Nuffnang

Tuesday, January 12, 2010

KELIP-KELIP, KG KUANTAN













Kami bercuti di Kuala Selangor sekeluarga minggu lepas. Untuk masuk ke Kuala Selangor kena melalui jalan kampung yang di kelilingi pohon kelapa, getah dan kelapa sawit.

Sebelah malamnya selepas solat magrib kami sempat meluangkan masa ke Kg. Kuantan di mana spesis Kelip-kelip yang wujud disana. Keajaiban kelip-kelip hanya boleh di dapati dua tempat sahaja di dunia dan salah satunya di Kg Kuantan yang terletak di Kuala Selangor. Saya mengetahui tempat ini pun hasil pencarian di internet.

Majoriti penduduk sini pada sebelah malamnya bekerja part time sebagai pendayung sampan. Sampai di kaunter pertanyaan saya terus membeli tiket dengan harga RM10 seorang dan kami di beri air mineral dan pamplet. Sebuah sampan memuatkan 4 orang sahaja, jadi sesuai untuk kami sekeluarga dengan harga RM40.00.

Sebelum menaiki sampan kami di suruh memakai jaket keselamatan. Menyusuri sungai Kuala Selangor dalam masa 30 minit suduh cukup membuat kami teruja dengan keajaiban Allah. Dimana sepanjang sungai terdapat beberapa pohon berembang yang di huni kelip-kelip dengan jumlah yang beribu-ribu untuk sepohon pokok. Keadaan persekitaran sungai memang cukup gelap bagi tujuan memudahkan pelancung melihat keindahan alam semula jadi dari cahaya kelip-kelip. Berjuta-juta kelip-kelip boleh kita lihat disana dan yang peliknya kerlipannya serentak dalam waktu yang sama.

Majoriti yang datang malam itu adalah pelancong dari luar negara. Bangga saya menjadi warga negara Malaysia bahawa negara kita mempunyai spesis kelip-kelip yang sebegini rupa. Inilah pengalaman pertama saya dapat melihat secara realiti keindahan ciptaan Allah.

Rasa teruja bila kami sekeluarga dapat menyentuh kelip-kelip di pohon berembang dari atas sampan, dengan air sungai yang jernih. Pendayung sampan itu sempat memberitahu kalau waktu siang dia ada menyediakan perkhidmatan menyewa sampan dengan harga RM20.00 sehari bagi tujuan memancing udang galah di sungai tersebut.

Insyallah kalau di panjangkan umur saya tidak akan melepaskan peluang untuk kesana lagi. Fantastic!


8 comments:

  1. kat kemaman ni pn ada kaw pelancongan yg ada kelip2. kg che yah di sg ibok. tp x sure byk ke x dia pye kelip2...sbb x pnh pegi.. belum teruja sbb kt dlm umh pn kdg2 kelip2 msk n bole tgkp...hehehe

    ReplyDelete
  2. Tu kunang2 kot..mmg best sgt datang kat kg kuantan tu sbb mmg terlalu banyak sgt kelip2...mmg x penah jumpa la dgn jumlah yg mcm tu...berjuta2....

    ReplyDelete
  3. la x same ke kunang2 ngn kelip2 ?

    ReplyDelete
  4. x sama la..kelip2 kecit sgt..kunang2 tu beso sket....x caya ko tgk la sdiri...

    ReplyDelete
  5. ape yg sy tau..kunang2 chya die x bkelip2 mcm kelip2.truja nye nk pg jgk :)

    ReplyDelete
  6. tulip...dh akk pegi signage tulis 'Kelip=keli Kg Kuantan Selangor' Mat n minah Salleh ramai di sana...ikut la apa kata Perbadanan Pelancongan kata cmtu dik...

    ReplyDelete
  7. Anonymous said... Kalu saya menipu...bmakna saya pun tertipu la...depends la pandangan masing2...sy kesana pun sebab melancong ya...hi3

    ReplyDelete