Nuffnang

Wednesday, July 29, 2009

TERATAK ZA'BA













Awal pagi saya dah bangun, buat sandwich untuk breakfast azim, kemudian bekalkan dia 2 keping. Pukul 7.00pg dah keluar rumah menuju UTM sebab dah janji dengan pemandu dan beberapa rakan group yang buat research di teratak Za'ba.

Biasalah janji melayu, jawa, bugis, banjar dan apa lagi ntah. Saya orang pertama sampai dekat foyer yang lain bayang batang hidung pun tak nampak , lagikan bayang tayar kereta. Jenuh menunggu, muncul Razi, En Nasir, Hairi, Awi a.k.a Mawi (pemandu), En. Yusrul dan paling lewat kurator kita En Fakrul. Banyak simpan sabo masa tu tapi nasiblah mamat-mamat nih pandai cover balik, macam nak marah je tapi sabo...sabo...boleh still senyum.

Bertolak jam 8.00pg dari foyer PSZ, UTM. Dalam perjalan biasalah En Fakrul dan En Nasir pandai bercerita pasal barang antik, dorang tau saya punya citarasa tammbah-tammbah En. Fakkrul tu seorang Kurator. Cerita punya cerita dah sampai Segamat. Bila mula masuk Bahau dah mula sesat, ntah kemana-mana si Mawi bawa kami.

Main redah je, akhirnya masuk Jempol yang terletak di daerah Kuala Pilah. Kalau saya tahu awal-awal lagi suruh ikut highway Senawang. Jalan ini laluan saya ke Uitm, Kuala pilah.

Sampai Teratak Za'ba pukul 1.00tgh. En Jeifi Haizad yang saya panggil Dafi dah berdiri depan teratak. Sekkali pandang mmacam Atif mamat ni..huhuhu.

Sampai sana kami tak buang masa terus cari bahan, tugas utama saya mmencari biodata Za'ba yang lain sibuk mengambil gambar dan pelbagai lagi. Ada yang kami search dari buku-buku penulisan pendeta, penulis luar, bahan media dan bermacam cara kami dapatkan sumber yang tersedia.

Antara bahan koleksi peribadi peninggalan pendeta yang sangat saya terharu adalah cermin matanya yang bulat berbingkai hitam. Gambar-gambar potret pendeta memenuhi ruang teratak tersebut. Terlalu banyak barangan peribadi pendeta Za'ba di simpan di teratak tersebut, saya rasa teruja bila dapat menyentuh barangan tersebut.

Rasa sedih nak tinggalkan teratak Za'ba, entah bila agaknya dapat datang kesana lagi. Kami tinggalkan teratak Za'ba dengan ilmu dan banyak kenangan di sana.

Hanya bacaan Al Fatihah di dalam hati yang mampu saya sedekahkan buat Pendeta Za'ba. Allahyarham telah meninggalkan saya ilmu di dada. Alangkah bahagianya kalau kita menjadi seperti pendeta, banyak ilmunya di turunkan pada banyak generasi.

3 comments:

  1. Time kasih sebab jadi Follower kat anakhajiamir.blogspot.com. Komen sikit, pasal janji melayu tu, saya ni bekerja di kelilingi org cina ( jarang atau tak pernah berurusan ngan melayu ) tapi diorang lagi teruk dari janji melayu. semua meetin, saya yg tertepat( maknanya tak tepat sangat tapi paling awal sampai )diorang ada yg belum mula perjalanan la..pegi tempat lain dulu la...Saya ingat JANJI MELAYU hanya sesuai di pakai dikalangan melayu sahaja...Mekasih

    ReplyDelete
  2. FA..

    Tima kasih, kalau saya biasa dgn janji melayu, awak janji cime kot (cina + melayu)..huhuhu

    ReplyDelete