Cuba punya cuba hasilnya berjaya juga akhirnya buat telur masin. Saya beli telur itik yang mula-mula ke Kuala Pilah kerana menghantar Aja mendaftar di UiTM, Beting, Kuala Pilah. Beli telur itik dalam 10 biji. Buat telur masin dalam 6 biji selebihnya goreng mata lembu.
Semalam hantar Aja balik beli dalam 50 biji. Bagi Ayen 10 biji dan Uda 6 biji suruh dorang buat telur masin. Tadi saya cuci semua telur itik yang dibeli semalam. Buat telur masin dalam 30 biji selebihnya simpan dalam peti ais boleh goreng atau masak lemak cili api.
Buat telur masin ini zaman kecik-kecik, masa tu arwah mak buat lepas itu saya tengok. Alhamdulilah ilmu yang dia beri sampai sekarang saya ingat. Saya buat cara paling mudah.
Mula-mula cuci telur itik, kemudian susun dalam botol atau tupperware. Kemudian tabur garam masin dan tuang air yang telah didihkan. Tutup rapat. Biarkan dalam 2-3 minggu. Insyallah jadilah telur masin.

sdp kn telur masin? kt ulu bendul pn ada org jual telur itik. telur itik ulu bendul(TIUB). fresh dn segar. dh beberapa kali beli kt situ..
ReplyDeletetelur itik ulu bendul mmg feymes, telur segar setiap hari. mmg sdp. telur itik msk lemak cili api bubuh buah bacang muda. jadik tu...
ReplyDelete