Nuffnang

Friday, April 24, 2009

ANAK DARA



Huh! dah lama tak update blog ni. Bz yang teramat sangat. Lepas abis karnival sukan antara Jabatan, sambung pulak buat preparation exam KPSL di Perpustakaan Negara Malaysia.

Aku dah mula bercuti buat preparation bermula 22 April 2009. Exam pada 30 April 2009 di Dewan Norashikin, Bangunan Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur. Aku lepak kat Kuala Lumpur sampai 2 Mei 2009 memandangkan anak dara dan bujang aku ajak cuti-cuti Malaysia di sana.

Di atas tu anak dara aku, Siti Hajar and I call her Aja. Besar dah anak dara aku. Kejap lagi tak tinggal lagi bersama kami, bakal masuk U. Insyallah.

Zaman di sekolah menengah lagi setiap minggu aku menjengah dia di asrama, kalau aku tak datang dia akan call berpuluh kali...huhu.

Ajaaaaaaa......!

Sunday, April 12, 2009

PUISI - IMIGINASI



JOHOR AKAN MILIKI PUSAT KESENIAN



JOHOR BAHRU: Sebuah pusat kesenian dan kebudayaan bernilai RM45 juta akan dibina di ibu negeri ini sebagai usaha menjadikan Johor sebagai hab kesenian negara.
Ia akan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk penggiat seni seperti tempat tinggal dan latihan serta sebuah auditorium dengan 650 tempat duduk.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, pusat itu dijangka siap pada 2011 adalah satu daripada projek pembangunan Lido Boulevard dalam Iskandar Malaysia.

“Kita mahukan sebuah metropolis yang bukan sahaja membangun dengan perniagaan dan sebagainya tetapi juga ia harus kaya dengan seni dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Iskandar Malaysia Contemporary Art Show 2009 (IMCAS), di Danga City Mall, di sini.

IMCAS 2009 merupakan pameran seni kontemporari terbesar yang pernah diadakan di negara ini dengan lebih daripada 1,000 karya seni pelbagai medium dari 1980 sehingga hari ini dipamerkan.

Ia menumpukan kepada pengkarya muda dan antara yang mempamerkan hasil termasuklah Haslin Ismail, Ilham Fadli, Husin Hourmain, Maizul Effendy, Lim Kok Yoon, Melissa Lim dan Dhavinder Gill.

Abdul Ghani berkata, pameran itu adalah sebahagian daripada permulaan menjadikan Johor Bahru sebagai hab kesenian.

Katanya, melalui pameran seumpama itu, pengkarya berpeluang memperkenalkan hasil seni yang sekali gus menjadi landasan untuk mereka pergi lebih jauh dalam bidang itu.

“Saya pernah diberitahu bahawa karya seni kontemporari yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan hampir kesemuanya bertaraf antarabangsa dan ia benar, kerana kebanyakan karya seni kita pernah mendapat pengiktirafan dunia.

“Malah, ada karya seni yang dipamerkan hari ini mampu dijual pada harga sekitar RM500,000 di pasaran antarabangsa dan ini membuktikan bahawa karya seni Malaysia sememangnya berkualiti,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Negeri, Dato’ Othman Jais dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof, turut hadir.

Pameran itu akan berakhir pada 14 Jun depan dan dibuka antara 10 pagi hinggga 10 malam secara percuma kepada orang ramai.

Thursday, April 9, 2009

Wednesday, April 8, 2009

MENULIS

“Kalau nak jadi pencinta ilmu, jadilah pencinta bahan-bahan ilmu.” Inilah kata-kata azimat yang masih meninggalkan kesan untuk saya terus berkarya. Dato’ Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor UTM merupakan idola saya.

Sekarang ini tidak banyak orang yang menjadikan menulis sebagai salah satu kerjaya. Untuk menjadi seorang penulis yang baik dan produktif tidak harus memiliki ijazah formal tertentu. Siapa saja berhak menulis. Masyarakat sendiri yang akan menilai. Jika karya kita begitu menarik, akan menghasilkan keuntungan dari apa yang ditulis.

Sebenarnya idea ada dimana-mana. Menulis tentang apa saja, tentang kehidupan, tentang ketuhanan, tentang imaginasi dan apa yang kita alami, lihat atau dengar boleh menjadi tulisan.

Menulis merupakan kegiatan ringan namun tampak luar biasa dalam kehidupan seseorang. Seorang tokoh yang pandai menulis dan gemar menulis, akan terus dikenang oleh generasi-generasi sesudahnya, meskipun tokoh yang bersangkutan sudah meninggal dunia. Sepanjang tulisannya masih bermanfaat dan masih dibaca orang, maka tokoh yang telah wafat tersebut akan terus dikenang orang.

PUISI - PUISI INDAH

PUISI - PERBATASAN MASA



Friday, April 3, 2009

PUISI - ABAH



SOLAT 5 WAKTU SEHARI



Solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.

Tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.

a. 6 balasan semasa hayat di dunia :-

  • Hilang berkat umur seseorang.
  • Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
  • Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
  • Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
  • Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
  • Keluar roh tanpa Islam.

b. 3 siksaan semasa sedang nazak :-

  • mati dalam keadaan yang hina dan aib.
  • mati dalam keadaan teramat lapar.
  • Mati dalam keadaan yang teramat dahaga

c. 3 siksaan semasa dalam kubur :-

  • disempitkan kuburnya
  • dinyalakan api didalam kuburnya
  • dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.

Begitulah amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat.

