Nuffnang

Sunday, November 1, 2009

KUNYIT MUDA

Saya mengalami pendarahan yang agak banyak selepas pembedahan. Memandangkan sudah 17 hari yang tiada hentinya, maka saya teringat pesanan arwah mak dan nenek saudara saya yang mengajar makan kunyit muda selepas bersalin dan jika mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan atau sebagainya.

Alhamdulilah adik saya mendapatkan kunyit muda ini dari Batu Pahat. Selepas menjadikan kunyit sebagai ulaman untuk di makan bersama nasi, pendarahan saya makin berkurangan.

Selain itu kunyit mempunyai antioksidan dalam herba dan makanan bagi menghalang oksigen dalam badan merosakkan dalam saluran darah. Selain itu ia mempunyai vitaman C dan E bagi membantu kecantikan.

Bagi yang mengaalami pembedahan seperti saya bolehlah mencubanya. Selain dijadikan ulaman, ia boleh di kisar dan perah ambil airnya lalu diminum tapi memandangkan tekak saya tidak boleh menerima air kunyit saya jadikannya ulaman.

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. salam ct.....

    apa khabar hari ni.....

    takut saya tgk darah pekat tu.... semoga ct cepat semboh......

    and juga hepi anniversary utk ct n hubby....

    ReplyDelete
  2. AmyNujaimy

    Alhamdulilah saya btambah baik, dah naik keja pun. Insyallah saya sihat.

    ReplyDelete
  3. pahit tak kak rasa kunyit muda tu?kunyit muda yang kuning masih sederhana tu ka?

    ReplyDelete
  4. Solehah..

    Kunyit muda tak pahit la dik, ok la akak masih boleh kunyah2 dengan nasi...baik makan..nak cantik tak? hehehe

    ReplyDelete