Nuffnang

Wednesday, July 22, 2009

SEHARI KE KUALA PILAH


















Semalam 21hb Julai 2009 saya dan suami pergi ke Kuala Pilah menghantar Aja balik UiTM, Beting, Kuala Pilah.

Keluar rumah pukul 7.00pg terus ke Sekolah Men. Taman Universiti 2 menghantar dia menjalani ujian lisan bahasa Inggeris yang bermula jam 7.30pg. Tunggu punya tunggu pemeriksa kata ujian lisan kula jam 9.00pg. Sempat juga kami bersarapan pagi di kantin sekolah tersebut. Murahnya makan disitu. Standard budak sekolah agaknya.

Pukul 10.00pg mula bertolak ke negeri Sembilan. Berhenti di Petronas bersebelahann tol Skudai. Belilah makanan ringan untuk kunyah2 dalam kereta. Saya yang memandu. Sampai Ayer Keroh berhenti kejap. Suami makan mee sizzling manakala saya dan Aja makan laksa utara, kami berkkongsi satu mangkuk berdua. Perut pun masih kenyang lagi takut tak habis.

Teruskan perjalanan terus masuk tol Senawang dan terus menghala ke Kuala Pilah. Sampai Bukit Putus, memang rasa takut sikit kalau memandu disitu. Kenderaan semua perlahan masing-masing cukup berhati-hati, dengan jalannya yang bentuk pusingan U, pandang bawah semua gaung yang cukup dalam. Gayatttt!

Tiba-tiba semua kereta depan berhenti secara tiba-tiba. Ermmm ada kemalangan antara kereta iswara dan lori. Remuk tahap gaban iswara tu. Berdebbar-debar saya dibuatnya.

Teruskan perjalanan menuju bandar Kuala Pilah. Sepanjang jalan menuju Kuala Pilah kiri kanan jalanraya penuh dengan buah rambutan dan mata kuching. Cukup menarik. Akhirnya sampai UiTM pukul 1.15tgh. Masuk kolej Aja dan kami keluar semula ke bandar Kuala Pilah. Saya beli telur itik 50 biji, periuk tanah liat (Claypot) 4 biji, cerek perhiasan 2 biji.

Berhenti solat asar dan jamak zuhor di masjid Kariah, Kuala Pilah. Kemudian pusing semula ke Beting menghantar Aja ke UiTM.

Bertolak semula ke Johor Bahru dalam pukul 5.30ptg. Berhenti di kg Terachi makan durian tepi jalan dan sempit beli tempoyak, buah mata kuching, dan cempedak.

Balik pun saya memandu, suami ada masalah memandu jauh, masalah memandu tertidur. Lagi pun saya lebih suka memandu dari duduk diam sebelah pemandu....hehehe. Bukan apa pemandu tekan brek saya pun tekan brek sama...hehehe.

Kami rancang nak berhenti rehat di Ayer Keroh, terlepas sampai Pagoh. Berhenti solat manghrib dan jamak isyak di R & R Pagoh. Makan nasi lauk ikan goreng, sayur peria goreng dan telur masin. Hujan lebat, makan pun sedap.

Sampai Taman Pulai Indah pukul 9.30mlm singgah rumah adik nak bagi telur itik. Mandi terus tidur. Penatnya!

No comments:

Post a Comment