Nuffnang

Thursday, December 31, 2009

PERTANDINGAN MOTORSIKAL MINI




Hari ahad yang lepas awal pagi suami suggestkan saya dan anak-anak menonton perlumbaan motor mini di litar Plaza Tasek, TUTA. Awal jam 8.30pg saya dan anak-anak dah kesana. Memandangkan anak bujang saya memang minat dengan bidang automotif jadi bagilah sokongan moral.

Sampai sana orang memang dah ramai yang datang. Peserta antaranya yang datang dari Jepun, Singapura dan Malaysia. Saya memang kagum dengan peserta dari Jepun yang berusia 9 tahun yang mempunyai skill yang cukup baik serta motosikal yang digunakan pun teknologi dari Jepun.

Pelbagai kategori dipertandingkan dan akhir sekali semua kategori digabungkan bagi penentu juara keseluruhan.

Kemenangan berpihak dari penaja syarikat Indah Workshop dari Taman Pulai Indah. Juara mendapat RM 5,000.00 berserta trofi dan sijil.

4 comments:

  1. Pendedahan awal bagus kak... Baru2 ni juara Cub Prix dapat kat budak 15thn je..petronas amik dia masa nampak dia main mini bike ni la...

    ReplyDelete
  2. AUR..

    Aah! Akak ada terbaca gak dalam paper dan tengok tv. Akak suka2 je dtg nak release tension layan anak bujang..pkara yang elok apa salahnya kita layan anak2 kearah yang boleh mdatangkan kebaikan utk dia...kan..kan..

    ReplyDelete
  3. Betoi...betoi...Zaman sekarang ni nak kena ikut apa yg diorang minat..Then, kita tolong guide je supaya jgn terpesong...Macam saya jugak kak, dah keja elok2 tapi hati dok memberontak nak bisness art...Last2 tinggal jugak keja...

    ReplyDelete
  4. AUR...

    Pada akak tindakan awak tu betul sbb ada minat..teruskan...

    ReplyDelete