Jadilah kita hamba yang sentiasa berterima kasih kepadaNya kerana memberi kebahagian dunia dan akhirat. Amin!

LA TAHZAN



Saya pernah membaca buku La Tahzan hasil penulisan Dr. Aidh al Qarni. Banyak pengetahuan yang saya dapat dalam buku tersebut. Buku ini mudah didapati dari mana-mana tokoh buku. Saya pinjam buku tersebut di Perpustakaan sultanah Zanariah, UTM, Skudai.

Antara melalui kepahaman hasil dari pembacaan saya, bolehlah saya rungkaikan disini. Jangan bersedih! Sesungguhnya satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya hingga tujuh ratus kali lipatganda. Bahkan dengan kelipatan yang tidak terhingga. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan yang serupa, kecuali jika Allah memberikan ampunan. Bukankah Allah memiliki demikian banyak kemurahan yang tiada bandingannya?

Jangan bersedih! Dalam diri terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Merasa menyesal saat melakukan dosa, dan gembira saat melakukan kebaikan. Kamu memiliki kebaikan tapi tidak menyedarinya.

Jangan bersedih! Sebab selalu berada dalam kebaikan, baik dalam keadaan sengsara maupun bahagia, dalam keadaan kaya maupun miskin, dan dalam keadaan tertekan maupun lapang. Sebagaimana Rasulullah sabdakan, "Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin."

Bagi yang berminat bolehlah membacanya, ianya amat berguna untuk motivasi diri. Selamat membaca.

Thursday, April 2, 2009

PUISI - ALHAMDULILAH



PUISI - SENJA YANG MERAH

PUISI - SYUKURLAH

ADAT CUKUR JAMBUL

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir, Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja. Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

“Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah membersihkan kepala bayi.

KEPERLUAN TELEFON BIMBIT PADA ANAK-ANAK



Dengan kecanggihan dunia teknologi maklumat, telefon bimbit sudah menjadi kaedah terbaru untuk remaja berhubung. Jadi, jika anak-anak tidak mempunyai sebuah telefon bimbit, dia mungkin kelihatan seolah-olah ketinggalan zaman.

Biar pun anak perempuan mungkin akan menyifatkan keperluannya untuk memiliki sebuah telefon bimbit sekadar suka-suka, namun kebanyakan ibu bapa perlu mementingkan soal keselamatan ketika membeli sebuah telefon bimbit.

Sebelum membeli telefon, mungkin perlu pertimbangkan juga faktor usia anak, kos telefon bimbit dan perkhidmatannya. Perlu memastikan adakah anak sudah cukup matang untuk mematuhi peraturan atau etika yang ditetapkan.

Biar pun belum ada formula tepat untuk menggunakan telefon bimbit, purata umur mereka yang memperoleh telefon bimbit. Untuk mengenal pasti sama ada anak anda memerlukan sebuah telefon bimbit atau pun tidak, pertimbangkan juga gaya hidupnya.

Jika dia banyak menghabiskan masa di rumah atau di depan komputer, menonton televisyen atau bergayut pada telefon, maka, telefon bimbit mungkin bukan satu keperluan. Pada masa yang sama, jika tumpuannya banyak dihabiskan untuk latihan-latihan bersukan atau aktiviti selepas waktu bersekolah, mungkin memerlukan telefon bimbit untuk berhubung.

Dewasa ini, telefon-telefon bimbit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan. Antaranya kamera, pemain video, perakam dan sebagainya. Telefon bimbit kini membolehkan anda memuat turun lagu, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) mahu pun melayari laman-laman web.

Pastikan anda memberitahu anak tentang perkhidmatan telefon yang anda bayar dan yang perlu ditanggung oleh anak. Mungkin perkhidmatan prabayar alternatif terbaik untuk memastikan kos panggilan tidak melebihi kemampuan masing-masing.

Keselamatan telefon bimbitKebanyakan ibu bapa akan menyimpan telefon bimbit anak mereka untuk memastikan ia selamat. Tetapi, tindakan menggunakan telefon bimbit untuk menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) atau imej adalah sama dengan menggunakan sebuah komputer.

Telefon bimbit turut mendedahkan kanak-kanak kepada risiko spam, jenayah dalam talian, pembuli siber dan virus-virus telefon. Maklumat-maklumat dalam telefon bimbit dengan mudahnya mendedahkan anak kepada risiko ini jika ia turut dibekalkan dengan kemudahan Internet.

Wednesday, April 1, 2009

POLIP HIDUNG

Bila mengalami hidung tersumbat yang menetap dan semakin lama semakin berat ditambah dengan Hingus yang selalu menitis serta gangguan fungsi deria bau, kemungkinan besar anda menderita polip hidung. Polip hidung terjadi kerana munculnya sesuatu bahan pada rongga hidung yang berwarna putih atau keabuan.

Polip hidung biasanya menyerang orang dewasa yang kemungkinan disebabkan oleh kerana reaksi hipersensitif atau reaksi alergi pada mukosa hidung yang berlangsung lama. Beberapa faktor lain yang meningkatkan kemungkinan terkena polip hidung antara lain radang sinus.

Penyebab terjadinya polip tidak diketahui, tetapi beberapa polip tumbuh kerana adanya pembengkakan akibat infeksi.

Polip sering ditemukan pada penderita:

# Rinitis alergika
# Asma
# Sinusitis kronis
# Fibrosis kistik.

Penderita anak-anak sering bersuara sengau dan bernafas melalui mulutnya.