Nuffnang

Sunday, November 8, 2009

RAWATAN SUSULAN



4hb November 2009, saya buat rawatan susulan di Poliklinik HSA bahagian klinik ENT. Sampai dalam 10.40pg selepas pegi bank Muamalat. Dah tau senario kat situ datang awal pun pemeriksaan lambat juga so ada baiknya datang lambat sikit. Saya memang paham sebab doktor kena round wad dulu.

Sampai kaunter dapat no. 52, ermmm tanya staff nurse Lily, doktor Mazlina emergency leave la pulak. Takkan nak balik pulak, periksa juga dengan doktor Nisak. Buat skop..takut2 la juga memandangkan hidung ni belum sembuh sepenuhnya. Bila doktor masukkan kamera dalam hidung, dia kata kerak2 hidung belum kering sepenuhnya.

Sempat la juga mokcik snap gamba area klinik ENT masa menunggu giliran. Susah juga nak snap sbb ada sorang 'aci' tu macam tau je mokcik nak snap. Dia dok posing kat situ. Dia pun nak kek wat juga kot!...hehehe

No comments:

Post a Comment