM ke arah IPT terbilang di The Puteri Pacific otel, Johor Bahru di bawah consultant Excel Traning. Fasilitator yang terdiri dari Datuk Dr Mohd Fazilah Kamsah, Prof Mohd Hanim Halim dan Cik Noor Laila Aniza Zakaria.
Sepanjang aku menjadi kakitangan kerajaan inilah kursus yang banyak membuat saya ketawa tetapi ada mesej yang betul-betul sampai dalam diri saya sebenarnya. Ketawa-ketawa jugak tapi tapi banyak perkara saya kena berubah demi keluarga dan masa depan.
Bermacam-macam harapan timbul dalam diri, termasuk persoalan diri 'aku masih di tahap ini, dimana bekalan iman untuk kejalan akhirat nanti?". Tersentuh, dan terharu tiap kali Cik Noor Laila membuat ceramah dengan penuh perasaan.
Alhamdulilah pada Allah yang menciptakan saya dengan sebegini indah dan memberi cahaya hidayah dengan sebuah rumahtangga yang cukup bahagia, kasih sayang Allah dan kasih sayang yang Allah tiupkan untuk diri saya.
Saya rindukan Allah yang telah mencipta betapa indahnya hidup disisi Allah dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih buat buat Datuk Fazilah Kamsah, Prof Mohd Hanim dan Cik Laila Aniza yang mengajar dan menyedarkan saya. Moga kalian di panjangkan umur, diberi kesihatan hendakNya. Amin!
Petang ahad yang lepas aku dan anak-anak pergi Hutan Bandar MBJBT. Pernah sekali datang awaal pembukaan ketika itu ada pameran orkid. Aja dan Ajim yang nak sangat lihat keindahan Hutan Bandar MBJBT ini. Menarik adalah tempat untuk orang ramai area Skudai untuk bersantai disini kalau nak ke Hutan Bandar yang terletak berhampran RTM agak juah dan terpaksa meredah kesesakan jalanraya.
Masa aku sampai pun cuaca agak redup, maka ramailah orang berjogging dan bermain layang-layang. Aku dengan anak-anak 'cuci mata'.
Citra Karisma, Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2008 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Mei 2009 bertempat di Dewan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Majlis kali ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Pro-Canselor UTM.

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) mempamerkan keunggulan dalam pengurusan harta intelek apabila dipilih pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2008 kategori organisasi anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, berkata kejayaan itu menjadikan UTM organisasi pertama memenangi anugerah berkenaan dua kali sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.
Beliau berkata, UTM memenangi anugerah itu kerana menjadi penyumbang terbanyak perlindungan harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun lalu.
Tahniah! UTM....