Nuffnang

Friday, August 21, 2009

PERJALANAN HIDUP INI SINGKAT


Pejam celik, pejam celik esok kita umat islam seluruh dunia sudah menyambut bulan Ramadhan dan kita bakal mengakhiri tahun 2009 yang tinggal beberapa bula saje lagi.

Bila masa terluang duduk dengan 2 orang anak-anak saya. Kami suka bercerita tentang zaman kanak-kanak. Rasanya zaman kanak-kanak saya cukup beruntung sebab saya merasai suasana kanak-kanak membesar di luar bandar. Saya dapat merasa bermain 'enting-enting', lompat galah, main sembunyi-sembunyi, main pondok-pondok, main berudu, mandi sungai dan pelbagai lagi kalau di ingat kembali. Berbanding dengan anak-anak saya mereka lebih mengenal play station, komputer, berbasikal dan kalau balik rumah saudara mara atau pun rumah datuk dan nenek mereka barulah berkesempatan itu pun hanya pergi ke sungai untuk bermain-main air sungai yang telah cetek.

Kalau zaman kanak-kanak saya dapat merasai erti kasih sayang dari kedua-dua belah nenek dan datuk, namun kian berlalu mereka telah pun meninggalkan kami semua. Anak-anak saya hanya seketika merasai kasih sayang dan mengenali moyang mereka.

Begitu juga dengan ibubapa saya kalau dulu mereka berdua, mak telah pergi buat selamanya dan kini telah berganti dengan mak yang baru. Apa yang saya perhatikan kesihatannya pun menguzurkan. Disebelah suami yang merupakan ibubapa mertua saya juga kian uzur. Entah bila mereka dijemput kembali hanya Allah yang mengetahui.

Adik beradik pun usia kian meniti senja, Masing-masing telah berumahtangga sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau dapat berjumpa pun hanya sesekali. Kalau dulu anak seorang, dua kini ada yang dah lima.

Anak-anak saudara kalau dulu tanya darjah berapa kini sudah menengah dan juga ada yang di IPTA. Pejam celik termasuk anak saya yang sulung sudah di IPTA.

Begitu juga dengan rakan-rakan dipejabat yang menjadi teman suka duka, ketawa bersama ada yang telah meninggalkan saya buat selamanya. Allahyarham abang Haron, Zakaria, Sulaiman dan ada beberapa lagi.

Hidup ini singkat, banyak perkara yang masih belum tertunai dalam diri ini. Moga saya diberi kesejahteraan kesihatan yang baik, keluarga bahagia, anak-anak berpelajaran tinggi serta berakhlak mulia, dimurahkan rezeki, rajin beramal, sentiasa memaafkan orang lain dan rasa cinta pada seluruh ahli keluarga yang sangat saya sayangi.


Al Fatihah buat allahyarhamah ibu saya, datuknenek kedua belah, sanak saudara, sahabat handai, junjungan nabi Muhamad S.A.W dan para sahabatnya.

No comments:

Post a Comment