Nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

AMARAH @ AMANAH


Salam hari rabu buat semua blogger dimana jua anda berada.

Macam biasa awal pagi kita dah bangun untuk bersiap untuk ke pejabat. Memang inilah rutin kita, bukan nak menunjuk atau memuji diri sendiri. Rasa bersalah untuk sampai di Perpustakaan Sultanah Zanariah, kalau lebih dari pukul 7.40pg. Mungkin didikan di swasta terbawa-bawa sehinggi kini. Hidup kena punctual dik! hehehe.

Tadi semasa keluar rumah hujan agak lebat tapi tak sabar untuk sampai ke pejabat. Semasa sedang memandu kita dah buat perancangan kerja. Memula nak ronda pastikan pc tugasan, pc internet dan pc infolan2 dalam keadaan baik dan selesa untuk pengguna. Kalau ada masalah dengan pengguna ada pulak kita gak kena jawab, takmo la!
Dalam pukul 8.40pg duduk di meja, meneliti halaman kandungan untuk di print dan hantar kepada syarikat korporat. Hope petang ini tiada perbincangan tentang Schollar Inn sebab kita nak siapkan halaman kandungan.

Kadang-kadang bila terlalu sibuk dengan aktiviti pejabat kita boleh terasa rutin harian tu macam caca merba tapi cepat-cepat muhasabah dalam diri. Ya! Allah besarnya pengorbanan aku walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak. Memanglah kita tak di bayar dengan sebarang bayaran namun ganjarannya hanyalah pahala.

Namun benarlah janji tuhan, sesuatu yang baik pasti menghasilkan yang terbaik. Bimbang juga untuk kita menulis banyak kerana kita juga sedang memikul amanah. Semoga tuhan permudahkan segala-galanya untuk diriku...

No comments:

Post a Comment