Nuffnang

Friday, August 7, 2009

BERKAYAK DANGA BAY KE KG PENDAS LAUT







8-9 Ogos 2009 bermulanya ekspedisi berkayak dar i Danga Bay ke Kg Pendas Laut. Seramai 30 peserta yang melibatkan Ketua Bahagian, Pustakawan, Pembantu Perpustakaan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat menyertai ekspedisi tersebut.

Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka daripada terbabit dalam aktiviti yang tidak bermoral dan mengisi masa terluang mereka.

Seperti sukan lain, berkayak juga dapat membantu seseorang berfikir dengan kreatif dan apa yang penting, kami diajar saling membantu dan memupuk semangat berpasukan antara peserta.

Ekspedisi berkayak seperti ini bukan selalu diadakan dan untuk itu, saya tidak mahu lepaskan peluang untuk rasai sendiri pengalaman yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup. Walau pun saya tidak berkayak untuk merentasi Selat Tebrau memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan, namun saya membantu mereka sepanjang perkhemahan nanti.

Selain mendapat pelbagai ilmu semasa latihan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab yang selama ini mungkin tidak mesra seperti biasa.

Apa pun buat penduduk Kg Pendas Laut esok kita berjumpa ya!

4 comments:

  1. hehehe...bagus tmpt tu mokcik :)

    ReplyDelete
  2. huhuhu....mmg bestttttttttt banget!

    ReplyDelete
  3. tak penatke? kayak dari danga bay sampai kg pendas laut. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous : x penat la...hahahah :)

    ReplyDelete