Nuffnang

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA


Salam Aidil Adha buat semua blogger yang melayari blog saya. Dalam kita menghayati erti aidil adha jangan lupa pada mereka yang tiada terutama sekali junjungan nabi kita nabi Muhamad SAW serta para sahabatnya, ibubapa serta umat islam seluruh dunia.

Saya menyambut hari raya di Felda Ulu Tebrau, kampung halaman ibubapa saya. Biasalah bila ada aktiviti saya memang menjadi tukang berbelanja di Pasaraya Smart dengan abah.

Menu masakan raya kali ini rendang arnab, ayam masak kicap, sambal kacang, sayur lodeh serta ketupat. Banyak juga terima kunjungan dari jiran tetangga.

Esok rumah abah buat korban lembu 2 ekor. Agak kurang bilangan lembu kali ini berbanding tahun-tahun yang sudah.

No comments:

Post a Comment